Pengalaman ke Taman Air Darul Makmur Jerantut

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Asyik cerita pasal makanan aje kan dalam entry entry yang lepas, so hari ini Nani nak kongsi kan salah satu tarikan terbaru yang terdapat di daerah Jerantut, Pahang. Sejujurnya kalau tanya Nani apa yang menariknya Jerantut ni, Nani sendiri pun tak tahu nak explain macam mana. Hahah! Kalau korang sejenis yang suka kan 'nature' boleh lah datang ke sini - lebih specific lagi ke Taman Negara. Tapi hari ni bukan nak cerita pasal Taman Negara, tapi kita nak cerita pasal Taman Air Darul Makmur.  Tak silap Nani taman air ini baru aje buka dalam bulan Disember hari tu tapi baru semalam sempat jejakkan kaki ke sana. Iye memang suka pergi time weekdays baru lah tak ramai orang. Plus, tempat tempat macam ni antara tempat yang menjadi tarikan untuk budak budak kan. Awal awal ni boleh lah pergi sebab sampai sekarang dia orang masih mengekalkan harga promosi untuk dewasa dan kanak kanak. Hm, apa yang menariknya tentang Taman Air Darul Makmur ni? 
Taman Air Darul Makmur Jerantut
Kaunter Tiket ke Taman Air Darul Makmur Jerantut. 
 Taman Air Darul Makmur ini terletak betul betul di bandar Jerantut - berdekatan dengan Stesen Kereta Api. Rasanya selama membesar di Jerantut ni, baru ini lah wujudnya taman air macam ni. Sebelum sebelum ni memang nan hado. Hahah! Itu yang bila orang tanya Jerantut ada apa, mesti macam krik krik kejap - tak tahu nak explain apa yang istimewanya bumi Jerantut. Kalau dari segi makanan tu memang banyaaak. 
Taman Air Darul Makmur Jerantut
 Antara salah satu tarikan yang ada di Taman Air Darul Makmur Jerantut. Cumanya Nani tak ingat pula dah apa nama kolam yang ni. Setiap kolam dalam taman air ni memang ada nama yang tersendiri. Untuk pengetahuan korang, dekat sini, ada tiga aje kolam yang mana dua kolam sesuai untuk kanak kanak dan satu lagi kolam sesuai untuk dewasa. Air dekat sini memang cetek aje, ada lah dalam pasar betis aje ke tak sampai entah. Hahah! Memang sesuai sangat kalau nak bawa family bersantai dekat sini. 
Taman Air Darul Makmur Jerantut
 Kolam Lubuk Tualang. 
Kolam ini lah yang Nani cakapkan tadi bersesuaian untuk dewasa dengan kedalaman air sedalam 132 meter. Nani cadangkan kalau korang ke sini tak perlu pun sewa pelampung sebab slides tu tak perlu guna pelampung. Cuma kena pastikan pakai pakaian yang bersesuaian lah, nanti kang tersekat pulak dekat slides tu. Hahah! Oh ye, kalau korang nak sewa pelampung harga RM 10 (deporsit RM5). Cumanya pelampung dekat sini tak banyak mana pun, so first come first serve. Gittew! 
Taman Air Darul Makmur Jerantut
 Antara ketiga tiga kolam dekat Taman Air Darul Makmur ni, kolam yang dekat Pantai Cengal ini lah yang paaaling cetek sekali. Hahah! Iye, tempat ni memang sesuai sangat untuk budak budak. Kalau yang dewasa macam kita ni, biasa biasa aje - tak mencabar mana sangat lah. Setakat nak pergi main air suka suka tu okay lah.  
Taman Air Darul Makmur Jerantut
 Gazebo pun ada juga dekat sini tapi macam biasa lah ye berbayar. Satu gazebo ini harga nya RM 30 (deposit RM5) lengkap dengan kemudahan kipas. Ini pun tak boleh booking awal jugak - konsep nya first come first serve. Kalau korang datang dengan family besar, sesuai lah untuk sewa gazebo ni. Uniknya dekat sini, setiap gazebo ni ada nama yang tersendiri. Kalau korang tak nak sewa gazebo pun tak apa sebenarnya, ada aje meja kecil dekat sekitar kawasan kolam.  
Taman Air Darul Makmur Jerantut
 Antara kemudahan lain yang ada dekat sini macam locker ini lah. Cuma Nani tak pasti berapa harga untuk sewa locker. Nani semalam pergi memang tak ramai orang langsung, so letak aje beg dekat meja biasa tu. Selain daripada locker, dekat dalam ni ada juga disediakan musolla untuk lelaki dan perempuan, kemudahan tandas yang bersih dan parking yang luas. Iye serba serbi lengkap dalam ni hah. 
Taman Air Darul Makmur Jerantut
Ini pula harga untuk rujukan korang yang nak ke Taman Air Darul Makmur. Buat masa ni, dia orang masih lagi memperkenalkan harga promosi RM16 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak kanak. Tapi Nani tak pasti sampai bila harga promo ni. Hm pendapat Nani secara personal, dengan kemudahan yang disediakan rasanya lebih sesuai dengan harga RM16 berbanding dengan harga RM20. Kolam pun cuma ada tiga aje dekat dalam ni dan kemudahan lain pun kalau kita nak guna kena tambah lagi duit bukan termasuk dengan harga yang kita bayar mula mula tu. Tapi ini pendapat Nani aje lah okay!
Taman Air Darul Makmur Jerantut
Untuk pemnambahbaikan pula, Nani rasa yang paling utama dari segi air kolam tu lah. Masa Nani pergi semalam, air kolam ni macam agak kotor terutama dekat kawasan kawasan tepi tu - ada rumput rumput yang masuk dalam kolam tapi tak dicuci. Pada Nani, kalau dah bayar mahal mahal sebaiknya pihak yang bertanggungjawab kena lah pasti kan kebersihan terjaga sentiasa. Lain lain memang tak ada masalah. Untuk korang yang nak ke sini, boleh lah check it out Instagram atau Facebook Taman Air Darul Makmur ni untuk tengok watu operasi dia orang. Ada hari yang dia orang akan tutup - mungkin untuk kerja kerja pembersihan lah kot. Harap harap next time pergi ada improvement yang dibuat. Sayang kalau tempat macam ni tak dijaga dengan elok. 

