Faraa Lip Butter by Farahanim Razak

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni nak share dengan korang pengalaman Nani sendiri menggunakan Faraa Lip Butter ni hah. Nani dah lama sangat sebenarnya nak beli Faraa Lip Butter ni sebab selalu tengok & baca review orang cakap best. Baru ni Nani order lah jugak sebab nak rasa sendiri kan macam mana. Heheh. Plus, Nani ada masalah bibir selalu kering tu yang rasa nak jugak beli. Since ramai sangat yang dm dekat Instagram hari tu tanya, best ke Nani lip butter ni, mahal tak harga, mana yang lagi best antara dua flavour tu so Nani tulis sini lah senang untuk korang refer. Ada dua flavour Faraa Lip Butter by Farahanim Razak ni, Caramel Mint dengan Orchid Vanilla. Nani hari tu beli tiga terus, dua Caramel Mint dengan satu Orchid Vanilla tapi bukan lah semua Nani punya, kongsi dengan adik sekali. Tapi yang bestnya bila beli tiga terus ni, boleh dapat free postage. Itu kalau beli dengan HQ lah. Kalau korang rajin, boleh jugak tengok senarai stokis dia orang. Selalu kalau beli dengan stokis ni, ada yang bagi free postage lah, free hadiah lah, kira lagi untung. Nani ni sebab dah tak sabar sangat, tu yang terus direct beli dengan HQ aje. 
Faraa Lip Butter by Farahanim Razak
My first impression masa Faraa Lip Butter ni sampai packaging kemas gila. Siap letak bubble wrap dua tiga lapis so kotak tu elok aje tak ada kemek langsung macam yang korang tengok dekat atas ni. Memang maintain cantik! Dah lah kotak lawa sangat sampai rasa sayangnya nak buang. Hahaha! I think I will keep this kotak sampai bila bila. Heheh. 
Faraa Lip Butter by Farahanim Razak
Ini lah dua jenis flavour yang Nani cakap tadi. Belah kanan tu Orchid Vanilla and of course yang belah kiri tu Caramel Mint. So yang mana satu jadi pilihan Nani? 
Faraa Lip Butter by Farahanim Razak
 Harga untuk setiap satu  ni RM 55 tau. Sama aje harga untuk Orchid Vanilla & Caramel Mint. So nak jimat beli tiga terus, postage free. Heheh. Nani suka dengan dua dua jenis lip butter ni sebab dua dua pun best sampai rasa nak mix kan dua dua sekali bila pakai. Hahah!  
Faraa Lip Butter by Farahanim Razak
 Orchid Vanilla. 
Ada jugak yang tanya hari tu ada beza ke Orchid Vanilla dengan Caramel Mint ni hah. Untuk Orchid Vanilla ni, bila kita buka dia ada macam bau mint sikit tau tapi bila pakai okay aje tak ada pun rasa berangin ke apa. Warna dia pun tak terang mana, ikut warna bibir kita. Nani sejenis yang tak suka tau pakai lipstick yang terang sangat warna dia, so Faraa Lip Butter ni memang ngam sangat lah. 
Faraa Lip Butter by Farahanim Razak
Caramel Mint.
Caramel mint ni pulak bau dia wangi sangat tapi bila pakai kita akan rasa bibir berangin sikit. Masa mula mula pakai tu aje lah, lama lama hilang lah rasa berangin tu. Heheh. Untuk Caramel Mint ni, bila kita pakai ada warna pink sikit. Pada Nani, Caramel Mint ni terang sikit daripada Orchid Vanilla. 
Faraa Lip Butter by Farahanim Razak
Honestly, Nani suka suka dua dua jenis Faraa Lip Butter ni. Kira tak rugi pun lah beli mahal mahal sebab packaging cantik & best lah bila pakai. Bibir pun tak ada lagi dah kering macam dulu. Paling penting, tahan lamaa okay lip butter ni. Tak ada lah asyik nak kena pakai aje especially bila lepas makan. Cuma kalau yang bekas lip butter ni Nani lagi suka yang Orchid Vanilla punya. Heheh. Nampak lagi cantik daripada yang Caramel Mint. So kalau korang pun jenis suka lip butter macam ni boleh lah beli jugak. Nani beli direct dengan HQ senang sikit, reply pun laju. Heheh. Siapa dekat sini guna Faraa Llip Butter by Farahanim Razak jugak? Sepp sikit! 

