5 Things I Hate Most

Assalamualaikum & Hello.
Semalam Kak Norhidana dengan Mummydearie tag Nani untuk buat ni. Serentak pulak tu haaa. Sepakat membawa berkat eh kakak berdua? Hehehe. Banyak sebenarnya benda yang tak suka tapi lima ni memang paling tak suka lah (lepas dah buat short list) Ehh ! Jom lah baca mana tahu ada yang sama. Kita serupa. Aiwah.

1. Lipat Kain 
Memang paling tak suka lipat kain walaupun kain tu diri sendiri punya. Kecik besar kecik besar je pandang bakul kain tu. Kalau sidai kain tahan lagi, tapi bila bab masuk nak melipat rasa macam "eh boleh tak nak tidur, bangun tidur nanti kain ni dah siap lipat dan tersusun elok dalam almari." Haaaaa, nampak tak dekat situ? Tambah pulak bila dah penat seharian dengan kelas, meeting segala bagai lagi lah malas berganda - ganda. Kadang tu terkeluar jugak lah dari mulut tak ada ke orang nak cipta mesin lipat kain baju. Hahaha! Baju sendiri pun malas nak lipat, nanti dah kahwin nampaknya kena gagahkan diri jugak melipat baju suami. Eh dah kenapa masuk topik ni? Ehem :p

2. Tak Tepati Masa 
Ini memang berangin je rasa kalau jenis yang janji pukul sekian sekian tetiba dia muncul setengah jam kemudian. Peh memang kalau nak keluar tu boleh jadi cancel terus serta merta. Kalau takat lima ke sepuluh minit boleh tahan lagi. Kalau lama gila nak tunggu, memang angkat kaki lah jawab dia. 

3. Barang Bersepah - Sepah
Paling pantang ni tengok barang bersepah - sepah. Dah guna letak lah balik kan dekat tempat asal, bukan susah pun. Mata ni rasa semak aje bila barang tu letak merata - rata. Nani ni kalau nampak barang tu dah dua tiga hari bukan dekat tempat dia memang ada harapan nak kena campak dalam tong sampah tak pun Nani main letak je dekat mana - mana asalkan tak nampak semak. 

4. Orang Rosakkan Novel 
Nani ni suka jugaklah baca dan kumpul novel. Memang kalau masa baca novel tu jaga dengan penuh teliti gila. Hahaha. Tak ada nya nak kasar - kasar, mahal kot beli mesti lah nak jaga elok - elok. Lepas habis baca, terus simpan dalam almari. Tapi bila ada orang pinjam, masa dia pulangkan balik tu mesti ada kesan lipat dekat mana - mana muka surat. Pernah tu sekali dengan cover page terlipat. Hoi panas je rasa hati ni. Banyak kali terkena, lepas tu Nani dah tak bagi orang pinjam. Buat sakit hati je. 

5. Asap Rokok 
Yang ni memang annoying sampai satu tahap Nani bagi jelingan tajam lah. Tak kisah lah kau nak merokok pun tapi tengok lah tempat jugak. Grrr. Lepas tu buat muka tak bersalah, macam tak dek apa apa jadi. Heh, benci gila dengan orang macam ni. 

Ok dah cukup lima. Ahaaa, ada tak yang sama dengan Nani jugak? Korang, apa benda yang paling benci? Boleh lah kongsikan dekat bawah. 


29 comments:

  1. Erm...kbyknnya antara 5 tu mmg ada yg sama hehe

    ReplyDelete
  2. Semua yg dlm senarai Nani tu kakak pun tak suka juga
    Terutamanya no. 3 & 5.

    ReplyDelete
  3. ermm semua yg nani tak suke tu same laa mcm akak ....tak suke jugak....tang lipat kain tu lagi laaa...mujur anak dare dah besar leh kerah sambil2 tgk tv tu hahaahahah

    ReplyDelete
  4. Same for all! High 5! Hii.
    Paling win no 1, 4, dan 5 :D

    ReplyDelete
  5. Cikla pun tak suka tgk brg/rumah sepah sepah... Rimas... Serabut rasa.... Hehe.. Btw Cikla singgah rumah Nani jenguk jenguk je... Hehe

    ReplyDelete
  6. 2 dan 5 kita sama.

    No 3 brg bersepah tu bila ada anak terpaksa hadap rumah bersepah. Dah habis main kemas sama2...

    ReplyDelete
  7. semua sama kecuali novel tu k.el x baca hehe

    ReplyDelete
  8. yang no 4 dan 5 tu jer tak sama.. yang lain sama hahahaa

    ReplyDelete
  9. tak suka jugak lalu tempat orang merokok. lemas dibuatnya

    ReplyDelete
  10. yess nombor 2 dgn 5! paling benci nombor 5 kot -"-

    ReplyDelete
  11. sama lipat kain tapi tak tulis plak..kekeke...

    ReplyDelete
  12. Yg ke 5 tu mmg stress... sakit idung huhu. Slmt bersegmen nani.. :)

    ReplyDelete
  13. hahahah blh lah geng...

    tang lipat kain kadang suke kadang tak... tp selalunya yg lipat edy atau maktek hehehhe

    asap rokok pun paling annoying bila mkn kt kedai mkn... udahla kite sampai batuk2 pun dia sedap berasap...

    ReplyDelete
  14. Ish, akak suka tau Nani lipat pakaian. Itulah yang paling akak suka sebab boleh duduk bersimpuh sopan-sopan (ya ke?) sambil melipat, sambil tengok TV. Akak memang rimaslah kalau pakaian menimbun tak lipat. Ni kena cancel nama Nani jadi calon isteri anak-anak saudara akak ni. Hahaha!


    No.2,3,4 dan 5 tu kita serupalah. Memang tak suka, tak suka, tak suka!

    ReplyDelete
  15. Sama kecuali novel sebab dah tak kumpul novel

    ReplyDelete
  16. paling tak suka orang tak punctual...grrrr...

    ReplyDelete
  17. hahahahaha..! yang last tu sama..! paling benci kan.. rasa nak ambik plastik sampah tu serkup atas kepala dia biar asap rokok tu dia telan balik... hahahahaa.. :p

    tapi tak paham la nape org x suka lipat kain baju.. kak ain suka..! sambil2 tgk tv lipat kain baju tak sedar dah habis sebakul di lipat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adudu..best r kalau dpt serumah dgn kak ain..kite kalau lipat kain 2jam tak siap2..kdg smpai 2hari baru siap..hahaha

      Delete
  18. Lipat kain nini pon x suka....tpi baju baby suka sebab kecik...hahaha

    ReplyDelete
  19. No 1 dgn no 5 paling tak suke..huhu

    ReplyDelete
  20. Nombor 2 tu paling tidak disukai jugak.

    ReplyDelete
  21. Bagus betul...jaga novel dengan cermat...sis suka sgt2 orang yg cermat ni sebab dia sayangkan barang barangnya...

    ReplyDelete
  22. sukaaa lipat kain ehehe.. suka belek2 kain.. kdg tu kan pi punggah balik baju dalam almari.. sebab nak lipat.. tapi cuci pinggan ceq x suka ehe..

    ReplyDelete
  23. #5 tu..kalau kat kedai makan memang panas je bila asap rokok dok menyapa lubang hidung ni..nak makan pun tak selera..=.=

    ReplyDelete
  24. dah agak dah ni segmen.. ada nmpak beberapa blogger lain buat entri ni jugak.. hehehe

    ReplyDelete
  25. orang rosakkan novel tu memang hangin satu badan la..huhu

    ReplyDelete
  26. no 1 tu kita sep sep la dik :(
    terpaksa!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page