Jom Terokai Keunikan Utara Tanah Air Menggunakan Kedah Travel Guide!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Cuti sekolah ada baki beberapa hari lagi ni, apa plan korang? Nani sempat buat short trip aje ke Kuantan Pahang baru - baru ni. Dah nama pun short trip kan, memang tak puas sangatlah berjalan pun. Hahahah! Serius korang, rasa macam nak jalan jalan lagi tapi still tengah fikir nak pergi mana. Eh baru balik berjalan, dah fikir nak pergi bercuti dekat mana pulak lepas ni? Eheh. Bila badan dan otak dah penat, memang selalu lah fikir nak pergi tempat tempat yang best. At least dapatlah jugak rehatkan sekejap diri dengan timbunan kerja yang tak pernah habis tu kan. Nani prefer nak pergi bercuti dekat dalam Malaysia ni aje dulu. Ikut bajet yang ada, memang dalam Malaysia aje lah yang mampu. Hahaha! Luar negara tu kena tunggu bila tabung dah penuh lah. Lagi pun dekat dalam Malaysia ni  banyak jugak tempat menarik yang kita boleh pergi. Cumanya kena rajin survey dan baca dekat website dan blog. Kadang kadang ada banyak aje tempat yang menarik dekat setiap negeri dalam Malaysia ni, cuma kita aje yang tak tahu kan. Tapi lepas ni dah tak susah lagi nak cari sebab kita boleh check it out melalui Unseen Malaysia.
Lepas ni memang mudah sangatlah bila kita nak travel dalam Malaysia sebab nya kita boleh tahu destinasi destinasi yang menarik dekat setiap negeri. Macam mana caranya Nani? Haa korang klik aje Unseen Malaysia ni, memang ada banyak sangat info yang kita boleh dapat. Nani pun baru aje tahu pasal ni, so Nani nak lah kongsi kan dengan korang jugak. Heheh. Nani punya plan ingat nak bercuti ke utara tanah air pulak. Hari tu ada jugak baca dekat blog Hafiz Hafizol banyak okay tempat  tempat menarik yang ada dekat Kedah. Selama ni asyik pergi Langkawi aje, rupanya ada banyaaak lagi tempat tempat lain yang best. Hahah! So lepas ni dah boleh lah tukar pulak destinasi bila ke Kedah. Tak sabar pulak nak terokai sendiri negeri Kedah yang terkenal sebagai negeri Jelapang Padi ni. Korang nak tahu tak tempat menarik yang ada dekat Kedah ni? 
Setakat yang Nani dah buat survey semalam, ada a few places yang Nani nak sangat pergi. Tempat tempat makan pun semua nampak best dekat kedah ni tau! Selalunya kalau Nani travel memang bab makan paling laju sekali. Hahah! Paling wajib lah orang kata, memang bab makan tu duduk atas sekali. Eh? Bila lagi kan nak merasa menu menu yang kita jarang jumpa dekat negeri lain macam nasi ulam, laksa kedah dan macam macam lagi lagi lah. Kalau ada pun mungkin tak sama macam yang dekat Kedah tu. Kena makan yang 'original' air tangan orang Kedah baru lah puas hati. Dalam masa yang sama, bila kita travel ke negeri orang ni, boleh lah kita tengok adab dan budaya dia orang. Macam yang kita semua tahu lah, setiap negeri tu ada keistimewaan yang tersendiri. Dekat bawah ni antara tempat yang paling Nani teringin sangat nak pergi. Kalau korang dah pernah terjah boleh lah share pengalaman dengan Nani nanti. Heheh. 
