Shopping Haul | Jalan Jalan Japan di M3 Mall

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Weekend baru ni Nani ke M3 Mall dekat Taman Melati, saja lah cuci cuci mata sebab dah lama tak 'ukur jalan' dalam mall. Hahah! Bila dah pusing pusing tu, ternampak lah outlet Jalan Jalan Japan ni hah. Memang tak fikir banyak kali dah, terus ajak kawan masuk situ. Plan asal nak tengok tengok aje tapi kesudahannya keluar dari situ dengan satu beg plastik besar. Hahaha! Sakan dapat shopping. Dua jam okay Nani 'berkampung' dekat dalam outlet tu sebab macam macam rasa nak beli. Nani sebenarnya first time masuk outlet Jalan Jalan Japan ni, hah terus terkejut tengok harga barang dekat sini murah kemain. Semua barang dekat sini barang preloved tau tapi ada tu yang tak macam barang preloved pun. Kualiti elok & ada yang nampak macam baru lagi. Itu yang jadi sampai dua jam pusing satu kedai. Nasib baik ada dengar bisikan orang sebelah ajak balik, kalau tak mungkin lagi lama Nani dekat dalam tu. Hahah! Lepas ni dah tahu dah mana nak cari barang barang preloved yang berkualiti dan murah, memang tak pergi tempat lain dah, terus aje ke Jalan Jalan Japan. 
Jalan Jalan Japan
 Ada banyak lagi tau outlet Jalan Jalan Japan ni, korang boleh check it out dekat website Jalan Jalan Japan outlet yang terdekat dengan korang. Nani pilih M3 Mall, Taman Melati ni sebab senang nak pergi. Serious outlet Jalan Jalan Japan ni besar, rasa macam semua benda ada jual dekat sini. Baju, beg, kasut, mainan, peralatan khemah hah semua lah ada. Nani macam biasa lah, tempat pertama yang Nani tuju bahagian kasut. Rambang mata tengok sebab banyaaak sangat pilihan yang ada. Heels pun ada juga tau! 
Jalan Jalan Japan
 Dekat bahagian kasut ni pun dah berjam pilih, apatah lagi dekat bahagian lain. Nani hari tu lepas pusing punya pusing last last dapatlah sepasang sandal dan sepasang heels. Nak juga beli heels sepasang walaupun tak tahu lah bila nak pakai tu. Hahaha! Punya lah banyak pilihan dekat sini sampai siap bersila lah dekat lantai tu nak cari mana kasut yang sesuai. Lain macam betul shopping kali ni. Dekat sini kena pandai cari tau, sebab semua barang barang ada satu saiz tu aje. 
Jalan Jalan Japan
 Nampak tak tu, elok lagi kan kualiti heels ni. Nani berkenan sangat masa nampak heels ni tapi tu lah, tak muat pulak dengan kaki. So terpaksa lah letak balik dekat rak, sedih kita wakk sebab cantik sangat. Daaaan yang paling penting, heels ni RM15 aje sepasang, murah sangat kan. Nani ingatkan dalam tiga puluh ke atas macam tu rupanya RM15 aje. Kalau korang datang Jalan Jalan Japan ni bawa RM 20 pun Nani rasa macam macam korang boleh dapat bawa balik tau. 
Jalan Jalan Japan
 Tunjuk sikit sandal beli dekat Jalan Jalan Japan hari tu. Nani suka sandal macam ni sebab sesuai & senang untuk pakai ke mana mana. Warna soft blue ni pun antara warna fav juga lah ni. Serious selesa tau sandal ni. Nasib baik haritu jumpa juga sandal yang sesuai dengan saiz kaki Nani sebab banyaknya yang tak berapa ngam. Sandal ni RM 30 sepasang, still okay lah harga tu sebab yang ni serious nampak macam baru. Kalau barang barang branded pun harga mahal sikitlah daripada yang lain. 
Jalan Jalan Japan
 Paaaaling suka heels yang ni, bila try hari tu & muat memang terus kita ambil wak. Hahah! Warna pun cantik, boleh lah pakai nak pergi wedding sesiapa nanti. Balik tu lepas lap lap sikit dengan air, terus berkilat nampak macam baru. Heels ni murah aje, RM15 sepasang. Percayaaalah korang dekat tempat lain memang tak dapat tau harga macam ni. Serious berbaloi pergi Jalan Jalan Japan. Selain daripada sandal dan heels macam yang Nani beli ni, sport shoes, sneakers pun ada juga tau. 
Jalan Jalan Japan
 Selain daripada kasut, kimono pun ada juga dekat sini. Iye lah, nama pun kedai Jalan Jalan Japan, mesti lah ada kimono dan yakuta. Bayangkan ada dua ke tiga row kimono dekat sini, rambang mata Nani tengok. Walaupun tak pernah jejak lagi bumi Japan, sekurang kurangnya merasa lah juga pakai Kimono kan. Cakap aje nak kimono yang macam mana, semua ada. Nani first time pakai kimono ni hari tu so jakun lah sikit kita. Hahah! Siapa yang nak cari kimono cantik cantik, recommended untuk datang sini. 
