Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa peminat aiskrim dekat sini? Hah korang dah try ke belum Ice Cream Kit Kat yang orang asyik sebut sebutkan tu sekarang? Macam biasa, sebab terpengaruh dengan masyarakat Twitter, so Nani pun beli jugalah sebab nak rasa. Iye Nnai memang sejenis yang sangat mudah terpengaruh. Pantang ada orang cakap sedap, dia pun sibuk juga nak beli. Hahah! Sebelum ni Nani pernah aje makan tapi aiskrim Kit Kat yang dalam bentuk cone tu. Cuma baru baru ni aje, Nestle come out dengan aiskrim Kit Kat dalam versi stick macam ni. Awal awal hari tu susah juga ye nak jumpa aiskrim ni hah. Masuk 7Eleven pun tak ada stok sudahnya Nani jumpa dekat Petron. Zass terus beli - sambil tu nak jadikan content dalam blog juga. Hehehe. Harga untuk satu aiskrim Kit Kat ni dalam RM 4.50. Sedap ke tidak? Hah jom baca feedback Nani dekat bawah. By the way, ini cuma pendapat Nani sendiri tau. Macam yang Nani selalu cakap, apa apa pun ikut selera masing masing!
Packaging memang onz sangat! Cumanya dari segi rasa pada Nani biasa biasa aje aiskrim Kit Kat yang stick ni. Tak ada lah sampai tahap sedap gila. Heheh. Nak bandingkan dengan aiskrim Kit Kat yang cone tu, Nani lagi suka yang cone. Kit Kat yang stick ni, aiskrim tu macam biasaa sangat rasanya. Tak tahu lah kot masa tu tekak Nani yang tak berapa okay. Hahah! Rasanya memang sekali tu aje lah beli - Nani memang prefer yang cone. Lagi sedap berbanding dengan yang stick.
Kalau korang pernah makan yang aiskrim Kit Kat cone, korang memang boleh rasa ada beza antara aiskrim Kit Kat yang cone dengan yang stick. Heheh. Sejujurnya, pada Nani harga aiskrim ni memang level level Magnum sikit so lagi better beli Magnum yang dah sah sah sedap tu. Overall pada Nani 3.5/5 aje untuk aiskrim Kit Kat ni hah, macam overrated pun iye jugak. Boleh aje setakat beli untuk rasa tu, cumanya untuk repeat kali kedua tu tak lah dah. Hahah! Cukup lah hari tu aje. Kalau baca dekat Twitter memang ramai yang cakap sedap - tapi macam yang kita tahu lah definisi sedap untuk setiap orang tu berbeza beza kan. Korang dah pernah try ke belum Ice Cream Kit Kat yang baru ni?
ramai yg dok update eskrem ni..tk jmpa lg..nanti nk try la sedap ke tk
ReplyDeleteIye kak Amy, ramai yang update tu yang Nani pun terpengaruh juga beli. Hahah!
Deletedapat waktu tghari ketika matahari terik ni sedp ni .Salam ukhwah :) Inani jom tukar blog list...sudi?
ReplyDeleteKannn, memang layan habis makan ni. Jom! Nanti Nani masukkan dalam blog list. Salam kenal juga!
Deletehamboih... sedapnya nani oi... akak tak pernah try lagi... dah tua-tua ni tak berani nk layan sekerim gini selalu heheheh tapi teringin jugak tuh...
ReplyDeleteHahah! Sekali sekala kak Dana, pantang nampak aiskrim baru nak jugak try.
DeleteWaalaikumussalam. Allahu asyik habis ja aiskrim ni kat 7e ðŸ˜
ReplyDeleteMemang selalu habis kan, hari tu dua tiga kali pergi baru ada stock.
Deletebeli kat mana ni. anak dok cari ais krim ni la tp x jumpa jumpa.
ReplyDeleteKita beli dekat Petron hari tu, selalunya dekat 7Eleven pun ada juga jual.
DeleteDan berumur ..kurang makan manis..inilah realiti kehidupan..zaman muda dulu balun saja..kini ada makanan tak masuk badan..begini kah pula bila dah berumur..
ReplyDeleteMemang biasaa dengar ayat macam ni daripada parents Nani. Macam tu lah kan kitar hidup kita :)
Deletewah sedapnya
ReplyDeleteNot bad jugalah - nanti try tau!
Deletebaru je cakap ngan hubi nak ice cream ni...tapi x jumpa lagi...
ReplyDeleteKena try cari dekat 7Eleven, selalunya ada aje dekat situ.
Deletepenat cari xjmpa last2 mlas dah nak cari hahaha
ReplyDeleteHahahah hei cepatnyaa give up!
Deleteaiskrim ni viral gak kan...tapi kalo nani cakap tak sedap, ok malas laaa nak cuba..hahah..nak try oreo punya lah
ReplyDeleteHahahah hei try lah kot kot kak Sunah suka. Tapi Nani bagi rate biasa biasa aje sebab memang tak berapa sedap. Hahahah!
Delete