#Cabaran20Hari - Kuih Kegemaran di Bulan Puasa

Assalamualaikum & Hello.

Spesis macam aku yang suka sangat makan ni, tak kira lah bulan puasa ke tak ke, memang kuih ni jadi feveret aku. Kuih apa agak agak? Kuih keria. Hihi. Dalam banyak banyak kuih memang yang ni lah jadi feveret aku dari dulu. Kalau dekat area rumah aku kuih ni dalam tiga seringgit kalau tak silap aku. Dekat sini, sebiji lima posen oii. So, bila craving yang amat sangat je aku beli. Hahaha. Bukan apa, sekarang mood berjimat dia dah datang. Ceh, padahal simpan duit nak pergi KL Raya Fest. Ehhh :P 
sumber : google

Dulu aku pernah tau acah acah nak buat kuih ni tapi tak jadi. Hahaha. Jadi keras gila kuih keria aku masa tu sebab terlebih tepung ubi. Lepas tu gula dia manis sangat sebab terlebih. Nampak senang nak buat, tapi sebenarnya remeh jugak. Korang apa pulak kuih feveret bulan puasa ni? Mehh share sikit dengan aku. 


13 comments:

  1. nak buat entry resepi kuih keria la..hehe dia ada sukatan yang betul2 punya..alhamdulillah setakat ni dayah buat menjadi la.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa buatlah dayah sekali dengan sukatan tau. Nanti boleh akak cuba buat lagi. Hihi

      Delete
  2. kuih keria ni feveret dari kecik lagi. sanggup buat sendiri sebab beli makan x puas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak beli kena cari yang betul betul sedap kak su :)

      Delete
  3. fevret !!! best !!! rindu nak makan T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Paling best ni. Kat KL susah kot nak jumpa yang sedap

      Delete
  4. dulu- dulu saya x la suka sangat kuih nie,, tapi sekarang kuih nie jadi feberet lak....kuih keria ni dari tepung ubi ker... ingat memang betul2 ubi keledek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang guna ubi keledek, ada yang guna tepung. ;)

      Delete
  5. sep Nani.. kita boleh geng.. ehehe.. CT pun suka kuih ni..
    sebab adik beradik ubi hehe.. tapi kalo dak posa pun suka makan gak.. hari2 makan pun x apa..
    tu mokmok cem ubi hahaha..

    ReplyDelete
  6. Suka juga kuih keria ni tapi paling teringin kalau time puasa ni tepung pelitalah. Kalau boleh nak beli 5 RM2 terus walaupun tak habis akhirnya!

    ReplyDelete
  7. Zumal suka gak kuih keria, teringat masa tok boleh masak dulu, dia selalu buat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page