Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang ni dekat mana mana pun ada aje iklan Ayam Goreng Mcd Extra Spicy, tengok tv ada iklan ayam goreng, buka Youtube dengan Facebook pun sama. Bila dah selalu tengok iklan tu, wajiblah jugak kita try kan. Masa awal awal ayam goreng ni viral, fuhh tak sanggup okay nak pergi queue dekat Mcd. Ada certain outlets tu sampai sold out lah ayam goreng tu, punya lah kuat penangan Ayam Goreng 3x Pedas ni kan. Walaupun dekat Twitter tu Nani baca ada yang sampai kena ke hospital sebab sakit perut lepas makan ayam goreng McD. Kalau perut tak biasa makan pedas, memag macam tu kot jadinya 😅 Bila dah reda sikit, baru lah kita terjah McD demi satu set ayam goreng. Hahaha! Gigih sangat kaaaan! Bukan apa kalau beli yang delivery tu charge aje dah sedia mahal so baiklah kita pergi outlet Mcdonald's tu terus, lagipun, McD depan rumah aje hah. Sekarang ni dah ada banyak set untuk ayam goreng ni kan. Kalau dulu ada set untuk dua ketul ayam aje, sekarang ni dah ada set yang tiga ketul dan lima ketul jugak okay. Tapi kalau untuk makan sorang, dua ketul tu pun dah cukup dan kenyang.
Macam biasa kita order satu set dua ketul ayam goreng Mcd yang Extra Spicy. Macam biasa, ada fries dengan air sekali. Nani haritu nak tukar fries dengan coleslaw tapi dekat Jerantut ni tak ada coleslaw pulak heh. Outlet dekat sini memang selalunya tak berapa ada sangat certain menu. Haritu nak order McFlurry Cempedak pun dia kata tak ada sebab dia orang ada satu aje mesin aiskrim. Sobs! So melepas lah nak try McFlurry Cempedak. Nani drive thru aje Mcd ni haritu, lepas dah siap order terus lah balik rumah. Punya lah tak sabar sabar nak try kan. Tapiiii....
Tapi hampa hatiku sebab bila buka kotak ni tengok dapat Ayam Goreng Mcd Spicy yang biasa tu. Alaah, nak makan Ayam Goreng Mcd Extra Spicy. Saja lah tu nak suruh kita repeat order lagi. Hahah! So, kita makan aje lah walaupun sedih sikit kahkah. Haritu adik Nani dah pernah beli Ayam Goreng Extra Spicy ni, makan secubit aje pun dah rasa pedas dia. Kali ni relax aje kita makan ayam goreng dua ketul ni sampai habis. Hahah! Biasa punya kan, tak rasa sangat pedas tu. Heheh. Nani minta ayam bahagian tight untuk dua dua ketul ni pun, dia orang ada jugak bagi bahagian wing. Tak apa lah, mungkin dia orang tak perasan kot order Nani tu. Korang dah try ke belum Ayam Goreng McD Extra Spicy tu? Macam mana? Pedas ke tidak?
akak tk mkn pedas..mmg tkla nk try..yg biasa pn akak rs pedas apantah lg yg extra spicy...kiranya nani byr utk ayam extra spicy tp dpt yg ayam biasa ye...tk komplen ke?
ReplyDeletexberani lg nk try yg pedas giler tu..
ReplyDeleteyg pedas bse je blh telan..
teringat lg ms dlm pantang duk tgk tv ade iklan aym goreng mcd..
abs pantang je trus g beli teringin pnye psl.. haha
Tak cuba lagi sebab tak boleh makan pedas.. sha cuba yang biasa nie pun jenuh nak habis.. kalau yang extra tu mahu menangis.. hehehe
ReplyDeleteAkak mmg x kan try la..perut masih blom sihat sepenuhnya kan..x sanggup akak merana lagi...
ReplyDeletekalau yg 3x spicy tu dia merah sikit lg, bg akak yg biasa mkn pds, mmg terasa jgkla spicy nya tu tp idok la melampau sgt kan
ReplyDeletetak sanggup nak makan sebab saya makan makanan pedas yang beshe beshe je huhu
ReplyDelete