Assalamualaikum & Hello.
Dulu dulu tak pernah minat pun makan dekat Sushi King ni tapi sejak pertama kali dulu datang makan sini, terus rasa nak datang lagi dan lagi. Hahaha ! Kalau dulu macam blur blur je tak tahu nak makan yang mana, sekarang boleh lah masuk Sushi King terus tunjuk nak makan apa. Ewah ! Hari tu tak plan pun nak melepak dekat Sushi King ni tapi sebab banyak tempat makan dah full house kawan Nani ajak lah makan Sushi King. Perut pun masa tu dah tak boleh nak berkompromi lagi dah, jadi kita masuk lah makan mana mana tempat yang ada kosong.
Orange Yogurt
Nani memang minat betul kalau air yang jenis yogurt ni sebab rasa lemak manis. Hehe. Cumanya air dekat Sushi King ni tak banyak mana so sementara nak tunggu makanan sampai tu sila lah kawal sikit diri minum air. Kalau tidak kang, makanan sampai air dah habis. Biasanya kalau makan dekat sini Nani akan minta air kosong sekali.
Set Bento
Pertama kali Nani makan set bento ni. Sedap ! Daging tu tak liat langsung dan dihiris nipis. Ada jugak tauhu dengan crab stick tu. Walapun nasi tu nampak portionnya kecil aje tapi mengenyangkan jugak lah perut ni. Heheh.
Ini tambahan aje kita orang ambil sementara nak tunggu set bento masing masing sampai. Dah lapar sangatkan sampai tak boleh nak tunggu dah. Hahah !
Geng kaki lepak dekat Sushi King, kemain lagi laju kalau bab bab makan diorang berdua ni. Bukanlah selalu sangat makan dekat sini tapi bila tekak mengada ngada nak makan sushi masuk jugaklah. Kadang kadang kalau malas nak pergi sushi king, kita orang beli aje sushi yang ada jual dekat pasar malam tu. Sedap jugak. Heheh.
wahhh memang fav ni makan sini. tp tak dapat la selalu kan. heheh kalau kat sini selalu order green tea sejuk or panas jer. murah dan bannyak. senang. makanan dia... hehe tak yah gtau lah. kalau boleh nak rembat semua jer hehe
ReplyDeleteAnak-anak kakak macam Nani juga suka betul kat Sushi King
ReplyDeleteKakak dgn abang kurang minat pulak.
yg trkini yui makan soft crab tu. hihih
ReplyDeleteakak paling suka salmon steak..
ReplyDeletealaaaa sedap nyerr..kita tak pernah try sushi king lagi.
ReplyDeletesimple nya menu nani
ReplyDeleteakak takde regu nk pi situ, sume bila ajak dh bayangkan makanan mentah je...
sedangkan banyak je menu di msk
xprnh masuk sushi king..
ReplyDeleteingtkan jual sushi je.. hehe
suka sushi tp takat layan kat aeon jusco tu boleh lah
ReplyDeletenak pi sushi king tak mmpu ..tp lau dik nani sudi banjer akk..kecik tapak tangan klcc akk tadahkan hakhakhak
sampai skrg tak mampu telan segala mak nenek makanan jepun atau korea ni...huhu...
ReplyDeletehehehe qila baru pnh gi sekali je hiuhiu sedappppp
ReplyDeleteAnak2 kaknoor mmg suka sngt ni
ReplyDeleteBestnya nampak set bento tuh!
ReplyDeleteHai, tetiba aje akak teringin nak makan makanan Jepun! Tetiba aje teringat pulak kat grilled salmon. Alahai sedapnya ...
ReplyDeleteAkk klo gi SK memang amik set bento jer. Pastu amik cheesecake dia. perghhh... Sedap betul.
ReplyDeleteSaya suka sushi king... mmg sedap. kena dgn tekak saya juga ni... lama pulak tak makan kat sana dah. tengok ni teringat pulak hihii... :)
ReplyDeleteatoyyy. sdappnyaa nani. mahai x nani? teringin sangat nak pegi. tp xthu bila .hahahha
ReplyDelete