πŸ’œ Gunung Jerai
Serius teringin sangat nak pergi sebab ramai orang cakap view dekat puncak gunung tu cantik tak terkata. Walaupun perjalanan nak ke atas tu agak mencabar sebab terpaksa guna jalan yang agak sempit dan curam tapi puas hati lah kan kalau dapat jamu mata dengan pemandangan yang luar biasa. Selalunya kalau orang ke Gunung Jerai ni memang akan bermalam lah dekat atas tu. Ada banyaak aje hotel yang kita boleh menginap. Nani baca dekat Gunung Jerai ni ada jugak Muzium Perhutanan, Air Terjun Puteri Mandi dan macam macam lagi lah. Pada Nani memang berbaloi lah kan kalau ke Gunung Jerai ni. Heheh. 
Kredit : Orang Kedah 
πŸ’œ Seri Perigi
Seri Perigi ni pun antara tarikan utama jugaklah dekat negeri Kedah ni. Ikutkan info yang Nani baca, tempat ni terletak lebih kurang 47 kilometer dari Alor Setar. Sekali sekala lari daripada suasana ibu kota, memang syok jugak kalau dapat pergi mandi air terjun. Kalau pergi ramai ramai nanti memang best lah, boleh berkhelah sambil masak masak sekali dekat situ. Seronok betul kalau yang Nani dah plan ni menjadi. Hahah! Tak apa, yang penting kita rancang, nampak lah sikit kan nanti tempat mana yang nak pergi. 
Kredit : Says
πŸ’œ Lembah Bujang
Kalau korang ingat lagi subjek Sejarah time belajar dekat sekolah dulu, mesti korang tahu tempat ni. Heheh. Lembah Bujang ni antara tempat bersejarah jugaklah dekat Malaysia. Dekat sini boleh lah kita tambah ilmu pengetahuan sikit tentang sejarah dulu dulu. Nani tak pernah sampai lagi Lembah Bujang, teruja jugaklah nak explore sebab ramai orang cakap best. Boleh tengok candi lepas tu alatan yang orang orang dulu guna macam perahu, pengisar dan batu bersurat. Kalau nak list semua, memang banyaaak sangat. Hahaha! 

Actually ada banyak lagi tempat lain yang best tapi tiga ni memang dah masuk dalam list wajib Nani. Kalau korang nak tahu tempat mana lagi best yang ada dekat Kedah, korang boleh check it out Kedah Travel Guide. Sangat sangat membantu untuk kita yang tak pernah jejak negeri Kedah ni hah. Hahah! Nani suka plan siap siap sebelum pergi at least kita dapat gambaran tempat tu macam mana kan. Kalau nak main terjah aje susah jugak nanti. Macam yang Nani cakap tadi, tak sah lah kalau berjalan tapi tak merasa makanan yang ada dekat negeri tu. Dekat bawah ni antara makanan yang Nani nak cari nanti. Hahah! Gigih kan google info apa makanan yang best dekat utara ni. 
Kredit : Eny Abdullah 
πŸ’™Pulut Inti
Semalam google gambar pulut inti ni memang serius terliur weh. Hahah! Nampak sedap okay. Nani pernah beli dekat sini dulu tapi pulut tu lembik dan tawar pulak. Spoil okay rasa tu jadinya. Hopefully dekat Kedah nanti jumpa lah pulut inti yang sedap sampai boleh buat termimpi mimpi. Eh?
πŸ’™Laksa Kedah
Paling fav okay laksa ni. Tengok gambar pun dah buat Nani kecur air liur. Semua makanan dekat Kedah ni nampak sedap okayyy! Hahah! Istimewanya laksa Kedah ni sebab dia menggunakan laksa beras buatan sendiri. Powerr sangat lah ni, selalu Nani makan laksa mesti guna yang segera tu aje. 
πŸ’™Nasi Ulam
Nasi ulam ni ala ala nasi kerabu gitu tapi yang ni kering sikit. Pernah lah makan tapi tetap jugak nak rasa yang original dari Kedah. Heheh. Orang kata lagi sedap kalau makan nasi ulam yang dekat Kedah sana. 
