Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Iye hari ni nak cerita pasal skincare pula - actually ini antara skincare yang Nani beli dekat website Althea Korea. Dah lama sebenarnya nak share dengan korang tapi asyik 'peram' aje dekat dalam draft. Hahah! Kalau nak tahu, Nani dulu bukan lah sejenis yang akan buat 'skincare routine' ni. Memang sangat malas okay sampai lah terbaca dekat Twitter pasal kepentingan penjagaan muka baru lah tergedik gedik nak buat. Sebenarnya susah juga nak cari produk yang betul betul sesuai dengan kulit muka kita. Banyak kali juga Nani try and error sampai lah jumpa yang betul betul ngam. Setakat ni, Nani memang tak pernah lagi lah ada problem muka breakout teruk sangat. Cuma kadang kadang tu aje lah naik jerawat apa semua, normal okay benda tu. Heheh. Masa awal awal buat skincare routine ni, memang Nani buat yang paaaling basic aje - cleanser, moisturiser dengan sunscreen. Bila dah strong buat yang tiga ni, baru lah Nani beli toner, scrub semua tu. Tapi ada aje masa Nani skip buat bila datang rasa malas tu. Hahaha! Kalau time tu penat sangat, memang kelaut semua skincare routine ni hah.
Macam yang Nani cakap tadi semua product ni Nani beli melalui website Althea Korea. Ada certain product yang Nani dah pernah share dengan korang dulu macam face mask, sunscreen dengan toner tu. Seriously toner Etude House Soon Jung tu paaaaling best. Dalam banyak banyak toner yang Nani pernah try, yang Etude House punya Nani paling suka. Cumanya produk ni tak ada dekat drug store, kena cari online. Nak senang korang boleh beli dekat Althea Korea tak pun Hermo. Dua ni antara yang famous jual produk skincare dari Korea.
Next product yang paaaaling best Nani guna - moisturizer Klairs. Kulit Nani jenis yang kering tau, so memang kena cari moisturizer yang bebetul elok. Dulu Nani pernah guna moisturizer Pudding Cream yang ada jual dekat Watsons, best jugak tapi lepas dah try yang Dear Klairs ni terus aje lah stick dengan yang tu. Tak tukar dah dengan yang lain. Hahah! Memang mahal sikit product Klairs ni tapi bukan every month pun beli, kadang kadang dua bulan sekali macam tu. Sumpah best moisturizer yang ni!
Next, eye patch koelf - ini Nani beli sebab baca Mek Onie punya review. Lepas Onie cakap benda ni best kemain, terus add to chart hahah. Biasa lah, kadang kadang memang ada masa yang kita macam tak cukup tidur lah, tak cukup rehat & bawah mata tu mesti nampak gelap. Bila guna ni dapatlah kurangkan sikit gelap bawah mata tu & tak ada lah nampak tak bermaya sangat mata. Hahah! Sejuk aje bila letak dekat bawah mata tu & bau pun sedap. Kalau koarang nak cari eye patch yang ada hydrogel, memang Nani recommend yang ni.
Last sekali, product Laneige Sleeping Mask ini hah. Actually Nani beli sebab baca review ramai yang cakap product ni best tau. Dulu Nani pernah try guna yang tester tapi tu yang lavender lah, cuma macam tak nampak sangat lah kesannya. Bila ramai yang cakap best, Nani pun beli lah yang size besar ni tapi tetap juga sama tak macam berkesan sangat dekat kulit Nani. Rasa membazir juga lah sebenarnya beli. Hahah! Nasib baik lah tak sampai tahap muka jadi breakout ke apa. Itu yang Nani cakap tadi, kena selalu try and error product skincare ni sebab boleh jadi sesuai dengan kulit orang lain tapi tak sesuai dengan kulit kita. Gittew! Banyak juga lah sebenarnya duit habis beli skincare ni, nasib baik lah bukan beli setiap bulan. Hahah! So, korang punya skincare routine pula macam mana? Ada tak product yang sama dengan Nani yang korang pakai?
Kita punya rutin cuci-toner-pelembap-sunscreen.
ReplyDeleteTakde brand sama dgn nani. kami pakai himalaya & simple brand
Nani kalau time malas memang buat yang basic macam Han tu juga. Ohh simple pun best juga toner dia. Nani sukaa!
Deletelately ni dah makin malas nak jaga muka sebab busy gilaa. tp busy2 sekalipun, wajib tanggal mekap sebelum nk tidur. hahaha.
ReplyDeleteHahaha kannn! Itu malas macam mana pun, tetapp kena buat juga.
Deleteproducts Klairs memang best.. skrng stick dengan rutin yang minimum je.. sebab sejenis yang pemalas hahaha..
ReplyDeleteskincare aida is MK. tapi tu la, not so good la.
ReplyDeletedepends on penerimaan kulit kita, nani.
mahal pun skincare tu, if x sesuai, x menjadi juga.
as for me, ok ok la. tak memudaratkan, alhamdulillah.
yg penting selamat utk kulit.
Banyaknya produk dia! Kalau saya, LANEIGE tu sangat berkesan especially masa winter. Cuma bila dah balik Malaysia ni, muka macam jadi berminyak sikit kalau pakai LANEIGE tu.
ReplyDelete