Jalan Jalan Japan
Hah tengok lah tu banyak kan pilihan kimono yang ada. Range harga utuk kimono ni around RM40 macam tu. Mahal sikit sebab ini antara barang branded juga di Jalan Jalan Japan. Tapi serious kain kimono ni best! Hari tu, untuk pertama kalinya dalam hidup Nani pakai kimono. Hahah! Cantik okay kimono ni dengan bunga bunga kecil tu lagi. Tiba pulak Nani rasa menyesal sebab tak beli hari tu. Plus, kalau beli pun tak tahu nak pakai pergi mana, itu yang kimono ni tak masuk dalam list. Hiks. 
Jalan Jalan Japan
 Baju tshirt pun banyaak dekat sini okay! Apa yang Nani suka dekat Jalan Jalan Japan ni, untuk bahagian baju - dia orang dah gantung siap siap ikut saiz. So kalau korang pergi sini, boleh lah tengok warna dekat bahagian hanger tu. Memang staff JJJ ni dah susun ikut saiz, korang pilih aje mana satu saiz yang korang pakai. Mudah kan kerja kita, tak payah lah kita sampai nak belek banyak banyak kali baju tu saiz apa. Selain daripada tshirt, sweater dan baju winter coat pun ada tau jual dekat sini. 
Jalan Jalan Japan
Hah tu pegang dua dua baju tu sebab dah start confuse nak ambil yang mana satu. Perempuan kan, macam tu lah lagi lagi bila shopping. Semua benda rasa nak ambil beli. Hahah! Bila banyak sangat pilihan ni pun payah jugak sebab tak tahu nak yang mana satu. Kalau korang boleh nampak dekat dalam gambar atas ni, dekat bahagian hanger tu ada warna pink & biru. Itu lah labelling yang Nani cakap tadi so before korang pilih baju, boleh tengok dulu siap siap hanger tu warna apa
Jalan Jalan Japan
 Section last sekali yang Nani pergi untuk ladies fashion ni, semestinyaa beg. Banyak wak beg yang ada. Dekat sini paling banyak tau Nani beli, sampai tiga beg okay! Fuhh memang kuat betul penangan Jalan Jalan Japan. Kalau dah beli sampai tiga tu, jangan tanya lah cantik ke tidak beg nya. Mesti lah cantik, kalau tak, takkan lah kita beli banyak sampai macam tu. Kawan kawan Nani yang dah tahu pasal kedai ni pun masing masing tak sabar nak pergi shopping. Tergugat lah tu tengok barang barang murah tak masuk akal. 
Jalan Jalan Japan
 Ini beg pertamaa yang Nani masukkan dalam bakul. Hahah! Nani sebenarnya dah lama sangat tau nak beli beg rotan macam ni tapi tu lah kalau dekat Instagram harga semua atas RM50 untuk satu beg. Mahal sangat. Hari tu dekat Jalan Jalan Japan baru RM15 satu beg rotan ni hah. Memang terus ambil letak dalam bakul. Bila Nani upload gambar ni dekat Facebook & Instagram, ramai pulak dah yang berkenan tengok. Serious cantik dan unik sangat tau beg rotan ni. Paling sukaa! 
Jalan Jalan Japan
 Ini pulak beg galas biasa. Nani saja beli sebab senang nak letak laptop untuk bawa ke kelas. Ini pun RM10 aje satu, Kualiti elok lagi, zip okay, kain pun bukan jenis yang berbulu. Puas hati beli barang macam ni hah. Konsep dia pergi Jalan Jalan Japan ni kena rajin aje, rajin membelek semua barang yang ada, jumpa lah mana satu yang berkenan di hati. Banyak tu pilihan, tipu kalau tak ada satu pun yang nak beli nanti. Takut kang hajat nak beli dua barang, tiba tiba keluar ada 10 barang. Hahaha! Bahaya tu. 
Jalan Jalan Japan
Ini last lah beg yang jadi pilihan Nani, beg galas juga ni tapi Nani nak buat beg untuk letak buku dengan file. Perempuan kan, setiap beg tu function dia lain lain, tak boleh guna satu beg aje. Hahah! Hasil dua jam shopping dekat Jalan Jalan Japan, dapat lah dua pasang kasut & empat beg. Phew kalau lagi lama hari tu rasanya, lagi banyak tu Nani borong. Overall memang Nani puas hati shopping dekat Jalan Jalan Japan ni hah sebab harga barang semua murah murah. Recommended sangat untuk korang shopping dekat sini. Harga murah melampau sampai rasa macam tak logik bila tengok kualiti barang tu still okay. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Jalan Jalan Japan ni, jangan lupa check it out website & Facebook JJJ dekat bawah ni. Korang pulak, ada ke yang pernah masuk mana mana outlet Jalan Jalan Japan ni?

