Pengalaman ke Batu Caves

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Iye harini nak share pengalaman Nani sendiri ke Batu Caves (walaupun cerita ni bulan Oktober haritu tapi tetap jugak nak share). Hahah! Hari tu sebulan lebih hah berehat dari blog. Lama betul berehat tu, banyak cerita yang tak sempat nak kongsi dengan korang. Sempena tengah ada mood nak menulis ni, boleh lah kita buat throwback sikit eheh. Sepanjang tiga tahun jadi penduduk Gombak ni, hari tu first time Nani pergi Batu Caves, itu pun sebab nak kena buat research sikit tentang adat & budaya dia orang. Kalau bukan sebab itu, rasanya tak tahu lah bila akan pergi. Sebelum ni asyik tengok dari jauh aje, lepas tu sendiri tertanya tanya ada apa dekat atas tu. Bila dah pergi, baru lah tahu serba serbi pasal tempat ni. Nani hari tu pergi time weekdays (masa tu nak dekat Deepavali) pun ramai orang tau & mostly tourist lah. Masa Nani pergi tu pun dia orang ada hari kesyukuran so boleh lah tengok sikit sikit aktiviti dia orang. Tapi nasihat Nani kalau nak pergi, better pergi pagi sebab redup sikit cuaca. Parking pun luas aje dekat area Batu Caves ni, cumanya kena bayar lah RM 5. 
Batu Caves
Mula mula sampai tu excited juga lah nak explore semua benda. Plan asal nak ronda dekat area bawah tu aje tapi dah alang alang sampai kan, kita mendaki jugalah sampai ke atas sana. Sekurang kurangnya nanti bila orang tanya, boleh lah dengan bangga nya cerita dah pernah naik & masuk sampai ke dalam gua Batu Caves tu. Hahahah! Motippp sangat kan. Hei tu pun satu achievement tau dapat naik sampai atas untuk Nani yang jarang jarang nak buat aktiviti mendaki semua ni. Masa ni around pukul lapan lebih macam tu, so cuaca pun redup aje lagi tak panas sangat. 
Batu Caves
 First sekali kita orang masuk dalam kuil dekat bawah tu, tapi Nani tak ingat apa nama kuilnya. Macam Nani cakap tadi, masa tu dia orang ada macam hari kesyukuran so memang ramai lah orang. Tapi boleh aje tau untuk kita masuk dalam ni. Sama macam rumah ibadat yang lain, nak masuk sini kena lah pakai proper attire, tak boleh pakai sembarangan aje. Kalau pakai skirt pendek pun dia orang tak bagi masuk. Iye lah rumah ibadat kan. 
Hari tu ada borak dengan sorang uncle ni, dia cakap dia orang akan cat tempat ni 12 tahun sekali aje. Tak kira lah lusuh macam mana pun warna bangunan tu, selagi tak sampai 12 tahun dia orang takkan cat baru. Tapi Nani tak sure lah sejauh mana kesahihan benda ni, cuma yang dia bagi tahu macam tu lah. 
Batu Caves
Daaaan misi yang tak dirancang, mendaki beratus ratus anak tangga naik ke atas tu. Phew banyak kali juga lah actually berhenti nak boleh sampai ke atas tu. Penat dia jangan cakap macam mana. Hahah! Bab bab mendaki semua ni memang bukanlah 'nature' Nani ye, sangat jaraaaang buat aktiviti macam ni. Tangga tu curam juga lah so sepanjang naik dengan turun memang tak ada nya nak tengok phone ke apa, fokus aje pandang tangga. Hahaha! Seraam wak, takut betul kalau terjatuh. Sampai aje atas tu serious mengah gila, terus lah pergi kiosk beli air & guess what sebotol air dekat atas tu  RM5. Menyesal ye tak bawa air siap siap, tapi sebab penat beli juga lah walaupun harga serupa macam dekat atas flight. Hahaha! 
So, dekat atas tu ada apa? Dekat atas tu ada kuil juga, Nani tak pusing habis pun. Rasa macm ada banyak kuil sebab dekat dalam tu ada lagi tangga yang nak kena panjat. Tapi sebab masa tu kita orang dah penat, so tak sanggup dah nak mendaki. Hahah! Sekejap aje dekat atas tu. Ambil gambar dua tiga keping lepas tu turun semula. Turun tu laju lah taaaapi fuhh gigil weh kaki lepas dah jejak jalan dekat bawah tu. Hahah! Kalau orang ajak lagi lepas ni naik atas tu, rasanya memang tak nak dah. Cukuplah sekali tu aje, penat weh.  Tapi okay lah, sekurang kurangnya ada juga pengalaman pergi Batu Caves. Gittew! Korang pernah ke sampai sini? 

7 comments:

  1. wahhhh gigih nani sampai atas sana ye, kalau akak mau takat 30 ke 50 anak tangga larat lagi lah sampai ke atas tu mau kaki mengigil, lepas tu malam mesti kaki sakit hehehhe...

    kwn opis akak pernah amik gambar masa thaipusam untuk surat kabar, dalam tu ada banyak lagi patung-patung dan kuil katanya. Cumanya dia kata jgn datang masa thaipusam bau dia perkkkkh... sbb ada banyak kelapa yang mereka pecahkan

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. kak pun belum pernah sampai kat sana. hehe

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pergi..dulu pernah gak rasa nak naik sini..masa muda2 dulu la..ni dah tua rasanya tak la kot nak naik...

    ReplyDelete
  4. adat diorang dh kot cat 12tahun skali..
    kalo cat mahal thn lame.. kehkeh..

    air pon rm5 satuuuu.. giler mahal.. haha..
    mungkin tapak bisnes kat atas kan.. harga pon mencanak ke atas.. haha

    ReplyDelete
  5. belum sampai lagi lah Nani. Tapi memang teringin sangat nak ke Batu Caves ni. nak naik tangga sampai atas tu..btw, tahniah dah sampai Bt Caves. sampai atas lagi tu.

    ReplyDelete
  6. Bestnya sampai je Batu Caves. Banyak yang boleh explore kat sana. Saya belum pernah sampai lagi.

    ReplyDelete
  7. dulu pernah lah singgah , sekarang ni duk lalu lalang je nani hehe :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page