Pengalaman Baru

Assalamualaikum & Hello.
Bulan puasa hari tu Nani berkesempatan untuk turut serta dalam satu program bantuan kemasyarakatan di Pulau Ketam. Ini kiranya pertama kali nak jejakkan kaki ke Pulau Ketam dan ini jugak merupakan program pertama yang Nani turut serta untuk bantuan kemasyarakatan. Perasaan tu haruslah teruja kan. Pulau Ketam ni teletak di Klang so Nani dengan yang lain lain naik KTM ke Pelabuhan Klang dan dari Pelabuhan Klang nak ke Pulau Ketam tu kena ambil feri atau pun speed boat. Diorang yang lain lain ni ada yang dah kali kedua dan ketiga pun jejak Pulau Ketam. Nani aje yang kiranya first time baru nak pergi. 
Bukan apa, setiap kali tarikh yang diorang pilih nak ke Pulau Ketam mesti ada bertindih dengan hal lain. Ada kenduri lah, along kahwin lah, macam hal lah. Nani memang busy sangat awal awal tahun hari tu dan memang kebanyakkannya muka Nani lah yang tak pergi. Hahah ! Ampunkan saya korang ! Bukan saje saje tak nak pergi tapi hal keluarga tentu lah jadi keutamaan dulu kan. Jom lah layan berkeping keping gambar masa dekat Pulau Ketam hari tu. 
Ini pun tak semua yang ada sebab ada yang cuma datang sekejap aje.
Macam Nani cakap tadi untuk ke Pulau Ketam ni kita boleh pilih untuk naik feri atau speed boat. Apa yang membezakannya tentulah dari segi kelajuan dan jugak tambang. Hehe. Kitorang naik speed boat dan harga untuk seorang dalam RM10. Memang laju lah kan kalau nak bandingkan dengan feri. Kawan Nani yang dah pergi sebelum sebelum ni cakap kalau naik feri memang boleh tido dulu baru sampai. Haha ! 
Simbolik Pulau Ketam di Jeti Pelabuhan Klang. 
Sejenis keterujaan yang melampau sebab dapat jejak pulau ketam. Hahah ! Masa ni kitorang berjalan jalan di sekitar Pulau Ketam. Memang dekat sini bila datang akan rasa tak ada pencemaran bunyi pun. Masyarakat dekat sini memang kebanyakkannya menggunakan basikal untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Laluan pun memang macam dalam gambar dekat atas ni. Mula mula tu takut jugak Nani, mana lah tahu kot kayu tu tak kuat ke. Hahahah ! Mentality Nani ni memang bukan bukan betul ha. 
Petang tu ada majlis berbuka puasa serta sedikit sumbangan duit Raya dengan masyarakat di Pulau Ketam ni. Dekat sini masjid dipanggil sebagai Balai Islam. Balai Islam ini pun baru sahaja dinaiktaraf dan lebih selesa untuk kegunaan masyarakat dekat sini.
Menu berbuka puasa di Pulau Ketam hari tu. Kemain eh masing masing macam tak nak berhenti makan bila dapat siput sedut, ketam segala bagai. Memang sedap lah kan bila dapat makan seafood yang segar macam ni. 
Malam tu selesai aje solat terawikh ada makan makan sikit sambil berkongsi pengalaman masing masing bila dah turut serta jadi sukarelawan macam ni. Dekat pukul sebelas lebih macam tu semua nak berjalan lagi sekitar Pulau Ketam ni. Dekat sini kebanyakkannya masyarakat cina, mualaf dan juga orang asli. 
Apa yang Nani boleh cakap memang ini merupakan satu pengalaman yang paling manis dan sangat berharga untuk diri Nani sendiri. Sepanjang hidup ni memang tak pernah pun join mana mana charity program dan pengalaman pertama ni tentulah akan diingati sampai bila bila kan. Kadang kadang bila kita tengok dari jauh memang kita tak akan tahu macam mana keadaan dan kepayahan hidup masayarakat dekat sini. Tapi bila mana kita dah mendekati dan mengenali cara hidup mereka, masa tu lah kita akan sedar yang mereka ni sangat sangat perlukan bantuan.
Balik dari Pulau Ketam singgah pulak NU Sentral jalan jalan. Ada yang nak cari baju Raya lah, ada yang nak habiskan baucar buku lah. Memang dah tak kenal erti penat kot masing masing ni hah. Hahaha !
Eh mana ada Nani shopping pun, tu barang orang lain. Haha ! Apa - apa pun memang mengenali kalian antara anugerah yang paling terindah yang Allah hantarkan untuk Nani. Terima kasih sebab sentiasa mewarnai hari hari saya dan sayang kalian Lillahi Taala :)

18 comments:

  1. Nampak seronok sangat tuh.Unik rupanya Pulau Ketam ni yer. Tak pernah smpi lagi. Hehe...terima kasih berkongsi cerita. Pengalaman sangat ni..pasti tak dapat dilupakan.

    ReplyDelete
  2. Setahu kakak memang di Pulau Ketam ni tak dibenarkan berkenderaan bermotor. Semua guna basikal tu yg betul-betul fresh-air Nani.

    Baguslah kalau students buat program macam ini. Selain dpt membuka mata dpt jariah juga

    ReplyDelete
  3. bgs jgk join aktiviti gini kan nani..

    pulau ketam kebanyakkan nya penduduk cina, yg melayu n islam mmg sgt jarang...
    tp tgk menu tuh aduh sedapnya...msti mudah di dapati kt sana kan

    ReplyDelete
  4. Besarnya ketam. Best lah dapat join aktiviti mcm nih.

    ReplyDelete
  5. bestnye join aktiviti camni..

    terkejut tgk gmbr ketam besar tu.. haha

    ReplyDelete
  6. canteknya view dia..takde pencemaran bunyi tuh part paling best..

    ReplyDelete
  7. best nya,...tengok gambar makan tu lagi la rasa keseronokan nya tu..hahahah

    ReplyDelete
  8. Bestnya berpeluang joined program2 sebegini :)

    ReplyDelete
  9. Wahhh seronoknya kak Inani join program macam ni! Hehe memang nice experience kann :)

    ReplyDelete
  10. Dah raya nie.. takde entri raya ke?

    ReplyDelete
  11. Seronoknya... seafood fresh2 tu.. permandangan pun cantik. Bagus kan.. pengalaman kemasyarakatan yg berharga juga... :)

    ReplyDelete
  12. Dulu saya penah gak pegi pulau ketam, tpi mcm sunyi xde apa sangat. Yg makanan tu sumpah best, ada ketam pulak tuu..
    Pengalaman berharga ni kak nani :D bagus buat charity camni

    ReplyDelete
  13. kita selalu dengo je pulau ketam ni. Macam tringin nak pgi. Akak suka ketam hahaha

    ReplyDelete
  14. bestnya menu ketam siput bagai
    meriahhnyaa

    ReplyDelete
  15. Akak pun tak pernah lagi sampai ke Pulau Ketam ni. Kalau tak sungguh-sungguh, memang tak sampailah.

    Menu sedap, mana boleh berhenti makan, Nani ^_^

    Korang memang rajin. Lepas buat charity masih lagi tak penat-penat mengukur jalan di Nu Sentral tu ya!

    ReplyDelete
  16. alahai. bestnya ada aktiviti cmni (^◇^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page