Mee Kari Simple

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni teringin sangat nak makan mee kari tapi ibu Nani busy sangat tak sempat nak buat. Nak beli pulak tak tahu dekat mana yang sedap. Dulu ada satu kedai fav Nani tapi ada sekali hari tu Nani beli kuah dia rasa kari ikan. Sejak daripada hari tu Nani tak pernah lah jejak kedai dia nak beli mee kari. Teringat lagi sampai sekarang rasa mee kari tu, mungkin masa tu kuah dah habis kot & dia bagi aje kuah kari ikan. Serius rasa dia tak sedap langsung. Punya lah teringin sangat kan makanya gigih kan lah jugak diri sendiri masuk ke dapur dan masak sendiri. Kebetulan pulak masa tu ada santan dalam peti ais. Terus google resepi macam mana nak buat mee kari paling simple. Nani tak pernah buat mee kari pun sebelum ni. Selalunya tengok ibu aje lah yang masak mee kari. Nasib baik ingat jugak sikit sikit step nak masak mee kari ni. Actually dia sama aje macam kita nak buat kari ikan atau ayam tu cuma bila masak mee kari ni kuah tu tak boleh pekat sangat. Kena cair cair aje tapi janganlah cair sangat sampai tak rasa santan kan. Heheh. Nani buat semagkuk aje baru ni & tak sangka pulak menjadi ala ala mee kari yang ibu selalu buat. Hahahaha! Kemain puji air tangan sendiri ye Nani. Eheh! 
 Taraa ini lah hasil mee kari yang Nani buat baru ni. Tak sia sia berperang dekat dapur lebih kurang sejam. Bila masak menu yang tak pernah masak ni memang mencabar sikitlah. Nak tengok step dekat phone lagi, nak masak kuah dalam periuk memang fuhh! Itu pun hari tu nervous jugaklah sikit, takut kang dah masak tiba tiba hasilnya tak berapa nak menjadi. Nasib baik lah lulus. Hahah! 
Paling best bila masak sendiri ni, kau boleh letak banyak mana isi ayam, fish cake dengan bebola. Ini pun ada banyak condiments yang tak ada untuk mee kari Nani ni. Hahah! Bawang goreng tak ada, cili besar merah tu pun tak ada. Nasib baik lah ada jugak sayur sawi dalam peti ais, kalau tak memang mee dengan isi dalam kuah kari tu aje lah. Next time boleh lah dah jamu mee kari bila orang datang rumah. Dah pandai ni masak mee kari sendiri. Hahah! Membantu betul resepi dekat google ni. Kuah pun ngam ngam elok kejadiannya. Rasa macam menang award lah bila dah pandai masak satu lagi menu berat macam ni. Hahahaha! Ibu Nani selalu cakap masak ni ikut suka kita aje, tak payah nak ikut sukatan sangat. Sebab tu lah kot kalau tanya mak mak ni nak letak garam/gula banyak mana mesti dia orang akan jawab "agak agak aje." Hahah! Betul tak? 

15 comments:

  1. sedap ni :)

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/saham-akhirat-insyaallah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/8-jul-2018-majlis-tahlil-arwah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/surat-cinta-daripada-allah-tentang-solat.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/sesi-blogwalking-julai-tamat-hati-senang.html

    ReplyDelete
  2. Nyumm nyumm nyummm. Betul, bila masak sendiri puas hati! Boleh banyakkan ramuan ikut cita rasa 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak Farrah, boleh letak banyak mana yang kita nak. Sedap pun sedap :)

      Delete
  3. Kalau bab mee kari akak suka yang mak akak buat..pas tu banyakkan isi kerang..kerang tu masukkan kemudian..baru rasa fresh dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnyaaa kalau letak kerang. Nani hari tu guna apa bahan yang ada aje dekat rumah ni sebab teringin sangat. Hahah!

      Delete
  4. Nampak sedapnye Nani masak mee kari. Akak pun tak guna sukatan. Main campak2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah kak sikit sikit. Hahha! Kann, Nani pun tak pandai nak agak agak. Ssemua campak aje.

      Delete
  5. Boleh lah untuk makan sendiri kak. Heheh.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap sangat. Kuah kari pon pekat. Dah lama tak buat mee kari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time kak try buat, boleh lah nak makan sendiri. Nani pun sebab dah lama tak makan, tetiba rasa teringin tu yang buat.

      Delete
  7. Akak pn xpernh try gk buat mee kari.. Br je mkn weekend aritu.. Mertua buat.. Suka mee kari ltk kerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnyaaa letak kerang, Nani pun suka jugak yang letak kerang. Tapi hari tu malas nak keluar cari bahan, letak aje lah apa yang ada dalam peti. Hahah!

      Delete
  8. Baru buat dengan mak last 2 week masa open house Adik. Ramai yang suka rupanya. Kak ana tak buat lah kalau kat umah sendiri sebab suami tak minat. Sedih kejap. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Sedaap ni mee kari, Nani paling suka makan. Buat sendiri jugak yang puas hati kan kak Ana :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page