Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani nak kongsikan dengan semua cara yang lebih mudah
untuk kita membuat bayaran zakat yang mana in sha Allah dapat memudahkan kita
semua. Apa itu zakat? Zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu
untuk diberikan kepada golongan asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi
syarat - syarat yang ditetapkan oleh syarak. Sebenarnya dekat negara kita ini,
setiap negeri akan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal hal
yang melibatkan pengurusan dan agihan zakat. Seperti di Wilayah Persektuan,
kita mempunyai Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang
merupakan sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh MAIWP
untuk mengutip semua jenis zakat harta.
Pihak Pusat
Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah diberikan
tanggungjawab bagi mengutip semua jenis zakat harta di tiga kawasan iaitu Wilayah
Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Rasanya semua dah sedia maklum kawasan kawan
yang terlibat ni memang selalu lah terlibat dengan kesesakan lalu lintas dan
menyebabkan ada sesetengah daripada mereka yang memilih untuk tidak menunaikan
zakat.
Selain daripada itu, ada juga yang memberikan alasan bahawa mereka
terlalu sibuk dengan urusan kerja di pejabat sehingga tiada masa untuk ke
kaunter zakat. Bila nak pergi selepas waktu bekerja pulak, kaunter zakat juga
dah tutup. Rasanya setiap dari kita dah sedia maklum yang zakat ni merupakan
amanah dan tanggungjawab kita untuk tunaikannya. Pada pendapat Nani sendiri,
tak wajarlah alasan alasan yang macam ni dijadikan sebagai sebab untuk kita
tidak menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim.
Disebabkan itu,
PPZ-MAIWP telah menyediakan beberapa kemudahan untuk membuat pembayaran zakat.
Antaranya pembayaran melalui portal zakat sendiri, melalui Perbankan Internet
dan juga Kaunter Zakat Van Bergerak. Nani yakin yang pertama dan kedua tu
korang dah memang selalu dengar kan? Hari ni Nani nak kongsikan dengan korang
cara pembayaran zakat melalui Van Bergerak. Pada Nani PPZ-MAIWP memang
mengambil inisiatif yang sangat bagus demi memudahkan masyarakat Muslim
menjalankan tanggungjawab mereka untuk membayar zakat.
Sebab apa Nani cakap
bagus? Kalau korang nak tahu, Kaunter Zakat Van Bergerak ini dilengkapi dengan
kemudahan KIRAAN, BAYARAN dan juga SEMAKAN. Pembayaran pula boleh dilakukan
melalui TUNAI, KAD KREDIT ISLAMIK, KAD DEBIT DAN CEK. Ha dah banyak sangat
kemudahan yang diberikan ni, takkan masih lagi nak berdalih dan lari dari tanggungjawab
kita? Di Kaunter Zakat Van Bergerak ini juga turut menawarkan perkhidmatan khas
kepada individu yang ingin membuat pembayaran RM10,000 ke atas. Korang boleh
tengok gambar dekat atas tu antara lokasi Kaunter Zakat Van Bergerak ini.
Mudah sangat kan bila
ada Kaunter Zakat Van Bergerak macam ni. Memang sesuai lah dengan tagline
mereka “Kami Bersedia Ke Tempat Anda.” Korang boleh hubungi 1 300 88 5757 untuk
menempah van ini dan berada di syarikat syarikat, badan kerajaan, majlis,
program dan sebagainya. Ha jadi selepas ni dah tak ada lagi yang bagi alasan
untuk tidak membayar zakat. Ingat setiap amanah kita di atas bumi ini akan
dipersoal di akhirat kelak. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Kaunter
Zakat Van Bergerak ini korang boleh layari mana - mana link yang tertera di
bawah ni.
Website : www.zakat.com.my
Facebook
: Pusat Pungutan Zakat
Youtube : https://www.youtube.com/user/ppztv
Thanks nani sharing ni..
ReplyDeleteMost welcome kak Lya :)
Deletesenang kan kalau mcm ni
ReplyDeleteharap2 ada lagi kaunter2 bergerak mcm ni
Memang senang tambah pulak untuk mereka yang selalu sibuk dan tak sempat nak ke pusat pungutan zakat
DeleteSampai macam ini sekali kemudahan diberikan/disediakan
ReplyDeleteKalau tak juga bayar memang tak takut dosalah tu Nani.
Itulah memang dah banyak cara dan kemudahan yang ada. Tinggal nak laksanakan ataupun sebaliknya aje
Delete