Jangan Benci Cintaku

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kisahnya hari tu Nani tertengok episod satu drama Jangan Benci Cintaku ni dekat tv3. Drama yang diadaptasi daripada novel penulis Emy Roberto. Bila dah start layan ni mula lah nak tengok sampai habis, kalau tak nanti tertanya tanya pulak apa ending dia kan. Hahah! Tapi sebab Nani ni sejenis yang tak sabar nak tahu apa kesudahan drama ni, terus beli novel online. Hari ni order, esok terus sampai. Pantas! Ikutkan dalam dua tiga bulan ni nak stop dulu beli novel sebab novel yang beli time PBAKL baru ni pun banyak lagi tak sempat baca. Tapi demi drama yang tengah trending sekarang, daku beli jugak lah sebuah. Terus baca novel Jangan Benci Cintaku ni dulu, yang lain lain tu kita letak tepi. Hahah! Dua hari aje dah khatam sebuah novel ni, gigih baca sampai pukul dua tiga pagi okay! Tapi kalau Nani memang jenis yang dah start baca, susah nak berhenti sebab tertanya tanya apa yang akan jadi seterusnya. Hahah! Ingatkan Nani sorang aje yang tak sabar nak tahu apa ending drama ni, rupanyaa ramai lagi kawan lain yang terjebak sama. Bila upload aje gambar novel dalam Instagram, semua sibuk dm nak tahu apa jadi. Tak nak lah jadi spoiler, nanti tak best! Hahaha! 
Jangan Benci Cintaku
Oh ya, mana yang tak tahu drama ni sekarang ada dekat tv3 setiap hari Isnin sampai Jumaat pukul tujuh petang. Cerita ni pasal apa sebenarnya? Kisah antara suami isteri yang dah berkahwin & isteri dia, Rafeeqa Huda (watak Zahirah MacWilson) sambung belajar ke Australia lima tahun. Bila dah habis belajar lima tahun dekat sana, balik Malaysia tengok suami dia, Shahrizal Hayrat (watak Shahrul Ridzwan) dah ada perempuan lain. Lepas tu bermula lah 'drama' macam macam antara dia orang bertiga ni. Iye lah, lima tahun tu bukan tempoh yang sekejap kan, memang macam macam boleh jadi. Tapi kalau rasa sayang tu kuat, tak mungkin boleh berpaling tadah. Kannn? Heheh. Tapi nanti Rafeeqa Huda ni tetap juga buat macam macam untuk dapatkan balik cinta & kasih sayang suami dia daripada Husna (watak Niena Baharun). So apa kesudahan kisah Rafeeqa Huda dengan Shahrizal Hayrat ni nanti? Haruslah bahagia, tapi Nani tak nak cerita lebih lebih. Hahah! Kita tengok dekat tv okay sampai episod 28. Eheh. 
Jangan Benci Cintaku
REVIEW
Actually ni novel pertama hasil karya Emy Roberto yang Nani baca. Sebelum ni ada jugak nampak novel tulisan beliau dekat bookstore tapi tak pernah beli. Tapi lepas baca novel Jangan Benci Cintaku ni, rasa macam nak beli semua hasil karya beliau. Heheh. Kalau korang baca dekat atas tu memang nampak jalan cerita macam cliche sangat kan. Tapi percayalah, ada kelainan sikit daripada novel novel. Selalunya kalau suami ada orang lain ni, mesti lah isteri dia akan mengamuk & serang perempuan tu. Tapi dalam novel ni watak Rafeeqa Huda tu tersangatlah tabah & tak pernah pun tunjuk yang dia lemah depan semua orang. Nampak macam dia tak ambil kisah, happy tapi hakikatnya dia pendam apa yang dia rasa. Suami dia pun even dah tersuka dekat perempuan lain tapi tetap jugak layan wife dia dengan baik dan tak pernah pun berkasar. 
Watak watak di sekeliling dia orang pun Nani suka sebab sangat supportive. Pada Nani novel ni best lah. jalan cerita menarik dan tak ada lah macam typical novel melayu sangat. Heheh. Watak Husna tu pun jenis yang bertudung, nampak sopan, lemah lembut yang buat orang tak sangka pun dia tu sebenarnya suka dekat suami orang. Cuma bila diadaptasi ke drama ni ada lah dia ubah sikit sana sini tapi still ikut jalan cerita novel. Tak ada lah lari sangat daripada karya asal. Pelakon pun semuanya best dan tak rugi lah nak layan pun. Sekarang baru episod 9 kalau tak silap Nani, nak tunggu sampai 28 episod tu hah hadap lah macam macam drama lagi. Cukup rencah lah novel ni, ada masa kau akan senyum sampai telinga, ada masa kau akan rasa annoying sangat & ada jugak masa kau rasa nak marah sampai nak hapuskan watak tu cepat cepat. Hahahaha! 
Jangan Benci Cintaku
No matter what or how your life's gonna be, remember these three things:
💙 Never ask yourself 'why me' and say 'I'm one of the luckiest ones.'
💙 Stay closer to Allah, He is the key to everything.
💙 Pain doesn't feel good when it happens, but He knows that it may be the best for you at the moment. 

