Susu Pisang Nilofa

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Memandangkan sekarang musim orang buat review susu pisang, so macam bisa lah kita pun nak jugak try. Eh dasar cepat terpengaruh sangat kaaan. Hahah! Sebelum ni Nani pernah minum susu pisang jenama Pokka aje, jenama lain memang tak pernah try so tak tahu lah yang mana satu sedap. Susu pisang yang Korea tu pun Nani tak pernah try walaupun ramai orang cakap yang tu sedap kemain rasa dia. Selalu juga pergi Family Mart tapi tak pernah rasa pun nak beli. Oh ye, ini review personal Nani tau, bukan sponsored post ke apa. Cerita dia, bila dah hari hari lalu dekat timeline orang asyik promote Susu Pisang Nilofa ni, memang ada juga lah rasa nak try tu kan. Hakikatnya Nani bukan lah penggemar susu semua ni. Mula mula hari tu nak beli sendiri dengan agent area Gombak ni tapi tapi dah out of stock so tak dapat lah nak rasa. Sekali bila balik Pahang baru ni, tengok ibu Nani order dua pack susu pisang jenama Nilofa. Kemain kan nak minum Susu Pisang Nilofa ni pun, sampai ke Pahang baru dapat rasa. Fuhh boleh tahan kuat penangan susu pisang keluaran Neelofa. Nani yang tak berapa minum susu ni pun sibuk juga nak rasa. Hahah! 
Susu Pisang Nilofa
 Ini lah rupa packaging susu pisang jenama Nilofa. Nani tengok dalam gambar nampak macam besar tapi bila dah dapat, eh tak ada lah besar mana pun (200ml). Masa dapat tu susu ni tak sejuk lagi so masukkan lah dalam freezer dulu. Minum time sejuk baru nikmat ye, tak kira lah air apa sekali pun. Hahah! Pada Nani not bad jugak lah rasa susu pisang Nilofa ni, ada rasa lemak lemak manis gitu. Cumanya cukup sekali tu aje lah kot rasa sebab Nani tak berapa gemar sangat susu pisang semua ni. Selalunya beli pun untuk rasa aje semata mata. Tapi kalau korang memang jenis yang suka kan susu pisang, hah boleh lah masukkan dalam list untuk dicuba okay! 
Susu Pisang Nilofa
Harga untuk satu pack ni RM 4.90. Ibu Nani cakap mahal, tapi pada Nani memang harga standard lah tu. Hahah! Nani baca ramai yang cakap nak lagi jimat beli satu kotak yang ada enam pack tu terus. Kalau nak jimat sikit boleh lah ajak kawan kawan share sekali. Gittew! Korang boleh dapatkan susu pisang jenama Nilofa ni dekat agent yang berdekatan. Rasanya setiap tempat ada agent, biasa lah kan bila founder yang strong macam ni, memang semua orang nak jadi agent. Setakat yang Nani tahu tak ada lagi masuk any mart or pasaraya. Korang boleh check it out dekat Instagram or Facebook, memang ramai yang jual air ni. Pada Nani, okay lah untuk cuba - sambil sambil ikut trend. Hahaha! Korang pulak dah pernah try ke belum Susu Pisang Nilofa ni? Sedap ke tidak? Hah cuba share sikit dengan Nani pendapat korang. Heheh. Apa apa pun, setiap orang ada citarasa dan selera masing masing kan. Mungkin pada Nani, biasa biasa aje tapi pada korang luar biasa. Betul tak? 


20 comments:

  1. kalau susu pisang korea mmg sedap..masa akak holiday korea mmg ari2 minum..yg susu pisang ada jual kt familymart tu sama la mcm susu korea..yg pokka pernah minum juga tp sedap lg yg korea punya..yg nilofa tk try lg tp bila bc feedback rmi ckp manis perasa ..mmg minum time sejukkk sodap la kalo susu pisang korea haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa itu lah Nani baca jugak, ramai yang cakap susu Korea tu sedap. Next time pergi Family Mart nak cari lah pulak susu pisang yang Korea tu. Hari tu dah pergi Sunway Putra Mall tak teringat pulak singgah Family Mart situ. Alahai!

      Delete
  2. akak tak pernah cuba lagi, bagi akak yg jarang mnum susu pisang atau jenis minuman gini memang rasa mahal nani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaa lah kak, Nani pun sebenarnya tak berapa gemar jugak susu pisang semua ni. Beli pun sebab orang cakap sedap, itu yang nak try. Hahah!

      Delete
  3. kak PC belum pernah minum susu pisang brand apa pun..hehehe..inshaAllah mana tahu tergerak hati nak mencuba satu masa nantikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh lah try kak! Nani pun baru sekali dua aje pernah minum sebab tak berapa minat jugak sebenarnya.

      Delete
  4. Belum lagi rasa. Takde rasa nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah bagusnyaaa! Nani sejenis pantang nampak ada benda baru, mesti sibuk jugak nak try!

      Delete
  5. dengar kata dia punya banana tu bukan banana betul..just perasa banana je diorg add in..tpi kalau dh kata neelofa punya...mmg ramailah yang beli penangan celebrity..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kak El, haritu awal awal kontroversi jugak kan susu pisang Nilofa ni. Hahah!

      Delete
  6. rs jgk nk try susu pisang si lofa ni..
    tp xterbeli lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah wakk nanti, mana tahu suka kan. Hiks :)

      Delete
  7. belum pernah rasa lagi. tak pernah juga minum susu pisang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh lah try! Pada Nani biasa biasa aje sebab tak berapa minat susu pisang semua ni.

      Delete
  8. saya belum penah rasa lagi. dok cari orang jual belum ada jumpa. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah lah yekee. Cuba cari dekat Instagram; ramai aje agent dia.

      Delete
  9. Belum rasa lagi susu ni. Nampak macam sedap. Btw, Beeha baru follow sini. ;)

    https://beehaazman19.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try lah Beeha! Thank you, nanti Nani singgah blog awak!

      Delete
  10. tengah in ni.. sana sni orang promote.
    hehe kite x minat sangat susu tapi kalo jumpa ingat nak cuba jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kitaa! Nani pun kureng jugak susu susu semua ni tapi sebab selalu tengok orang promote tetiba jadi nak try. Itu yang gigih hah beli.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page