15 comments:

  1. menarik jugak gazebo tuh harga kira berpatutan jugakla siap ada kipas lagi kan... cuma itulah kalau kolamnya atau airnya kotor memang kita rasa tak bestla... dah bayar kan masuknya tu tapi tengok nk mandi pun tak selesa tak bestla

    tapi taman baru kan, kot lps ni ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak Dana, bila air tak berapa nak bersih ni memang rasa tak nak pergi dah lepas tu. Tempat ni baru lagi eloknya kalau dijaga dengan baik, baru lah boleh tarik orang datang. Harap harap ada improvement yang dia orang buat lepas ni.

      Delete
  2. nanti ke pahang boleh la datang ke sini..tempat baru ni kan? best jugak banyak kolam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tempat baru, boleh lah singgah bila bila ke Pahang :)

      Delete
  3. wahh jerantut dah ada waterpark ye Nani. Okaylah kan ada pembaharuan dah sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah iye kak Ana, baru ini lah nak nampak ada pembaharuan sikit dekat bandar Jerantut tu.

      Delete
  4. Jerantut semakin maju. Mana tau lps ni makin besar taman tema ni kan. Harga so far ok bg kak ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah kan akan datang nanti macam mana. Heheh. Itu lah, kalau remain RM16 per head tu pun okay dah sebab kolam tak banyak mana dalam tu.

      Delete
  5. zaman anak2 masih kecik2 dulu ada gak lah ke Taman Air ni. now dah tua2 ke hotel pun dah tak jengah swimming pool. hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaham. Fahaam aunty, now zaman tengok tengok aje dah kan.

      Delete
  6. kalo kat JB, lebih kurang macam Forest City Waterpark lah ni...berpatutan tu harganya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh, yepp boleh lah sekali sekala kalau nak lepas gian main air dekat water park. Hahah!

      Delete
  7. waalaikumussalam. wah menarik sangat ni. dah makin hebat ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah kalau nak lepak lepak main air. Hahah!

      Delete
  8. menarik.. buat lepak santai aktiviti ujung minggu dgn anak2 kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page