Kredit : Google
Fuhh banyak dah ni merancang, harap harap menjadi lah nanti. Tak sabar nak pergi bercuti lagi. Nani plan sebelum puasa nanti lah nak pergi. Heheh. Kedah ni antara tempat yang paling Nani teringin sangat nak jelajah selain daripada Sabah dan Sarawak. Korang pun kalau ada pengalaman bercuti ke Kedah boleh lah share dengan Nani dekat bawah ni okay. Travel ni paling best sebab dapat tengok keindahan negeri orang lain lah. Kalau boleh nak pusing pusing dalam Malaysia dulu, nanti ada rezeki lain baru kita pusing tengok negara orang pulak. Korang pun kalau nak travel dalam Malaysia boleh check it out Unseen Malaysia okay, banyak tempat best yang dia orang akan suggestkan nanti. Jangan lupa terjah tau! 

Pengalaman Baru

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu Nani berpeluang ke sebuah sekolah dekat Hulu Selangor sana. Time tu tak berapa nak busy sangat, boleh lah nak join event dengan adik adik. Heheh. Dulu dulu Nani memang tak berapa nak ngam sangat lah dengan budak budak ni semua. Nani jenis cepat rasa geram lepas tu malas nak layan. Hahahahah! Teruk betul kan perangai sampai Nani pernah cakap dekat kawan macam mana lah eh nak ada anak sendiri kalau macam ni. Iye, aku sejenis manusia yang suka fikir jauh sangat ke depan. Hahah! Alah, korang pun macam tu juga kan? πŸ˜† So apa yang Nani buat nak bagi hilang rasa yang 'bukan bukan' tu? Nani berani kan diri join mana mana event yang melibatkan budak budak. Mula mula dulu susah jugak nak biasakan diri, dah lah sedia tak berapa nak ngam dengan dia orang kan. Tapi lepas dah banyak kali pergi aktiviti dengan dia orang, lama lama Nani dah mula rasa selesa. Percayalalahhh bukan senang nak buang rasa tu, ambil masa jugaklah nak biasakan dengan diri tu. Bila buat benda yang kita tak berapa suka ni memang susah tapi itu aje lah satu satunya cara nak sesuaikan diri. Kalau tak, sampai bila bila lah wujud rasa 'bukan bukan' tu. 
Rindunyaa dengan adik adik dekat sana. Dia orang ni semua sejak daripada darjah empat lagi okay dah duduk asrama. Wowerzzz sangat rasanya. Serius kagum dengan adik adik ni semua, kecik kecik lagi dah belajar berdikari. Nani yang start dari form one duduk asrama ni pun menangis nak balik rumah dulu. Kahkah! Nasib baik survive jugak sampai form five. Iye lah, takkan nak buat perangai pulak kan, kesian lah dekat abah dengan ibu. Lepas tu habis form five, dapat sambung belajar pun jauh jugak dari rumah. Tak pernah keluar dari Pahang, so nya time tu memang nak tak nak kena lah jugak survive sorang sorang diri. Sebab tu lah Nani kagum dengan adik adik ni. Luar biasa betul semangat dia orang. 
Hari tu kebanyakkan nya semua program buat dekat surau dia orang. Cantik sangat okay surau dekat sini,siap ada aircond apa semua. Rasa nak duduk dalam tu sepanjang masa pun ada. Hahaha! Paling best makanan dekat dewan makan dia orang lah. Sedap, rasa macam air tangan ibu sendiri. Hiks. 
Cabaran nya bila dengan adik adik ni bila nak suruh dia orang senyap dan behave. Hahah! Biasalah kan budak budak, bila dengan kawan kawan bercakap 24 jam pun boleeeh. Bab tu lah penat sikit, lepas tu nak kena layan soalan dia orang yang macam macam versi tu. Heheh. Mungkin sebab ni lah kot dulu dulu tak berapa nak suka & ngam dengan dia orang. Eheh. Sekarang dah much much better, siap boleh duduk dan gelak ketawa dengan adik adik ni semua. Harapnya perasaan tu tak berubah lah dah sampai bila bila. 
