Air Tangan Ibu

Assalamualaikum & Hello.
Dua tiga harini busy nau sebab nak kena siapkan banyak benda. Maklumlah dateline 9hb, memang kea settle kan sepantas kilat lah. Sorry mana yang singgah sini tapi Nani tak sempat nak berkunjung semula. Heheh. Insha Allah pelan pelan Nani kayuh pergi rumah korang. Hujung minggu lepas syok sangat kan pergi bercuti (yang ni kita story lain kali sebab tak sempat nak transfer gambar lagi) dah balik semula sila lah hadap macam macam kerja semula. Eh dah melencong ke lain pulak. Hahah! Kisahnya baru ni ada nenek dengan pakcik Nani dari kampung datang rumah, ibu pun macam macam lah masak. Selalu bila makan malam, panaskan aje balik lauk tengah hari tu tapi sebab ada tetamu meriah sikitlah menu. Heheh. Kalau yang tengah puasa tu disarankan skip entry ni 😆
Gulai lemak pucuk paku campur ikan masin.
Sotong celup tepung.
Ikan siakap tiga rasa.
Haa memang tersandar kekenyangan lepas makan ni, sampai rasa nak basuh pinggan pun malas. Hahah! Sesekali makan malam macam ni memang syok, bertambah tambah makan nasi tambah pulak ada sambal belacan sekali. Perghh! Kecur air liur tulis entry ni. Eheh. Duduk rumah ni hilang lah kisah nak diet apa semua, apa yang ibu masak rugi lah tak makan. Gituu. Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat makan masakan air tangan ibu. Ha ada tak menu dekat atas ni yang jadi feveret korang jugak? 

11 comments:

  1. huhuh pagi2 buat yanie lapar jew tengok.. sedap nya..

    http://yanieyusuf.com/2016/12/exclusive-kuala-lumpur-modest-fashion-week-2016/

    ReplyDelete
  2. Betullah memang kecur dibuatnya
    Especially pucuk paku masak ikan masin tu. Sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  3. time tghari mai sini mmg lapaq dibuatnya oiii

    ReplyDelete
  4. Sotong goreng tepung tuh!!! sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  5. balik kg mana blh diet nani oi...
    mak kite msk apa pn sume sedap

    ReplyDelete
  6. gulai lemak puck paku :( sedapnya

    ReplyDelete
  7. baru dapat rasa gulai lemak pucuk paku balik kampung ni, nikmatnya air tangan mak kan..

    ReplyDelete
  8. kita suka gulai ikan masin tu .....fav

    ReplyDelete
  9. Ooo sedapnya ! Mkn plak dgn nasi panas :) untung nani dpt mak masak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page