Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada yang bercuti lagi ke hari ni? Mana lah tahu kot ada yang ambil extra cuti ke kan. Macam biasa, bila cuti panjang sikit ni mesti masing masing ambil peluang nak berjalan atau pun balik kampung. Iye tak kira lah musim perayaan mana sekali pun tak pernah lagi tak ada issue jalan jammed. Nani memang dah ada dekat Pahang, so kali ni tak merasa lah hadap jammed tu. Seksaaa betul rasa kalau stuck dalam jammed ni, semua rasa tak kena lah. Hahah! Ada ke yang sangkut dalam jammed baru ni? Kali ni balik, memang cari juga masa jumpa kawan kawan & melawat family dekat kampung. Aktiviti wajib setiap kali balik Pahang. Nani dulu sekolah rendah dengan sekolah menengah memang dekat Pahang, sebab tu ramai kawan area sini. Bila dapat tawaran asasi baru lah berhijrah keluar dari Pahang sampai lah sekarang ni pun. Dah rezeki kita di negeri orang, nak buat macam mana kan. Itu yang awal awal dulu bila nak balik aje ke tempat belajar, mesti syahdu semacam sebab nya tak pernah duduk jauh. Eh sekarang pun sama lagi rasanya. Hahaha!
Bila cuti memang sinonim sangat dengan kenduri kahwin. Macam biasa, bila ada invitation kenduri kahwin memang laju kita pergi. Hahah! Bukan apa, sambil sambil tu boleh lah jumpa dengan geng geng sekolah dulu. Ini kawan sejak dari sekolah rendah lagi, kemain lama kan. Kadang kadang rasa macam tak sangka juga boleh berkawan sampai lama macam ni. Setiap kali balik Pahang, ada lah beberapa muka yang memang wajib jumpa. Banyak betul kaaan catch up session yang dia nak buat. Hahah! Jumpa depan depan lagi seronok daripada berborak dekat WhatsApp.
Daaan misi yang paling utama; spent time dengan the whole family. Cuti macam ni aje lah boleh nampak semua orang dekat rumah. Heheh. Kalau masa lain tu susah lah nak nampak muka semua orang dekat rumah. Benda paling best sekali, of course buat ayam bakar.
Bahan bahan nak perap ayam ni simple aje - kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, kunyit serbuk, garam, gula dan madu. Simple aje lepas tu hah perap lah lama mana pun yang korang nak. Hahah! Lagi lama kita perapkan ayam tu lagi sedap tau. Kalau nak bakar malam, eloknya pagi tu dah start perap ayam tu.
Paling fav bakar ayam guna arang macam ni, pada Nani lagi sedap bakar macam ni compare dengan bakar atas kuali ajaib. Heheh. Cuma yang tak tahan tu nak tunggu ayam siap bakar lah, boleh tahan ye panas dia dengan bau asap lagi. Hahah! Semestinya bukan Nani lah yang bakar ayam hari tu, abah yang buat. Kita tolong ambil gambar aje, eh dasar sangat Nani. Memang cuti Chinese New Year baru ni habiskan masa dekat rumah aje. Berehat puas puas sambil buat catch up session dengan kawan kawan lama. Memang tak ada berjalan ke mana sangat pun, tambah tambah pula musim virus ni hah. Jaga diri okay, kalau boleh elakkan pergi ke tempat yang ramai sangat orang. Korang pula ke mana cuti Tahu Baru Cina baru ni?
mmg bakar camni syok..tp skarang cuaca panas..mau berasap kepanasan haha
ReplyDeletebetull tu, balik kampung dapat kumpul dengan kawan masa sekolah dulu meman best segala benda kita borak, almaklum lama tak jumpa..
ReplyDeletesedapnya nengok ayam bakar nani tuh, dah balik kampung mmg macam-macam menu nak makan sama kan
aritu ade plan jgk nk bakar2 ayam cuti cny..
ReplyDeletetp xjd sbb xsume adk bradik blk kg..
jdnya cuti cny jalan2 jela.. haha..
sy xhadap jem sbb mmg dh duk kat kg.. ekeke
buat BBQ la cuti2 ini
ReplyDeletesedapnya ayam bakar tu..:)
ReplyDeleteduduk rumah takut coronavirus
ReplyDeleteTerus akak jadi lapar tengok ayam bakar Nani tu :)
ReplyDeletebila ramai2 berkumpul seronok la buat aktiviti macam ni..
ReplyDeletekalo sepupu ct semua kami dlu bakar kt luar. skrng ni pakai yang senang ja
pemanggang ajaib hehe..