Happy Weekend!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat berhujung minggu semua. Kalau weekend minggu lepas sibuk siapkan tempahan lemang sampai 12 kilo, weekend kali ni 'sibuk' memenuhi jemputan open house Raya dan kenduri kahwin pulak. Dah dekat penghujung Syawal ni, banyak pulak undangan kan. Setiap kali Raya memang kerja nya memenuhi undangan open house orang aje lah. Nani pulak memang setiap tahun tak pernah buat open house sebab tetamu ramai sangat. Kalau buat open house, boleh jadi macam buat kenduri lah cerita dia. Rumah Nani ni time tak buat open house pun dah sedia ramai orang datang. Hahah! Lagi pun bila duduk dekat taman perumahan macam ni, jiran jiran dah confirm kena jemput semua kan, kawan kawan lagi hah memang macam kenduri lah. Heheh. Sebab tu lah kita orang tak pernah buat lagi open house. Kalau kawan kawan nak datang beraya, memang suruh aje datang, nanti hidang lah apa yang ada. Mana yang bagi tahu awal awal tu boleh lah masak sedap sedap sikit. Tapi kalau yang jenis main terjah aje, ikut rezeki lah apa yang ada kan. Heheh. Tapi selalunya mee/bihun tu antara yang wajib ada lah dekat rumah bila Raya, senang nak masak kalau tiba tiba orang datang beraya. Gitu. Korang pulak selalu tak buat open house Raya? 
Gambar minggu lepas siapkan tempahan lemang 12 kilo. First time okay, tolong abah dengan ibu buat lemang sampai 12 kilo ni. Selalu kita orang buat dalam 10 - 15 batang macam tu aje. Minggu lepas dekat 40 batang hah buat lemang. Nani pandai masukkan pulut dalam buluh aje lah, lain lain abah dengan ibu lah yang buat.
Sebab dah jemu dengan menu menu Raya, pagi tadi ibu Nani masak nasi lemak untuk breakfast.  Nasi lemak ni jaraaang nak jumpa yang sedap & ikut citarasa sendiri. Kalau beli kadang kadang sambal manis sangat lah, sambal tak berapa nak masak lah, terus rasa tak sedap. Nasi lemak ni sedap dia terletak pada sambal kan. Heheh. Petang pulak ada kawan Nani hantar nasi minyak siap dengan kari kambing & ayam masak merah. Murah betul rezeki, memang semalam pagi aje masak. Heheh. Korang pulak buat aktiviti apa weekend ni? 

GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP
klik SINI untuk join.
Kali ni Nani tag Sayidah Napisah untuk join jugak! 

Menu di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Weekend baru ni, masing masing bertungkus lumus siapkan tempahan lemang dekat 12kg. Phew! First time okay buat lemang banyak kemain sampai 12 kilo. Sebelum sebelum ni selalunya kalau bakar lemang pun dua tiga kilo aje, tak pernah lagi sampai 12 kilo ni hah. Awal awal tu okay lah lagi, bila dah siap semua terasa jugaklah letihnya tu. Letih macam mana pun tetap jugak kena memasak. Kebetulan pulak dekat rumah ada nenek Nani dengan pak saudara apa semua tolong bakar lemang sekali. Masak lah lauk apa yang ada, asal perut kenyang sudah. Kadang tu bila dah letih sangat, selera nak makan pun tak berapa ada. Heheh. Mula mula ingat nak buat sup perut tiba tiba menu bertukar jadi masak lemak cili api. Mana yang ada follow Instagram mesti ada tengok hari tu Nani buat story pasal menu ni semua. Siap dengan resepi lagi. Eheh. Time rajin boleh lah buat macam tu, kalau datang mood malas tu kelaut semua! 
 Hari tu ingat nak goreng ikan jugak tapi sebab semua dah malas, makan aje lah ni. Hahah! Sayur pun tak masak hari tu. Cuma ada jantung pisang goreng aje, itu pun yang nenek Nani bawa. Jadi lah kan, lauk sikit ke banyak ke, bila dah lapar makan aje semua. Gitu! 
 Masak Lemak Perut Campur Daging Cincang
Masak lemak ni senang aje sebenarnya, cuma nak kena kacau kuah tu selalu supaya nanti kuah gulai lemak tu elok aje kejadinnya. Nani tak pernah lagi lah masak gulai lemak ni sendiri, selalunya mesti ada ibu sekali. Hahah! Masakan yang bersantan semua ni tak berapa nak pro lagi, sikit sikit boleh lah. Lagi lagi kalau nak hidang dekat tetamu, memang aku surrender awal awal tak nak masak lemak. Resepi masak lemak ni sama aje macam kita buat masak lemak ayam tu cuma kali ni letak perut lembu yang dah siap rebus dulu. 
Kerang Goreng Sos Tiram
Sejak Nani dah tahu resepi kerang goreng sos tiram ni, memang dah jaraaaang sangat buat kerang bakar atau pun kerang rebus. Serius kerang goreng macam ni lagi sedap. Heheh. Nanti bila bila Nani share pulak resepi kerang goreng sos tiram ni hah. Masak dua menu ni aje pun dah rasa penat, tambah lagi dengan buat lemang fuhh. Korang pulak masak apa weekend lepas? Ke gantung kuali semua & pergi attend open house Raya? Heheh. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page