Rasa macam dah lama gila tinggal aktiviti gotong royong ni semua. Hari tu memang penat jugaklah mengecat apa semua dengan adik adik ni. Balik tu, elok aje bas gerak terus lena masing masing. Hahaha! Paling best sekali sebab dapat imbau semula kenangan duduk asrama dulu dulu. Rasanya last time Nani tidur dalam dorm ramai ramai lepas tu bangun pukul lima pagi siap mandi apa semua, time form five dulu lah. Hari tu dapat buat balik semua tu, alah rindunyaa. Hahah! Wajib lah kan bangun awal, kalau tak malu lah dengan adik adik ni. Dia orang boleh buat, takkan kita tak boleh buat kan. Heheh. Apa apa pun satu lagi pengalaman baru dan manis yang akan dikenang sepanjang kehidupan ni. Jumpa lagi adik adik! 

Big Apple Donuts

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Fuhh seminggu lebih tak update blog langsung. Minggu lepas paaaaling busy, habis kelas petang sambung pulak dengan macam macam kerja lain yang nak kena buat malam tu. Kadang kadang ada meeting lagi yang nak kena pergi. Keluar pagi, malam baru jejak bilik. Serius penat gila sampai rasa nak menangis. Hahah! Blog pun terpaksa dianak tirikan sekejap. Bila buka pun sempat approve kan komen korang aje. Nani baca tau semua komen komen korang cuma tak sempat nak reply aje. InshaAllah Nani akan reply satu satu nanti okay. Ada siapa entah yang tanya soalan hari tu, pun Nani tak sempat nak jawab. Sorry sangat tauu :") Sebab minggu lepas busy sangat, baru ni Nani ke Kuantan jalan jalan. Eheh. Rasa tenang okay dapat pergi pantai apa semua, lupa sekejap segala macam jenis kerja tu. Sekali sekala kena jugak tenangkan diri dan jiwa Gituu. Panjang pulak mukadimmah hari ni. Kahkah! Back to the topic, donat yang paling jadi fav Nani haruslah Big Apple. Hari tu pernah try jugak rasa yang Krispy Kreme dekat Times Square tapi Nani tak berapa minat sangat lah. Sebab donat Krispy Kreme tak selembut Big Apple dan manis sikit. Tapi kalau harga rasanya lebih kurang aje dua dua ni. 
Big Apple Donuts
Makan sorang kan, beli sekotak yang ada dua ketul ni pun dah cukup. Eheh. Sekarang dah banyak donut yang macam ni ada jual, cuma sedap dengan tak aje plus kena dengan selera kita ke tidak. Setakat ni yang Nani selalu beli Big Apple lah. Selain daripada Big Apple, pernah try Krispy Kreme tapi pada Nani biasa biasa aje rasa dia. Tak tahu lah, mungkin tekak dah terbiasa dengan Big Apple aje kot. Hahah! Ada jugak lagi satu brand yang famous, J.CO tapi Nani tak pernah beli lagi. Nampak macam sedap jugak. Pernah tengok cawangan dia orang dekat Times Square. 
Big Apple Donuts
Flavour yang selalu Nani beli bila ke Big Apple. Banyak aje lagi flavour lain yang Nani suka tapi dua ni antara yang wajib beli. Heheh. Tiba tiba rasa nak cari Big Apple pulak. Hahah! Apeni sendiri yang buat entry, sendiri yang terliur πŸ˜† Sekali sekala nak makan boleh lah kan, kalau hari hari pergi beli Big Apple, memang cari penyakit namanya. Even sekarang dah banyak donut yang topping macam macam ni, donut yang biasa tu jugak yang paling sedap. Cuma kena pandai cari lah, kalau beli yang jenis keras lepas tu kedekut gula tak jadi jugak. Hahah! Korang pulak suka donut yang original ke atau pun donut yang macam dekat Big Apple ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page