Raya Raya Raya !

Assalamualaikum & Hello.
Lama betul bercuti Raya kali ni sampai blog pun dianak tirikan. Ingat hari tu boleh lah jugak bukak blog masa dekat Pahang, sekali wifi dekat rumah buat hal pulak dah. Makanya nan hado lah entry selama seminggu baru ni. Alhamdulillah malam tadi Nani dah selamat menjadi perantau semula selepas beberapa jam menghadap jammed dekat Karak, Bentong dengan Gombak. Ha menggedik lagi nak balik petang, hadaplah segala jenis jammed tu kan. Bila dah balik sini, memang tamatlah dah cerita ketupat, lemang segala bagai melainkan ada yang undangan open house. Gitu.

Nani balik Pahang Jumaat tu lagi dah sebab tak ada kelas kan. Alang alang balik aje lah Pahang terus daripada duduk sini tak ada buat apa apa. Nak shopping pun malas sebab tak nak bersesak dengan orang ramai. Hahah ! Kalau ke Bangi Sentral tu pusing seploh kali pun belum tentu ada parking. So nya awal awal lagi kita cabutlah balik Pahang tolong ibu mengemas rumah sikit sikit, lepas tu kita hadap biskut Raya. Tahun ni rajin dia lain macam sikit nak buat kuih Raya. Hahaha ! Nani buat dua jenis lepas tu ibu buat dua jenis. Lain lain semua kita tunjuk aje :p
Cornflakes madu air tangan Nani. Eheh ! Cornflakes madu ni hah yang paling senang sangat nak buat sebab tu tiap tahun tak pernah tak buat. Sabtu pagi awal awal ajak ibu teman pergi bakery cari bahan nak buat semua kuih Raya. Nasib baiklah ibu rajin nak melayan anak dia ni ha. Nani buat tiga kotak cornflakes yang kecil tu dapatlah satu tupperware besar. 
Double Chocolate Chip Cookies
Ini pulak double chcocolate chip cookies, cubaan pertama kali buat cookies nampaknya menjadi. Nanti ada masa Nani kongsikan resepi dekat sini. Hitam tu bukan hangit okeh tapi sebab Nani tambah serbuk koko. Bila makan tu ada lah rasa pahit pahit manis gitu. Ikut citarasa sendiri lah kan, kalau tak nak ada rasa pahit pahit tak payah letak. 
Raya pertama sibuk beraya dekat kampung, raya kedua baru lah masak soto dengan ibu sebab saudara mara semua nak datang beraya dekat rumah. Memang meriah lah bila dah berkumpul satu keluarga besar. Nani kalau bab bab masak menu utama ni memang haruslah bagi ibu aje yang buat. Nani buat bergedil boleh pulak terlupa nak letak garam. Hadoi lah, tapi pakcik makcik cakap sedap je ha. Eh kompius pulak aku dengan tekak diorang ni. Hahaha ! Mungkin sebab makan dengan sup tu kan dia dapat cover rasa tawar tu. Hehe. 
Sabtu petang girlfriends ni datang beraya dekat rumah. Apeni semua makin cantik macam pwincess ! Yang paling simple tu tentulah tuan rumah kan. Diorang dah bagi tahu nak datang pagi tu tapi biasa lah tuan rumah kan mana sempat nak bersiap pakai lawa lawa. Sampai je dua buah kereta depan rumah, baru terhegeh hegeh cari tudung. Hahaha ! Terima kasih sudi datang beraya ke kediaman rasmi saya. 
Di kesempatan ini, Nani mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini dan Nani mohon maaf andainya ada ayat ayat Nani atau komen komen Nani yang selama ini mengguris hati dan perasaan kalian. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna untuk diraikan bersama insan tersayang. Kalau ada yang nak buat open house tu boleh lah jemput Nani. EH ! Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Kosong kosong tau !

25 comments:

  1. Soto tu wajib kalau raya kat umah mak kite.. Selamat Hari Raya Inani..

    ReplyDelete
  2. Meriah nyer raya dik ! Selamat Hari Raya dik ;)

    ReplyDelete
  3. Kosong2 kak nani ;D <3 selamat hari raya hihihihihi have funnnnn take care too :)

    ReplyDelete
  4. kira okeylah tu ade jugak buat kuih raya daripada saya ni, semua kuih tunjuk je :p selamat hari raya kak nani!

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya nani!
    rajin jgk nani buat kuih raya..
    akk ni sume kuih tnjuk je.. haha

    ReplyDelete
  6. sedapnyaa cornflakes madu..selamat hari raya nani..

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Tuan Tanah da famili. =)

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Inani Hazwani..
    Seronok sungguh dapat beraya, jumpa saudara-mara..
    Meriah kannn..

    ReplyDelete
  9. Assalam nani..selamat hari raya dan salam 0-0

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya AidilFitri...

    dengan kunjungan rakan-rakan moga raya lebih bermakna kali ini....

    inikan raya....

    ReplyDelete
  11. Wahh meriah!!... Selamat Hari Raya Aidilfitri Nani... maaf zahir dan batin. Salam ceria selalu... :)

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kak Inani! Hehe always black je tau dia ni.

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya Nani
    Tuan rumah bila dah bersiap laaagi manis dari tetamunya:)

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya nanie...

    kalau akak pun cornflake madu mmg wajib tiap tahun n itu jgk paling cpt abis hehehe

    ReplyDelete
  15. YA SEDAPNYE SOTO LAMA TAK MKN .... MANA NK CARI NI DAH TERINGIN DAH NI

    ReplyDelete
  16. Fuh nasib baik update gak blog kisah raya.. Risau gak ni, kot blogterus beraya sampai bila2 hahaha

    ReplyDelete
  17. Allah SOTO! akk dr haritu teringin nk mkn soto nanie oiiii! mana lah nk cr ni. tp nk mkn kt rumah org! hahahahaha

    ReplyDelete
  18. nani, salam raya dari akak ye :)
    cornflakes madu tu konon nyer nak buat ari tu.
    ha ha ha x buat.
    demam 2 minggu ari tu dlm ramadhan :(

    soto???? my feveret.

    ReplyDelete
  19. salam aidilfitri.... ala lupa tahun ni x buat cornflakes punya cookies hehe

    ReplyDelete
  20. Nampak sedap choc chip tu. Akk th ni tak sempat pon nak buat kuih.

    Selamat hari raya nani & family ☺☺

    ReplyDelete
  21. Slmt hari raya.. Teringin nak rasa soto sbb x pernah makan :P

    ReplyDelete
  22. rajin nau nau anak dara sorg ni masak eh
    untunglahh sape yg dapat nani ni...hahaha

    ReplyDelete
  23. nyum3 sedapnya.. apapun mungkin belum ketinggalan nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  24. Selamat Hari Raya sekali lagi, Nani.

    Rajinnya anak dara ni buat kuih sendiri. Satu jenis je dah rajin. Kalau dua jenis, memang rajinlah tak dinafikan ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page