Assalamualaikum & Hello.
Dah lama sebenarnya Nani nak kongsikan tentang salah satu servis katering aiskrim yang pada Nani memang lain daripada yang lain. Hari tu Nani ada kena uruskan satu makan malam dan ada lah menu yang dicadangkan aiskrim sebagai pencuci mulut. Memang sepenuhnya guna khidmat Instagram lah cari servis katering aiskrim sekitar kawasan KL atau Selangor ni. Ada yang Nani tanya cuma menerima tempahan untuk majlis yang besar aje, kalau setakat majlis makan malam Nani dalam 80 orang ni mereka tak nak terima. Runsing dah masa tu, iya lah kita kan yang urus bab makan selagi boleh nak puaskan hati semua orang.
Haa macam ni lah yang mereka akan sediakan. Ini gambar Nani ambil dari website mereka sebab malam tu busy sangat tak sempat nak ambil gambar banyak. Kalau dah uruskan bahagian katering memang tak cukup tangan cerita dia. Masa basikal merah ni sampai semua macam teruja habis. Hahaha ! Biasalah, selalunya orang bawa tong aiskrim aje kali ni ada basikal sekali. Nani pun heksaited okayy.
Mulanya Nani ingatkan kon yang kecil tu rupanya yang besar ni hah. Memag puas hati sangat. Dah habis majlis sempatlah Nani berbual dengan Encik Fairuz, iya lah nak gali jugak kan macam mana beliau boleh mulakan perniagaan macam ni. Dia punya teruja sampai buat sesi Q&A. Hahaha ! Encik Fairuz mula membuat servis katering aiskrim ni sejak dari 2009 dari niat suka suka dan sebagai kerja "part time" aje. Tapi sebab sambutan yang mengalakkan sekarang beliau dah sepenuh masa fokus untuk perniagaan ni. Nani memang suka dengar kisah kisah orang yang berjaya macam ni, boleh bagi suntikan semangat sikit untuk diri sendiri.
Servis Penjual Aiskrim ni bukan sahaja untuk kawasan KL atau Selangor, tapi negeri lain pun mereka pergi. Macam masa majlis Nani hari tu, mereka baru aje balik dari Kuala Lipis Pahang untuk memenuhi tempahan di sana. Nani difahamkan kalau jadual mereka tak terlalu padat, mereka akan penuhi tempahan di luar kawasan KL dan Selangor. Korang kalau berhajat nak buat majlis kenduri kahwin, makan malam dan nak guna khidmat servis katering memang Nani cadangkan guna khidmat Penjual Aiskrim.
Ni info untuk korang yang berminat nak gunakan khidmat Penjual Aiskrim. Ini bukan entry berbayar ye, Nani cuma nak kongsikan dengan korang servis aiskrim yang memang terbaik ni sebab boleh katakan sekarang ramai yang nak gunakan servis katering aiskrim. Bayangkan dari 2009 sampai sekarang masih boleh berdiri teguh, tentu lah sangat mengalakkan sambutan yang mereka terima kan. Moga makin murah rezeki Encik Fairuz dan team beliau selepas ni. Jom sokong buatan bumiputera ^_^