Selamat Hari Raya !

Assalamualaikum & Hello.

Lama betul blog ni bercuti sama macam tuan dia. Ihikss. Semalam baru Nani balik dari Pahang, sepanjang dekat rumah memang tak buka langsung blog apatah lagi nak karang entri. Hari nidah genap seminggu raya, baru terhegeh hegeh nak taip entri syawal pertama. Hahaha. Kalau tak buat entri nanti, tak dek pulak kenangan raya di tahun 2015 ni. Eceh ! 
Sebab balik pun dah dua hari sebelum raya, so aku sempat buat cornflakes madu aje. Itu pun buat masa semua orang sibuk nak buat lemang. rendang and aku sensorang hadap cornflakes madu. 
Memang tiap tahun ibu buat rendang ayam bila nak raya. Tahun ni dua kuali buat rendang ayam.
Wefie pagi raya sebelum nak bersalam dengan wan & adik beradik ibu. 
Dengan sepupu sepapat yang masuk air. Hahah !
Menu pagi raya hari tu kitorang masak soto dengan nasi ayam. Mak cik aku pulak sempat lagi buat kek indulgence sebab nak celebrate birthday pagi raya. Pehh memang meriah la sambut birthday masa raya pertama. 
Muka gua di pagi raya. Hahah. Tak pakai bedak atau segala mak nenek alat mekap. Kah !
Di kesempatan ini, Nani mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali diri ini, mohon maaf zahir dan batin. Semoga Lebaran ini mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kita. 






Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.



#Cabaran20Hari l Main Mercun Masa Raya

Assalamualaikum & Hello.

sumber google

Nani ni memang bukan la jenis yang nak main mercun bagai tu. Maklumlah I ni kan anak perempuan mana ada nya nak main benda benda gitu. Hahah. Setakat main mercun bawang tu pernah lah tak pun bunga api. Yang lain lain memang nan hado nya lah. 

Pernah poksu Nani masa kecik dulu dia pegang mercun dekat tangan dia lepas tu entah macam mana dia nak bakar mercun lain tapi terbakar yang lain. Err paham tak cerita aku ni. Hahaha. Sedahnya dua jari dia yang kena. Seriauu Nani dengar cerita dari ibu. Masa tu aku kecik lagi. Moral dia jangan main mercun masa raya tau :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page