Assalamualaikum & Hello.
Baru baru ni, lama Nani 'menyepikan' diri untuk seketika. Bukan saja saja nak menghilang tapi saya dan keluarga baru sahaja diuji dengan kehilangan nenek yang tersayang (nenek di sebelah abah). Ikutkan arwah nenek yang Nani panggil Wan ni, baru aje keluar dari hospital sebab ada ulser di bahagian usus. Selang dua hari lepas tu, tiba tiba arwah mengadu sesak nafas. Terus lah pak cik dengan mak cik Nani bawa ke HTAA di Kuantan. Masa dalam perjalanan nak ke hospital tu lah arwah tiba tiba tak sedarkan diri dan terus kena admit dekat Wad Kecemasan (Zon Merah). Petang Sabtu tu abah dapat panggilan dari mak cik Nani bagitahu pasal keadaan Wan, terus lah kita orang bersiap & bergegas ke Kuantan. Masa ni memang doktor dah suruh semua ahli keluarga berkumpul sebab harapan untuk Wan sembuh tu tinggal 50 - 50 aje. Allah. Masa tu dalam hati tak putus putus berdoa semoga Wan kembali sihat. Bila kena admit dekat Wad Kecemasan dekat Zon Merah ni, memang tak ada sorang pun ahli keluarga yang dibenarkan masuk. Sepenuhnya di bawah pemantauan doktor. Lama jugak kita orang tunggu dekat luar hospital, dekat pukul 2.15 pagi macam tu, Nani & family balik berehat sekejap dekat rumah pak cik.
Tapi tak ada lah berehat mana pun, bila jadi macam ni mata pun susah sangat nak lelap. Dalam setengah jam macam tu terlelap, sepupu Nani call cakap Wan dah dipindahkan ke wad biasa tapi masih bergantung pada mesin bantuan pernafasan. Tak sampai 15 minit macam tu, sepupu Nani call semula cakap Wan dah kritikal. Allah. Masa ni Tuhan aje yang tahu perasaan tu macam mana. Terus bangun basuh muka, pergi balik ke hospital. Kali ni, terus aje ke wad di tingkat tujuh. Masa sampai tu, terus gugur air mata tengok arwah Wan terbaring dengan mesin bantuan pernafasan. Memang tak boleh tahan sebak dah bila tengok keadaan arwah macam tu. Nani duduk dekat koridor wad tu baca Yaasin. Dalam hati masih lagi tak putus putus doa, semoga ada keajaiban dari Tuhan.
21 Julai 2019 | Ahad
Tak lama lepas Nani baca Yasin tu, mesin bantuan pernafasan yang Wan guna tu tiba tiba dah bertukar 'bunyi.' Kalau sebelum tu mesin tu bunyi tet tet tet tet menandakan yang Wan masih bernafas, kali ni dah bertukar jadi teeeeeet. Panjang dan lama. Masa ni Tuhan aje yang tahu apa yang ada dalam hati aku. Allah. Air mata dah laju turun. Doktor dah tarik langsir dan minta kita orang semua tunggu dekat luar. Kalau sebelum ni aku tengok aje dekat dalam drama, kali ni betul betul jadi depan mata aku sendiri. Ya Allah. Aku dengar doktor cuba pasangkan semyla bantuan pernafasan tu, tapi tetap jugak bunyi yang sama keluar. Dua kali doktor cuba. Tak lama lepas tu mak cik aku cakap 'mak dah tak ada.' Ya Allah, lemah rasa lutut ni. Aku sampai bersandar dekat dinding sebab rasa tak kuat sangat dengan kehilangan ni. Doktor keluar; minta maaf dan sahkan yang Wan memang dah tak ada. Allah. Sekitar pukul 4.50 pagi, wan telah kembali ke rahmatullah. Alhamdulillah tengahari tu jugak jenazah dah selamat dikebumikan di Jerantut.
Ahad lepas dah selesai buat kenduri tahlil untuk arwah wan dekat rumah Nani. Tuhan permudahkan segala urusan kami sekeluarga, alhamdulillah. Ikutkan minggu ni lah, kita orang nak pergi melawat wan dekat Kuantan tapi apa kan daya, Tuhan lagi sayangkan wan. Semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah dan menempatkan arwah dalam kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabb. Dah lama sangat wan sakit, dah tiba masanya untuk wan berehat. Semoga Allah gantikan segala kesakitan wan di dunia dengan ganjaran syurga. Amin. Betul lah kehilangan orang yang paling kita sayang ni paling perit sekali. Rindu yang sememangnya tak berpenghujung. Dalam kenangan, Hamiah binti Derani 💗 AL FATIHAH.
salam takziah buat family nani..
ReplyDeletesemoga rohnya dicucuri rahmat..
insyaAllah.. amin..
Inalillah, salam takziah nani... ada juga nampak kt fb nani...
ReplyDeletemoga nani n family sabar ye... alfatihah bt arwah wan nani
takziah nani. moga tabah
ReplyDeletesalam takziah
ReplyDeleteSalam takziah Nani..akak dulu pun kehilangan uwan dan akak orang terakhir datang bawak buah anggur yang seedless tu..arwah memang mintak akak belikan..dan dapat tengok dia capai dengan tergopoh gapah buah tu..tak sempat nak basuh lagi..dia makan 2-3 biji..depan akak dia tiba- tiba tak sedarkan diri..malam tu terus meninggal...sedihkan..Alfatihah buat uwan akak dan uwan Nani
ReplyDeleteTakziah Nani & keluarga.
ReplyDeleteIndeed we belong to Allah, and indeed to Him we will return.
Semoga Allah tempatkan arwah wan bersama-sama insan beriman kesayanganNya. Takziah untuk Nani dan keluarga
ReplyDelete:(
...
Takziah sis.. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
ReplyDeletesalam takziah pada kak nani sekeluarga
ReplyDeleteSalam takziah buat Nani sekeluarga. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh arwah wan dikalangan org2 beriman.. aamiin. Al fatihah.
ReplyDeletealfatihah utk arwah nenek nani
ReplyDelete