Assalamualaikum & Hello.
Ahad malam baru ni, nani dapat panggilan yang 'dia' dah kembali menghadap Illahi. Allahuakbar. Sedih. Sebak. Semua bercampur jadi satu. Menggeletar tangan masa dapat tahu yang dia dah tak dek. Baru sejam sebelum dia pergi tu, dia wassap Nani tanya resepi untuk berbuka. Tak sangka tu kali terakhir Nani berborak dengan dia. Selama ni dia lah teman, dialah kawan, dia lah yang selalu Nani kongsi segala cerita, dialah pendengar yang setia. Tak sangka Allah pinjamkan dia seketika cuma. Redha menerima ketentuan Yang Esa walaupun hati sebak bila dengar berita pemergiaan dia T_T
Moga awak tenang di sana. Perlahan lahan Nani cuba terima hakikat yang dia dah pergi tapi tak semudah itu. Bila teringat balik, mesti rasa sedih tu datang. Tiada apa yang aku harapkan sekarang, melainkan Allah tiupkan kekuatan untuk terus tabah. Belajar menerima kenyataan yang perjalanan kita ni tak selamanya indah. Ada masa bila diuji dengan kehilangan orang tersayang, rebah jua akhirnya. Terima kasih Allah pinjamkan dia buat diri ini walaupun cuma seketika.
Dah dua tiga hari kehilangan dia, tipu kalau cakap tak rindu. Bila orang lain bercakap pasal dia, aku sampai tak sanggup nak dengar. Aku yakin Allah hadirkan hikmah di sebalik semua ni. In sha allah doa saya sentiasa ada buat diri awak. Al - Fatihah.
Innalillah... beruntung dipilih pergi di bulan ramadhan.
ReplyDeleteKullu nafsin za qotulmaut - setiap yg hidup pasti akan menemui mati
Kita pun sama Nani. Ini masa dia kita entah bila.
Doakan moga dia ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman.
Al fatihah.. moga ditempatkan dikalangan orang beriman
ReplyDeletebertabahlah nani. semuanya ada hikmah. doakan dia di sana. apa apa pun, hidup perlu di teruskan. kuatkan semangat
ReplyDeleteinnalillahi wainna ilaihi rajiun
ReplyDeletesalam takziah
semoga arwah ditempatkan dlm golongan beriman
al-fatihah
bawa bersabar ye kak nani :') ALLAH kasi keindahan paling hebat pada arwah di saat meninggal. arwah meninggal dalam bulan mulia, bulan Ramadhan. ALLAH lebih menyayanginya... kita cuma mampu berdoa
ReplyDeleteal-fatihah..takziah
ReplyDeleteNani semoga tabah... Al fatihah....
ReplyDeleteTakziah . semoga Arwah ditempatkan dikalnagn orang2 yang beriman. Amiinnn
ReplyDeletesalam takziah..
ReplyDeleteal-fatihah... semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. aamiin..
salam takziah dear semoga awak tabah
ReplyDeleteSalam takziah dari akak Nani...semoga nani tabah... xmo sedih2 ye dik...redhakan dia oergi menemui penciptanya...al fatihah....
ReplyDeletesalam takziah...sgt mulia pemergiannye di bulan Ramadhan..semoga rohnye di cucuri rahmat Allah...
ReplyDeletesabark.nani . semoga k.nani terus tabah . kuatkan semamgat ye k.nani .
ReplyDeletesalam takziah dik.... moga tabah ye
ReplyDeletealfatihah bt arwah... moga rohnya dicucuri rahmat
Moga dia tenang di sana.. Al-Fatihah..
ReplyDeleteBertabahlah menghadapi dugaan dariNYA.
al-fatihah..salam takziah dari akak..
ReplyDeletealfatihah utk arwah. sabar ya kak nani... insha Allah kak nani kuat.
ReplyDeletetabah ye nani..kak yoorin ada baca dlm grup, tumpang bersedih atas pemergian dia.. doakan moga dia sejahtera disana.. Al-Fatihah
ReplyDeleteNani kuat.. akak tahu Nani kuat..
ReplyDeletebanyak-banyakkan kirim Al-Fatihah buat si dia ye..
Al-Fatihah itu untuk dia dan untuk diri Nani juga..
yakinlah... ujian Allah kerana Allah sayang.. :)
Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya. Arwah pergi dalam bulan yang baik. Redha itu jalan yang terbaik.
ReplyDeleteSalam takziah Inani.. semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah di kalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah..
ReplyDeleteAlfatihah. Salam takziah, Nani. Berat rasanya menghadapi kehilangan orang yang tersayang. Kalau dia itu rakan sebaya Nani, akak rasa masih mudalah sudah dipanggil pulang oleh-Nya. Mudah-mudahan dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
ReplyDeleteAllah lebih sayangkan dia.. Al-Fatihah..
ReplyDeleteBiar sedikit-sedikit, asalkan semuanya habis,
ReplyDeleteMari, lengkapi diri dengan senyum, manis,
dicemar digiris, masih kalis.
tiupkan semangat biar hangat,
hiruplah penuh tekad.