Resepi Kerang Goreng Sos Tiram

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share resepi kerang goreng sos tiram ni sebab hari tu ada dua tiga orang yang minta resepi. Nak bagi senang tulis dekat blog terus. Eheh. Resepi ni paling simple & serius sedap. Nani kadang kadang suka ratah aje kerang ni hah. Asyik buat kerang rebus/bakar naik jemu jugaklah makan. Sekali sekala kena lah jugak tukar selera kan. Heheh. Kalau korang suka makan kerang boleh lah try masak guna resepi dekat bawah ni pulak. Tapi kalau tak makan kerang, boleh jugak guna lala tak pun clam. Sedap jugak! Selain daripada tu Nani tak pernah try lah pulak. Paling penting kena basuh bersih bersih lah sebab nanti kita masak sekali dengan kulit tu. Selalu kalau lala atau pun clam tak ada masalah sangat nak cuci. Kalau kerang tu memang kena struggle sikit lah. Hahah! Nak bagi cuci sampai kulit tu warna putih sikit memang lama lah jugak. Ke korang ada petua nak bersihkan kulit kerang? Kalau ada boleh lah share petua tu dekat bawah okay! Jom check it out resepi kerang goreng sos tiram paling simple ni. 
Macam biasa panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih, halia dan jugak lada. Kisar kasar kasar aje tau semua bahan bahan ni. Nani suka lebihkan halia sikit bila buat kerang goreng ni. Ikut selera dan citarasa masing - masing okay!
Bila semua bahan tumis tadi dah garing sikit, masukkan kerang yang kita dah cuci bersih awal awal tadi. Nani masukkan air sikit lepas dah masukkan kerang ni, dalam suku cawan macam tu sebab nak bagi kerang tu masak. 
Masukkan sos tiram. Agak agaklah banyak mana, ikut kuantiti kerang korang okay! Sebab sos tiram kita ni pun dah masin, tak payah tambah garam dah. Nanti kang masin sangat pulak kerang korang. Hahah! 
Last sekali masukkan daun sup & daun bawang yang dah dihiris, Yang ni optional aje, kalau tak nak letak pun tak apa. Tapi Nani suka letak sebab lagi sedap. Kacau bagi rata & masaklah sampai kerang tu dah terbuka. 
Siappp! Memang mudah sangat resepi ni. Korang pun boleh lah try jugak lepas ni masak dekat rumah. Ada sesetengah orang suka letak serai jugak dalam resepi ni, pun boleh jugak. Nani hari tu tak letak sebab serai dekat rumah ni hidup segan mati tak mahu. Hahahah! So kita masak aje lah dengan bahan apa yang ada. Gitu! Lepas bulan puasa ni baru harga kerang murah sikit kalau tak kemain mahal. Hari tu beli baru dapat harga dalam RM 7 macam tu untuk sekilo kerang. Heheh. Jangan lupa okay try resepi ni pulak! 

Mee Kari Simple

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni teringin sangat nak makan mee kari tapi ibu Nani busy sangat tak sempat nak buat. Nak beli pulak tak tahu dekat mana yang sedap. Dulu ada satu kedai fav Nani tapi ada sekali hari tu Nani beli kuah dia rasa kari ikan. Sejak daripada hari tu Nani tak pernah lah jejak kedai dia nak beli mee kari. Teringat lagi sampai sekarang rasa mee kari tu, mungkin masa tu kuah dah habis kot & dia bagi aje kuah kari ikan. Serius rasa dia tak sedap langsung. Punya lah teringin sangat kan makanya gigih kan lah jugak diri sendiri masuk ke dapur dan masak sendiri. Kebetulan pulak masa tu ada santan dalam peti ais. Terus google resepi macam mana nak buat mee kari paling simple. Nani tak pernah buat mee kari pun sebelum ni. Selalunya tengok ibu aje lah yang masak mee kari. Nasib baik ingat jugak sikit sikit step nak masak mee kari ni. Actually dia sama aje macam kita nak buat kari ikan atau ayam tu cuma bila masak mee kari ni kuah tu tak boleh pekat sangat. Kena cair cair aje tapi janganlah cair sangat sampai tak rasa santan kan. Heheh. Nani buat semagkuk aje baru ni & tak sangka pulak menjadi ala ala mee kari yang ibu selalu buat. Hahahaha! Kemain puji air tangan sendiri ye Nani. Eheh! 
 Taraa ini lah hasil mee kari yang Nani buat baru ni. Tak sia sia berperang dekat dapur lebih kurang sejam. Bila masak menu yang tak pernah masak ni memang mencabar sikitlah. Nak tengok step dekat phone lagi, nak masak kuah dalam periuk memang fuhh! Itu pun hari tu nervous jugaklah sikit, takut kang dah masak tiba tiba hasilnya tak berapa nak menjadi. Nasib baik lah lulus. Hahah! 
Paling best bila masak sendiri ni, kau boleh letak banyak mana isi ayam, fish cake dengan bebola. Ini pun ada banyak condiments yang tak ada untuk mee kari Nani ni. Hahah! Bawang goreng tak ada, cili besar merah tu pun tak ada. Nasib baik lah ada jugak sayur sawi dalam peti ais, kalau tak memang mee dengan isi dalam kuah kari tu aje lah. Next time boleh lah dah jamu mee kari bila orang datang rumah. Dah pandai ni masak mee kari sendiri. Hahah! Membantu betul resepi dekat google ni. Kuah pun ngam ngam elok kejadiannya. Rasa macam menang award lah bila dah pandai masak satu lagi menu berat macam ni. Hahahaha! Ibu Nani selalu cakap masak ni ikut suka kita aje, tak payah nak ikut sukatan sangat. Sebab tu lah kot kalau tanya mak mak ni nak letak garam/gula banyak mana mesti dia orang akan jawab "agak agak aje." Hahah! Betul tak? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page