Hcube Education Menyediakan Khidmat Home Tuition Terbaik

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Sekejap aje masa berlalu, dah masuk bulan Oktober pun hari ni. Bila dah semakin ke penghujung tahun ni maksudnya tak lama lagi akan berakhir lah sesi persekolahan untuk tahun 2018 ni. Tapi sebelum nak berseronok dengan cuti sekolah tu, mesti lah anak akan akan menghadapi peperiksaan akhir tahun dulu. Selalunya bila anak anak nak exam, mak ayah pun risau jugak. Nani ingat lagi dulu, bila masuk aje musim exam tu hah memang dengar lah abah dengan ibu 'bising' suruh baca buku lagi lagi kalau subjek tu kita tak berapa pandai sangat. Nani tak nafikan zaman sekarang lagi mencabar bagi parents untuk didik anak anak sebab anak anak banyak terdedah dengan gadget so ada masanya perhatian dia orang lebih kepada gadget semua tu daripada nak belajar. Ada jugak sesetengah anak anak yang jenis yang tak berapa boleh catch up bila belajar dengan keadaan kelas yang ramai. Betul tak? Pada Nani sendiri, salah satu cara yang paling terbaik untuk kita tolong anak anak lagi fokus adalah dengan cara home tuition. Korang pernah dengar tak tentang Hcube Education?
Hcube Education
Hcube Education ni merupakan agensi yang menyediakan tutor dan guru yang berkualiti untuk para ibu bapa yang memerlukan pengajar atau cikgu datang ke rumah. Pada Nani, serius lagi berbaloi bila ambil home tuition macam ni sebab nya lagi mudah, selesa dan yang penting selamat. Tak payah dah susah susah mak ayah nak pergi hantar atau ambil anak anak dekat pusat tuisyen. Paling best sekali, Hcube Education ni bukan aje ada guru dan tutor untuk subjek akademik aje tau, tapi untuk mengajar Al Quran pun ada jugak. 
Hcube Education
 Dulu dulu masa zaman Nani sekolah, jarang boleh jumpa agensi yang menyediakan khidmat guru atau tutor macam ni tapi sekarang senang sangat dah sebab adanya Hcube Education. Dalam masa yang sama, kita boleh tengok sendiri anak anak kita belajar depan mata sendiri. Bukan tak percaya dengan anak anak ni, cuma faham faham lah kan kadang tu bila dah jumpa dengan kawan, ada aje benda yang nak main, nak berborak, sudahnya tak belajar pun. So bila depan mata sendiri ni, senang kita nak monitor dia orang. Nani pun dulu kalau ada aje abah dekat rumah, memang automatik buka buku nak belajar sebab takut abah marah. Hahaha! 
Hcube Education
 Pada pandangan Nani yang bagusnya bila home tuition ni, anak anak lagi mudah nak tanya apa apa soalan yang dia orang tak faham. Biasalah, kadang kadang bila ramai sangat dalam satu kelas tu, dia orang jadi malu nak bertanya. Home tuition ni sangat sangat membantu sebab cikgu akan fokus dekat seorang aje setiap masa. Jadinya lagi senang untuk anak anak faham dan cikgu pun akan ajar ikut kemampuan anak anak kita. Macam yang kita tahu, kalau dalam kelas selalunya akan ada lebih kurang 25 - 30 orang pelajar, kadang kadang cikgu tak sempat nak tanya setiapa sorang sama ada dia orang faham ke tidak, so home tuition ni lagi convenient lah bagi Nani. 
Hcube Education
Antara feedback parents yang dah pernah menggunakan tutor daripada Hcube Education ni. Mostly cakap prestasi anak anak dia orang dah semakin meningkat jadi lebih baik. Setiap mak ayah mesti ada letak harapan yang tinggi kan untuk anak anak berjaya dan sanggup buat apa aje untuk bantu anak anak termasuklah dapatkan guru yang terbaik. Korang pun boleh jugak dapatkan khidmat guru atau tutor daripada Hcube Education ni untuk bantu anak anak jadi lebih cemerlang. Oh ye, buat masa sekarang ni Hcube Education ni cuma ada di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan jugak Pulau Pinang. Secara peribadi, memang Nani recommend untuk korang guna Hcube Education ni. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, korang boleh klik link website dekat bawah ni okay! 💙

13 comments:

  1. Bagus ada service macam ni. Boleh bantu anak2 score dalam exam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat cik Su. Ini pun salah satu cara jugak untuk bantu anak anak berjaya :)

      Delete
  2. wah menarik..tak payah dah pikir nak antar/ambil anak2 tuition

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat kak El, mudah kerja parents. Anak anak pun lagi fokus belajar.

      Delete
  3. Kak ana pun cadang nak amik service mcm ni je utk syafi nanti. Senang buat ibu bapa dan anak2 boleh lebih fokus bila belajar one to one.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, bila one to one ni anak anak lagi fokus, cikgu pun tumpu dekat dia sorang aje. Dia orang nak tanya soalan pun tak ada lah malu malu aje.

      Delete
  4. Replies
    1. Memang mudah sangat, tunggu aje tutor datang mengajar dekat rumah :)

      Delete
  5. bagus banget nie sis.. utk anak2 yang nak exam.

    ReplyDelete
  6. home tuition sedikit sebanyak membantu pelajar untuk cemerlang.

    ReplyDelete
  7. Pendekatan one-to-one ni memang lebih baik utk anak-anak. Dapatlah diorang lebih fokus.

    ReplyDelete
  8. Mmg bagus ada tuition mcm ni. Mmg memudahkan drp nak berhantar berambil mcm kebiasaannya. Jimat masa dan kos juga. Thnaks sharing info ni Nani.

    ReplyDelete
  9. Bagusnya servis ini. paling2 penting untuk ibubapa, faktor keselamatan tu yang sedikit sebanyak melegakan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page