#Cabaran20Hari l Kuih Raya Pilihan Hati

Assalamualaikum & Hello.

Short update pagi ni sebelum gerak balik ke Pahang kejap lagi. Nak singgah Jalan Tar dulu tu yang awal pagi dah keluar. Hihih. Sempat lagi tu kan nak ke Jalan Tar dulu. Aku bila time raya dua jenis kuih raya yang paling aku minat. Dua dua gambar dari Google. Huhu.


Korang pulak minat kuih apa?

P/s : Doakan perjalan aku ke Pahang hari ni. Korang yang memandu tu pun hati hati :)

Seharian Berjalan !

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu lepas aku keluar dari pagi pergi Pasar Seni nak belikan tudung AJ yang mak cik dengan ibu aku kirim. Padahal jumaat petang tu dah pergi cawangan dekat NU Sentral tapi banyak pulak yang dah habis stok. Sebelum pukul sembilan lagi aku dah tercongok depan Pasar Seni ( 15 minit tunggu baru bukak ) Siapa suruh awal sangat kan. Haha. Lepas borong AJ memula aku decide malas nak pergi PWTC tapi dah alang alang dekat pergi lah jugak.
Seroiusly ramai gila orang. Tetiba masa tu aku rasa menyesal sangat pergi. Hahaha. Tapi dah sampai terjah jugak lah booth HijabsbyHanami. Tu je lah satu satunya booth yang aku pergi. Tak sanggup ku nak redah lautan manusia yang tersangatlah ramai tu.
Nah dah peri takkan lah nak tengok aje kan. Beli lah jugak sehelai instant shawl lepas tu dapat free lagi sehelai. Pheww. Rejeki bulan ramadhan. Hihi. Gamabr shawl nya raya pertama lah baru boleh tunjuk nanti kang tak suprise pulak. Ceh !
Balik je dari PWTC dah dekat pukul tiga lebih gitu terus mandi siap siap pergi Bangi Golf Resort pulak untuk berbuka. Dah nak habis Ramadhan baru nak gi BGR perabih kan voucher. Bak kata sis Dkna "berdua lebih baik gitu. " Hahaha, voucher ada dua je dah mana boleh ajak ramai ramai. Bukan apa hujung ramadhan baru nak pergi, bulan puasa ni hujung minggu je tak melekat dekat bilik, ada je tempat dia nak pergi. Kalau tak ke rumah saudara mara dia pergi berjalan. Hahah. 






Koleksi Pakaian Sukan Kappa Malaysia

Assalamualaikum & Hello.

Anda peminat pakaian sukan? Haaa, kalau anda peminat pakaian sukan jom baca entri ni. Antara jenama pakaian sukan yang terkenal ialah Kappa Malaysia. Kappa Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1967 dan menghasilakn koleksi pakaian sukan yang melus seperti jersey, t-shirt bola sepak, t-shirt polo, singlet, seluar track dan lain lain. Jenama yang berasal dari Itali ini merupakan antara jenama sukan gergas yang dikenali di seluruh dunia dengan hasil koleksi pakaian yang amat berkualiti. Haaa, menarik kan?
Pakaian sukan Kappa juga telah berada di pasaran lebih daripada empat puluh tahun lamanya dan telah dipakai oleh atlet profesional. Selain itu, jenama ini juga turut menjadi penaja rasmi pelbagai sukan kebangsaan yang tersohor. Apa yang paling menari, kolekesi pakaian sukan Kaooa juga ditwarkan dengan garga yang lebih murah berbanding jenama sukan lain. Jom kita lihat koleksi pakaian Kappa ini.


Seperti yang ditwarkan sebentar tadi, Kappa menwarkan pelbagai koleksi baju sukan yang diperbuat daripada material yang berkualiti tingg bersesuaian untuk aktiviti sukan anda. Bukan sahaja selesa dipakai, koleksi pakaian sukan Kappa ini juga direka dengan rekaan yang stylish untuk memastikan anda kekal bergaya dan mengikut citarasa anda.

Begitu juga dengan koleksi bottom seperti seluar pendek, tracksuit dan lain lain yang pastinya menjadikan aktiviti sukan anda berjalan lancar. Apa yang pasi, koleksi pakaian sukan Kappa ini juga boleh anda miliki secara online di ZALORA MALAYSIA. Tunggu apa lagi? Bersukanlah dengan selesa dan kekal stylisgh bersama pakaian sukan Kappa Malaysa ! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page