Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Pernah dengar tentang produk St Ives? Dalam banyak banyak produk St Ives ni, Nani paling suka dengan scrub keluaran dia orang, especially yang Green Tea punya. Serious masa mula mula guna dulu memang terus rasa 'jatuh cinta' dengan scrub ni sebab bau wangi sangat. Rasa nak pakai selalu pulak, tapi tak boleh lah sebab scrub ni orang akan pakai dua atau tiga kali seminggu bergantung pada kulit masing masing. Eheh. Selalunya Nani akan scrub muka dua kali aje dalam seminggu tu untuk hilangkan bintik hitam. Stress wei tengok bintik hitam dekat bahagian hidung ni, geram aje nak picit bagi hilang. Tapi bila dah ada Green Tea scrub daripada St Ives ni, makin senang kerja Nani. Tak payah gatal tangan nak picit, dua tiga kali guna scrub ni dah boleh nampak kesan dekat muka. Memang berkurang okay bintik hitam tu semua. Sukaa sangat lah bila tengok muka bersih macam ni. Hari tu ada jugak yang tanya, lelaki sesuai ke nak pakai scrub ni. Sesuai sangat awak, scrub ni fungsi dia untuk bersihkan lagi muka kita. Gitu.
Sekarang packaging produk St Ives ni pun dah berwajah baru tau. Lagi cantik pada Nani. Heheh. Tak susah pun nak dapatkan scrub St Ives ni, korang boleh purchase dekat mana mana drug store. Macam Nani, memang beli dekat Watsons lah. Harga pun murah murah aje, dalam RM 23 untuk satu tube ni. Nak murah lagi, kena lah beli time promo. Kadang kadang bila promo boleh dapat dalam RM 16 macam tu aje. Jimat okay! Berbelanja lah dengan bijak. Hiks.
Cara nak pakai scrub ni pun mudah aje. Nani selalunya akan basuh dulu muka dengan air biasa. Ada jugak sesetengah orang yang dia suggest untuk basuh dengan air suam. Mana mana pun boleh aje pada Nani. Lepas tu korang guna lah scrub ni, sapu slow slow pada muka especially part yang banyak blackhead/whitehead tu. Tunggu lah dalam seminit dua macam tu then boleh bilas dengan air. Siap!
Serious lepas pakai scrub ni muka rasa licin dan lembut aje. Memang best sangat sangat. Dalam banyak banyak scrub yang Nani pernah guna, St Ives punya lah yang paling Nani suka. Selain daripada bau yang wangi tu, scrub ni boleh tahan lama jugak. Kadang lebih daripada sebulan boleh guna. Iye lah kita guna scrub bukannya hari hari kan. Seminggu tu dalam sekali dua aje kita scrub muka.
Selain daripada scrub Green Tea ni, ada jugak scrub Apricot, scrub Oatmeal dan jugak scrub Coconut & Coffee. So korang boleh lah pilih antara empat ni yang mana paling sesuai dengan korang. Paling best sekali produk ni 100% menggunakan natural ingredients, memang selamat untuk digunakan. Daripada kita beli produk yang jenama entah apa apa dekat luar sana tu, baik lah melabur sikit duit beli produk yang macam ni. Nak jaga kulit muka ni tak susah mana pun, cuma rajin dengan tak aje. Heheh. Siapa lagi dekat sini yang guna scrub St Ives? Korang guna yang mana satu? Jom kongsi sikit dekat bawah.
wahh ramai blogger dh beli st.ives ni kan..cantiklah kak nani ni.
ReplyDeleteHonestly.. AKak baru 1st time cuba St. Ives ni. Memang best sangat. Muka rasa lembut, licin & fresh.
ReplyDeleteLama tak singgah sini, Waaa Nani pun makin cantik rupanya ada rahsia guna St.Ives yea!
ReplyDeletejaja selalu guna yg green tea ni nani, serius best!
ReplyDeleteBest!Akak mmg guna st ives sejak zaman sekolah. Ok sangat.
ReplyDeleteBestnya! I've heard only good reviews about the scrub and I can't wait to try it too but they don't sell it in Japan. Sob sob.
ReplyDeleteLepas pakai scrub, memang rasa kulit lebih bersih je kan. St Ives salah satu jenama yang dah lama di pasaran. Memang berkesan.
ReplyDeleteSyok die berscrub
ReplyDeleteKak ana suka skrub green tea ni sebab skrub dia halus tapi masih membersihkan muka dgn baik. Kulit pun rasa lembut je lepas tu kan.
ReplyDeletebestnya...boleh cuba guna produk ni nanti
ReplyDeleteTertarik juga bila baca ttg scrub ni. Lagi pun St Ives mmg jenama yg dipercayai dan berkesan. Thanks sharing Nani :)
ReplyDeleteBestnya! Akak personally suka kalau produk muka/rambut ada green tea.
ReplyDeleteLama tak scrub muka..
ReplyDelete