4 Fingers di Mid Valley

Assalamualaikum & Hello.
4 Fingers di Mid Valley
Memang spesis hujung minggu tak boleh melekat dekat bilik. Kena juga keluar walaupun setakat jalan jalan cuci mata. Gigih guna khidmat Google nak tahu mana lagi tempat makan best area KL dengan Selangor ni haaa. Mula mula nak makan Seafood lepas tu tak jadi, nak lepak Kopi XOXO tak jadi jugak, sudahnya ke 4 Fingers lah kita. Haaa tengok nak pilih tempat makan pun dilema bila perempuan ni. Ehhh!
4 Fingers di Mid Valley
Muka excited nak try makan dekat 4 Fingers. Ahaaa !
4 Fingers di Mid Valley
Pertama kali lepak sini so macam blur blur sikit tak tahu nak makan apa. Oh ya, dekat sini self- service ala ala fast food yang lain. Sampai sana terus order lepas tu diorang akan bagi benda dekat atas ni. Bila makanan dah siap dia akan menyala & pergi lah ambil makanan korang tu ha. Tapi masa Nani hari tu dia tak menyala nyala. Lama gila menunggu, dekat setengah jam kot. Last - last staf dekat situ ambil benda ni & dia hantar makanan dekat meja kitorang. Ahaaa special sikitlah sebab dah lama kot Nani dengan partner menunggu. 
4 Fingers di Mid Valley
Memang dasar perut melayu nak jugak nasi. Hahaha ! Dari pagi kosongkan perut, memang haruslah nak nasi jugak. Kang gigil gigil pulak lapar. Satu set ni RM 19.90 sekali dengan air. Kawan Nani punya ayam dua ketul. Nani punya tiga ketul. Kitorang ambik set lain lain tapi harga sama. Gitu.
4 Fingers di Mid Valley
Mula ingat yang kuning tu coleslow tau rupanya kimchi. Sedap jugak rupanyan kimchi ni, dah jatuh hati pulak. Nani memang noob gila kalau makanan pelik pelik macam ni. Hahaha ! Untuk set yang Nani order ni ada dua sos boleh pilih sama ada soy sauce atau pun hot apa entah namanya. 
4 Fingers di Mid Valley
Kitorang add on fries sekali sebab ingatkan tak kenyang makan set nasi tu. Haaaaa memang tamak sangat kan. Tapi fries dekat sini macam masin sikit. Tak tahu lah tekak orang lain macam mana kan. Bagi Nani fries dia so - so aje. Overall, sedap jugak makan dekat sini. Korang kalau nak makan di 4 Fingers boleh ke Mid Valley sebelah Sushi King. 







25 comments:

  1. Replies
    1. AinAthirah..nanti emailkan sis JM alamat..aa small gift for u

      Delete
  2. wah menarik, tempat makan baru ke ni, dulu-dulu rasanya blom ada lagi 4 Fingers ni. makanan pun nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru jugak lagi kak Su. Tahun lepas rasanya diorang bukak :)

      Delete
  3. Sedapnya, kak nani! And what, kimchi warna kuning? Rasa pedas mcm kimchi biasa x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazni, akak tak pernah makan Kimchi. Hari tu first time makan so tak boleh nak compare mana sedap mana pedas. Hahahahahah !

      Delete
  4. wow...sedap makanan tu .Hi Sila Join segmen Teka Benda Uk2 untuk pencarian bloglist uk 2016. (^x^) miau..

    ReplyDelete
  5. Semakin meriah kalau nak makan apa pun ada
    Cari ajelah..

    ReplyDelete
  6. ala2 mcm korea food yek...
    nengok ayam grg tu mcm sedap je...
    rajin betul nani jjcm nih...

    ReplyDelete
  7. alaaa kenapa la terbaca time nie..huahua..dah la tak lunch lagi! stress mak hencik tauuuuu :)

    ReplyDelete
  8. aku pernah sekali je makan kimchi...tu pun member yang buat...huhu...

    ReplyDelete
  9. amvoiiii...! siap ada device macam tu ekk.. canggih betul..! tak sabar nak cuba and tgk lampu menyala2 bila makanan dh siap tu.. teruja pula..! hahahahaa.. :)

    TAHNIAH anda terpilih antara 12 blog tersenarai dalam Bloglist Mac di DRAMATIC UNIQ.. :)

    ReplyDelete
  10. rasanya inani selalu keluar pi food hunting dekat mid valley kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak ada yang perasan. Hahahah ! Situ je dekat kaan :D

      Delete
  11. kat Mid Valley? dh lama x ke sana

    ReplyDelete
  12. Nani..dah pernah email sis JM alamat kan?

    ReplyDelete
  13. wahh...tak penah makan lagi..nak try la nnti ^^

    ReplyDelete
  14. Kedai baru ke? Tak pernah dengar 4 Fingers ni :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. First branch kat Malaysia...lupaa eh kak sally review..hahahaha...dia based dr Singapore :)

      Delete
  15. Tiba2 sy rasa lapo..hihihi

    ReplyDelete
  16. oooit.. mana lagi 1 finger ? pegi mana ????

    ReplyDelete
  17. wah menarik.
    aida ni kebetulan baru aje last last weekend ke midvalley.
    but x de la jjcm.
    jj cari kain kat kamdar aje.
    and bwk anak ramai, tak dpt jjcm sgt.

    ReplyDelete
  18. Sally pernah review kedai ni sbb sally attend opening dia...ayam di abg sally sedikit masin...coleslaw tu mmg coleslaw tapi berperisa kimchi...fries dia pun ada yg nak perasa kimchi @ seaweed...pasal tu dia masin.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page