26 comments:

  1. Adik wani! Akak pun layan drama ni setiap hari tau, wah cantiknya novel asal tu...dah agak zmn sekarang semua drama keje senang je...ambil mana2 novel dapat persetujuan terus boleh buat novel...cuma skrg dok nak tgk husna punya rentak...agak2 la kan laki org tu...patutnya dia menasihati lelaki tu kan...eh terlebih plak komen hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaa kak Juju! Nani pun setiap hari pukul tujuh tu dah terpacak depan tv nak layan drama ni. Hahah! Bila dah layan daripada mula, memang kena tengok lah sampai habis kan. Yass Husna yang selalu kena keji tu. Hahahaah! Lepas ni banyak lagi 'drama' dia buat.

      Delete
  2. hamboi nani, pantas betul... akak jarang lyn drama2 tv3 or astro psl cintun2.... kadang rasa mungkin sbb dh tua, tp klu korea nya drama layan lak hahahha... tp tgk gkla kadang tak semestinya cinta... drama melayu kadang melo sgt cinta nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Memang pantas kak Dana, dah tak sabar nak tunggu dekat tv. Nani pun sekarang pilih pilih jugak dah drama nak tengok. Kalau yang jenis episod sampai beratus ratus tu tak layan lah.

      Delete
  3. teriingin nak ber me time baca buku. Hehe..sejak ada anak kecil ni lama tak baca buku cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Faham sangat kak Linda. Kena tunggu anak anak besar dulu lah baru dapat balik 'me time' nak membaca tu.

      Delete
  4. Halamak..tak terlayan pulak citer ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Nani hari tu sebab tertengok episod satu, tu yang layan ni. Hahah!

      Delete
  5. Layan juga cerita ni.. klu cerita2 mcm ni lebih menghayati klu membaca dari menonton kan.. feel membaca tu lain siket :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat, baca yang karya original ni lagi best, dalam drama dah ada ubah sikit sana sini.

      Delete
  6. Kalau adaptasi novel, azwar prefer baca novel. Layan drama no feel and mesti ada yang tak kena nanti. Cewahh..haahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Nani pulak dua dua pun okay tapi betul lah tu, ada jugak part yang dia orang tak include dalam drama.

      Delete
  7. selalu nampak status pasal drama ni, rasa nak tengok jugak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Layan lah Farhanna, not bad jugaklah jalan cerita nya :)

      Delete
  8. Akak tak tau kenapa akak tak terpanggil untuk tengok cerita ni..maybe sebab pelakon dia kot akak x berapa suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang kadang kalau pelakon tak berapa minat, memang tak layan jugak kan. Heheh.

      Delete
  9. Akak br je tgk drama ni. .Xtgk dr awal.. Tp mmg nyampah tul ngan husna tu.. Gedik gile.. Dh la nk rampas suami org.. Kemain xnk bermadu . Hampeh. .Nasibaik fika ada kwn2 yg supportive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Hahah! Memang tak suka jugak dengan watak Husna tu. Tengok dia asyik nak maki aje rasa. Tak sabar nak tengok episod yang hari ni pulak.

      Delete
  10. apa ending cerita ni? Malas plak nak tgk tv.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Belum habis lagi tayang dekat tv ni. Mestilah happy ending gitu.

      Delete
  11. Lately ni kak ana suka pula lakonan Zahirah ni lepas tgk drama tiada cinta seperti mu tu. Mcm kena tgk drama yg ni pula je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaa lah kak Ana. Nani pun lepas tengok drama tu lah jadi suka dengan dia. Heheh :)

      Delete
  12. Cliche, tapi best jugak. Kekadang tengok sambil sengih-sengih :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Nani pulak rasa macam tak cliche sangat. Layan jugaklah tengok setiap petang.

      Delete
  13. drama adaptasi novel juga ye Nani, kak ana ni tak sempat layan drama kul 7 ni, kalau awal atau sebelah malam tu baru sempat menghadap Nani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Ana, sekarang ni drama banyak yang adaptasi. Heheh :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page