Sushi King & llaollaou di Melawati Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari Rabu baru ni kan public holiday untuk negeri Selangor (siapa geng sepp sikit, eh hahah) so macam biasa kita buat aktiviti jalan jalan cuci mata dekat mall. Tapi rasanya bukan setakat cuci mata aje bila dah keluar ni, kita cuci wallet sekali. Koff koff! Banyak betul lah benda nak beli bila dah keluar jalan jalan ni. Plan asal nak keluar pergi makan Sushi King aje dekat Melawati Mall tu tapi kesudahannya masuk Kaison, MPH, Watsons & ada lah dua tiga kedai lagi. Masuk tangan kosong tiba tiba keluar kemain banyak beg plastik dekat tangan. Hahah! Dua tiga minggu ni lain macam betul mood nak berjalan jalan & shopping tu. Dah lama sangat sebenarnya tak keluar, asyik hadap kerja aje memanjang penat juga otak ni hah. Bila keluar time public holiday, faham faham lah macam mana kan, memang ramaai orang sampai dua tiga kali jugalah pusing nak cari parking. Tapi nasib baik tak kena queue lama sangat dekat Sushi King. Memang tempat fav betul Sushi King ni, setiap minggu makan dekat situ pun tak apa. Eh? 
Macam biasa, menu fav bila pergi Sushi King semestinyaa Golden Ball. Iye hari tu dua pinggan ambil Golden Ball tu aje, tak pandang dah benda lain. Korang yang tak pernah try, Golden Ball ni wajib masukkan dalam list next time. Serious sedap gils ye, tak tipuu. Actually dua jam sebelum makan sushi ni, kita orang dah kenyang makan nasi kandar. Tibeh masuk Sushi King nak makan lagi. Hahah! Nani makan dua tu aje, lepas tu tak order dah benda lain. Tengok aje kawan kawan makan, agittew! 
 Banyak sushi yang sama sebab datang empat orang lepas tu semua nak makan jenis yang sama aje. Ini baru separuh sebenarnya, ada lagi yang tak sempat masuk dalam gambar. Lighting pun tak berapa nak onz haritu so malas nak jadi gigih sangat ambil gambar. Hahah! Btw, Hanjuku Cheesecake dekat Sushi King ni sedap rupanyaaaa tapi tu lah, mahal dan kecil. Makan dua tiga suap habis dah, tak sempat nak menikmati. Hahah! 
Daaan misi utama haritu (selain dari Sushi King), llaollaou. Dah lama teringin tapi asyik tak sempat aje nak beli. Dah alang alang pergi Melawati Mall baru ni, memang dalam kepala dah set siap siap nak pergi llaollao. Kebetulan pulak haritu hari Rabu, so dapatlah harga promo diskaun 22% sebab sekarang second week of December. Kalau pergi next week, dapat 33% diskaun. So nak jimat pergi lah llaollao hari Rabu setiap minggu ketiga. Promo ni valid setiap bulan tak silap Nani. Macam biasa, sauce fav semestinya caramel. Sedaap woo! Tapi sekali sekala aje lah mampu makan sebab harga pun boleh tahan juga llaollao ni hah. Iye memang keluar baru ni duit banyak habis dekat makanan aje. Tu tak termasuk pergi MBG beli buah, lepas tu tapau dinner pulak dekat Marrybrown. Start next week dah boleh puasa lah macam ni. Hahaha! Korang team kerja ke cuti Rabu ni? 

7 comments:

  1. yg sebelah golden ball tu apa..mcm daging je..tk pernh plak nmpk...yg cheese cake tk pernh try....dessert llaollao tk pernh try sbb mcm tk reti nk order haha...oh stiap rabu minggu ke3 byk diskaun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak tak ingat kak Amy apa namanya tapi tu ayam bukan daging. Heheh. Senang aje nak order tu, try lah nanti serious sedaaap!

      Delete
  2. sedapnya nani oi... saja je tau, comel-comel je nengok sushi yang bulat-bulat tu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Memang seronok sekali-sekala beli-belah. Salam kenal.

    ReplyDelete
  4. Wahh.. beberapa hari lepas baru je singgah sini sbb anak nk makan llaollao hihii.. mmg best :)

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. nyummmmm sedap nya lah semua tu ^_^

    ReplyDelete
  6. wak selalu order salmon steak je., hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page