#Cabaran20Hari l Tetamu Raya yang Paling Ditunggu

Assalamualaikum & Hello.

Task hari ni yang paling mencabar sekali. Hahah. Tetamu Raya yang paling dirunggu tunggu? Biasanya setiap tahun yang paling Nani mengharapkan datang ofcourse lah kawan kawan sekolah dulu. Sebab bila hari lain semua orag sibuk dan biasanya susah sangat lah nak kumpul semua sekali. Bila kita buat perjumpaan semula pun, mesti ada yang tak datang kan sebab ada komitmen lain yang lagi penting.. Bila Raya ni aje lah masa yang ada nak kumpul ramai ramai, kongsi macam macam cerita kan.
Ni antara sebahagian yang selalu lah jugak datang beraya ke teratak Nani. Gitu. Ada je yang masa sekolah dulu macam kawan tak kawan je, tapi sekarang boleh ngam. Tahun ni Nani pun sampai raya kelima je di Pahang tak tahu lah sempat ke tidak jumpa dengan diorang. 

14 comments:

  1. Oh, kawan-kawan Nani rupanya mereka ni semua! Akak rasa macam pernah tengok gambar ni tapi terlupa pulak maybe untuk entri sebelumnya kot yang akak dah komen!

    Tahun ni akak beraya di KL sahaja. Kalau pun balik kampung, mungkin lepas solat raya balik, esok pagi dah balik KL semula. Semua pun bergantung pada budi bicara HD lah!

    ReplyDelete
  2. Bukan si dia ke yg Nani tunggu.
    Kena jujur dik... eleh malulah tu:)

    ReplyDelete
  3. zaman bercinta dulu adalah tetamu yang paling ditunggu.sekarang ni dah tak ada.hihi

    ReplyDelete
  4. Rindu kan kat kawan2 sekolah. Suka suka zaman belajar

    ReplyDelete
  5. beto, tu k.nani . lela pon same . tnggu kawan2 je

    ReplyDelete
  6. seronok bila ramai-ramai sambut raya nih...

    ReplyDelete
  7. wow ! background baru..simple but nice..

    ReplyDelete
  8. Paling seronok bila rakan sekolah yg kita suka aka minat sudi dtg rumah kita.. hew hew.. ceria hidup.. :D

    ReplyDelete
  9. :-)) kalau dulu akak tunggu makcik pakcik yang dok singapura...dapat duit raya triple..duit dollar tu...tapi pakcik dah arwah...jadi terputus hubungan dengan makcik..:'-C

    ReplyDelete
  10. bestnya bile dpt berkumpul semua kawan masa sekolah dulu. hehe

    ReplyDelete
  11. Kawan2 Zumal jarang sangat singgah rumah... teringin nak buat reunion tapi asyik tak sama masa free...

    ReplyDelete
  12. buat open house tak nani heheheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page