Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada tak yang dekat sini yang tak pandai berenang macam Nani? Hahaha! Nani ni dari dulu lagi memang dah ada niat nak belajar berenang ni tapi itu lah tak jumpa jumpa lagi tempat yang sesuai dan muslimah friendly. Kadang kadang tu dah ada yang muslimah friendly tapi jauh pulak dari tempat Nani, so tak boleh lah nak pergi. Tapi lepas ni dah tak payah risau lagi dah, sebabnya Nani dah jumpa salah satu kelas renang yang dekat dengan tempat Nani iaitu Swim Rush - Swimming Academy. Yaayyyy! Lepas ni boleh lah ajak kawan kawan Nani join sekali sebabnya Swim Rush ni ada cawangan dekat Batu Caves. Memang dekat sangatlah dengan Nani yang duduk dekat Gombak ni hah. Banyak lagi tau cawangan Swim Rush ni, nanti korang boleh check it out dekat bawah! So tak ada alasan lagi dah lepas ni tak pandai nak berenang ke apa. Dah ada kelas renang yang dekat ni, kalau tak pergi lagi memang rugi lah kan. Korang tu, tak nak ke join kelas renang macam Nani jugak ehehe. Jom baca apa kelebihan Swim Rush Academy ni berbanding dengan yang lain. Mana tahu kot kot lepas ni korang pun nak pergi jugak.
Nani faham sangat kadang kadang kita ni busy dengan macam macam komitmen sampai tak ada masa nak pergi kelas kelas macam ni. Tapi korang jangan lah risau, dekat Swim Rush ni dia orang ada menyediakan kelas renang untuk perempuan dewasa dan kanak kanak selepas waktu bekerja. Kiranya kita boleh lah pergi bila bila waktu yang kita available. Hah gitu. Swim Rush Academy ni memang fokuskan untuk perempuan dewasa & kanak kanak tau, dan hanya di cawangan Batu Caves aje yang ada kelas renang untuk lelaki. Gittew!
Kalau korang dekat sini ada yang berminat nak hantar anak anak ke Swim Rush Academy ni pun boleh tau. Seawal usia lima tahun pun dah boleh hantar anak untuk belajar renang ni. Dekat sini dia orang bukan aje akan ajar teknik yang asas macam breastroke, freestyle, backstroke dan butterfly tapi dia orang jugak memfokuskan water confidence program & jugak water survival skills. Jangan risau kalau tak pandai menyelam sekali pun, sebab dia orang akan ajar kita cara nak menyelam dengan kedalaman air 1.2 meter - 1.8 meter. Aktiviti menyelam ni memang sesuai sangat untuk sesiapa yang suka aktiviti diving dan suka travel.
Macam yang Nani bagi tahu tadi, Swim Rush Academy ni ada empat cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Korang boleh refer jadual dekat atas ni tau waktu operasi untuk setiap cawangan. Waktu berbeza beza, jangan tersilap tengok pulak. Heheh. Tapi kalau korang tetap jugak tak available ikut waktu dekat atas ni, korang boleh jugak request untuk Private Class, iaitu Home to Home Basis yang mana coach tu sendiri akan datang ajar dekat rumah kita. Paling best sekali, tak ada pun transportation fee yang akan dikenakan.
Cawangan Swim Rush Academy
๐Batu Caves: Kompleks Renang Seri Siantan (kelas renang khas untuk lelaki dewasa, perempuan dewasa & kanak kanak).
๐Bangsar: Jalan Turi Bukit Bandaraya (kelas renang khas untuk kanak kanak sahaja & mempunyai private pool).
๐Cheras: Kompleks Sukan Desa Tasik (kelas renang khas untuk perempuan dewasa & kanak kanak sahaja).
๐Shah Alam: Seksyen 14 (kelas renang khas untuk perempuan dewasa sahaja & mempunyai private pool).
Ada banyak tau kelebihan Swim Rush Academy ni. Antaranya, free swimming cap & dia orang jugak akan menyediakan kelas ganti. Dia orang punya coach pun bukannya calang calang orang, semuanya dah well trained dan sangat berpengalaman mengajar. Selain itu, dia orang jugak menekankan tentang Anti - Drown. Kalau korang attend kelas renang ni nanti, coach tu sendiri akan ajar tentang Water Survival Technique & Water Confidence. Untuk yang perempuan pulak korang jangan risau tentang pemilihan coach sebab yang akan ajar kita nanti coach nya perempuan jugak heheh. Lepas dah attend kelas ni nanti, hah memang confirm lah korang pandai terus. Sama lah macam dengan tagline dia orang, from Zero to Hero! Tunggu apa lagi tu, jom lah register sekarang.
Magnificent web site. Lotts of useful information here.
ReplyDeleteI'm sending it to ssveral friends ans also sharing in delicious.
And obviously, thank you to your sweat!
Ada kelas ni boleh asah skill berenang (yang sebenarnya penting lagi2 bila ada kecemasan). Bagus juga ada Water Survival Technique disediakan
ReplyDeletebila difikir-fikirkan, memang perlu untuk anak-anak ni belajar berenang...
ReplyDelete