Suria Resort & Hotel di Cherating

Assalamualaikum & Hello.
Dah lama sangat tangguh cerita pasal Family Day hari tu sampai dah berganti bulan pun. Hahah. Kali ni Family Day buat di Suria Resorts & Hotels dekat Cherating. Dah lama tak bercuti dekat kawasan pantai macam ni so teruja sangat okeh. Sampai sana dalam pukul satu macam tu, sempat lah rehat sekejap sebelum buat aktiviti sukaneka petang tu. Memula Nani ingat cuaca hujan, sebab masa tu memang area Terengganu dengan Kuantan hujan lebat tapi alhamdulillah cuaca elok sangat. Tak panas langsung sebab kawasan buat aktiviti sukaneka tu terlindung dengan pokok. So buat aktiviti sukaneka dalam keadaan redup sangatlah best. Sambil sambil tu dapat rasa sekali angin pantai. Syoknya lahai, rasa nak duduk sana terus pun ada. Ehehe πŸ˜†Tapi kali ni skip dulu cerita pasal sukaneka, jom tengok penginapan sepanjang dua hari Nani dekat sana. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Dapat aje kunci terus lelaju cari bilik. Haa teruja dia lain maciam sangat kann. Eheheh 😁
Suria Resort & Hotel di Cherating
Lagi teruja bilik check in tengok bilik menghadap pantai. Syoknya bergganda ganda oi. Buka aje tingkap menderu mederu angin pantai masuk. Tak payah pasang aircond pun tak apa dah. Rasa seronok gila dapat view macam ni dari bilik. Kalau hari hari macam ni memang nikmat. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Tv dekat sini siap ada Astro lagi, I loikeee. Boleh lah jugak layan cerita yang best best kan, tak ada lah macam satu tempat hari tu Nani pergi hari tu, tv ada tapi siaran nan hado. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Bilik Nani ni tak luas mana pun cuma boleh lah memuatkan dua orang dalam satu bilik. So kalau travel dengan geng geng bujang boleh lah menginap dekat sini. Ada ruang pun kecil je muatlah untuk solat. Kalau datang dengan family boleh pilih bilik yang lebih luas. Ada jugak family room cuma tak berapa banyak, dalam 20 buah macam tu lah. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Towel dengan toiletries semua ada, tapi macam biasa guna yang sendiri jugak. Heheh. 
Suria Resort & Hotel di Cherating

Suria Resort & Hotel di Cherating
Dah penat jenjalan tepi pantai boleh lah lepak dekat tepi kolam ni hah. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Tengok bebudak mandi kolam, rasa nak terjun sama. Hahah! Overall Nani puas hati dengan servis dekat sini. So kalau korang ke Cherating boleh lah menginap dekat Suria Resort ni hah, cumanya hotel ni agak ke dalam. Kalau nak senang gunalah Waze kan. Heheh. Dari hotel ni nak ke Kemaman dah tak jauh sangat so boleh lah kalau nak terus ke Terengganu pulak lepas tu kan. Gituu.

12 comments:

  1. cantik hotelnye. huhuhuh. mane gambar pantai cherating. letak la sekali

    ReplyDelete
  2. best.... tang dkt ngn pantai tu mmg dh best dh... akak suke

    rasanya dlm tahun 2004 dulu akak pnh ddk hotel nih, masa tu ada kursus kt sini tp lama sgt dh... msti dh banyak berubah

    ReplyDelete
  3. kalau saya balik kg, saya selalu pergi suria cherating ni untuk swimming. Bayar rm10 kalau outsider nak swim. hotel ni memang best. Tapi kalau musim tengkujuh mcm sekarang bahaya pergi ke pantai, ombak kuat

    ReplyDelete
  4. menarik..
    suka pantai aje hihihi
    nice sharing nani.. tenkiu

    ReplyDelete
  5. cantik juga hotelnya...mesti bes bergathering dengan ahli keluarga...

    ReplyDelete
  6. nice place to consider la..tenkiu for sharin

    ReplyDelete
  7. k.el duk cari hotel cam gini lah
    bukak2 pintu..bukak2 tingkap npk laut
    kalau bilik bawah lg best..terus lari..terus terjun laut haha

    ReplyDelete
  8. seronoknya weiiiii tepi laut ! mek tk pernah singgah cherating. nampak kene p jugak skali ni.

    ReplyDelete
  9. bestnye bilik mengadap pantai.. swimming pool pun nampak besar syok tu nak g swimming..

    ReplyDelete
  10. Bestnya bercuti dan menginap resort tepi pantai. suka tengok view pantai. Tenang je

    ReplyDelete
  11. Bestnya pergi bercuti kat tepi pantai! Siqah tak pernah stay kat cherating. Syoknya pantai dan laut 😍

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page