19 comments:

  1. akak tak pernah sampai lagi m3 mall tuh, menarik jugak bila tahu ada kedai JJJ nih, cantik-cantik semua pilihan nani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mall tu tak ramai sangat orang kak Dana tapi syok lah juga sebab ada JJJ ni, boleh lah cuci cuci mata sikit. Heheh :)

      Delete
  2. kalau turun sana nti nak singgah jugak JJJ ni..ramai yang duk kata barang elok harga pun elok mur mur mur..ish tak sabar nak turun sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib pergi kak El, serious rambang mata tengok barang murah murah & elok lagi. Baju lima ringgit sehelai pun boleh dapat.

      Delete
  3. pernah skali smp m3 mall tp ms tu mcm tk byk je kedai buka...dh ada JJJ ni bole la try singgah..sbb sellau juga tgk kwn2 shopping tp jauh nun kt subang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Amy situ memang tak ramai sangat orang. Tapi lepas ni selalu lah pergi sebab dah ada Jalan Jalan Japan. Jimat banyak hah kalau shopping dekat sini, barang semua murah!

      Delete
  4. amboi banyaknya shopping beg nani , nak pi juga lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha lepas gian kak Ana, dah lama tak shopping

      Delete
  5. tak pernah lagi sampai JJJ nih walaupun M3 mll ni dekat rumah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi tau lepas ni sebab banyaak barang preloved yang cantik dan elok

      Delete
  6. hi jemput join ye :) https://dramaticyang.blogspot.com/2019/12/1st-giveaway-by-yysella.html

    ReplyDelete
  7. ya Allah. saya belum pernah sampai. kalau dah sampai situ, mesti lah minda jadi gila nak beli macam2. hahahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kena pergi tau lepas ni, serious rasa nak beli macam macam

      Delete
  8. Sekarang dah ada kedai Eco dalam M3 Mall tu, lagi matilamak nak haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah hm dah nampak dah lepas ni duit tu banyak habis dekat mana kan. JJJ pun murah jugak nak shopping

      Delete
  9. Baru berjinak-jinak nak masuk JJJ kat Ampangan. Tapi risau pulak tak jumpa jalan keluar 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah jangan pergi sensorang, kena ajak kawan sekali. Agak agak macam tak jumpa jalan keluar nanti, ada orang sebelah tolong bisikkan. Hahahahah!

      Delete
  10. Kalau masuk JJJ ni memang lama membelek satu satu benda. murah yakmat!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page