Salam Aidiladha

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ada masa nak menghadap blog sendiri. Minggu lepas sibuk nau uruskan macam macam hal, lepas tu sibuk nak Raya lagi, blog pun dianak tirikan. Macam mana sambutan Raya korang baru ni? Meriah ke tidak? Family Nani belum pernah lagi buat korban sendiri, selalunya abah aje lah yang pergi tolong dekat masjid. Heheh. InshaAllah kalau panjang umur, ada rezeki tahun depan nak buat korban jugak. Pagi Raya baru ni lah baru masing - masing terdetik nak buat korban. Macam biasa bila Raya aje, tak kira lah Raya Aidilfitri ke Aidiladha ke memang wajib buat lemang. Abah Nani lah yang rajin sangat nak buat ni semua. Kalau beli jarang nak jumpa yang bebetul sedap, so kita buat lah sendiri. Heheh. Nani setakat masukkan beras pulut tu dalam buluh boleh lah tolong, tapi kalau masuk part nak membakar tu awal awal lagi daku lari okay! Hahahah! Sudahnya abah sorang aje lah yang membakar. Nak tunggu ada menantu yang tolong macam lambat aje lagi. Eh? 
Gambar wajib ambil bila buat lemang. Hahah! Family Nani kalau buat lemang jenis campur dulu beras pulut tu siap siap dengan santan macam ni lepas tu masak dulu atas dapur sekejap. Dah sebati semua baru masukkan dalam buluh. Buat lemang ni pun ada banyak jugak cara rupanya. Ikut style masing masing lah kan. Heheh. 
Tengah tengah panas terik membakar lemang. Gigih betul abah ni hah. Dapatlah kot 25 batang lemang hari tu, sedekah dekat saudara mara & jiran apa semua dapatlah lima enam batang untuk makan sendiri. 
Bila dah ada lemang, wajib lah ada rendang sekali kan. Cuma kali ni ibu Nani buat rendang ayam aje, iye lah Raya Aidiladha kan. Kalau dekat Pahang ni jarang sangat orang beraya time Raya Aidiladha, kecuali kalau saudara mara macam tu aje lah. Lemang dengan rendang aje menu pagi Raya kita orang hari tu. 
Nasi impit. Bukan daku lah yang masak for sure. Hahah! Ini mak cik Nani yang bagi. Untung betul bila duduk dekat dengan rumah saudara mara macm ni, macam macam boleh makan pagi Raya. Eh? 
Petang tu balik kampung makan laksam pulak. Kan dah kata memang Raya aku kali ni versi makan makan aje yang banyak. Hahaha! Nani kurang sikit kalau laksa yang kuah lemak ni, lagi suka yang kuah asam. Dia punya minat tu sampai makan setiap hari pun tak apa. Hahaha! Dapat pulak yang kuah pekat, pedas fuhh! Memang layan wakkk! 
Nasi dagang dengan ikan tongkol pun ada. Ambil sikit sikit aje sebab nak makan semua. Hahah! Raya Aidiladha kali ni memang sama macam Raya puasa menu pagi Raya tu. Kemain macam macam lagi mak cik Nani masak. Daku tukang makan aje lah kerjanya. Dah kenyang mula lah mata pun layu semacam. Eh? Hahah! Korang punya Raya pulak macam mana? Ada ke yang buat korban Raya Aidiladha baru ni? 

14 comments:

  1. Tudiaaa..syok la bila baik kampung lepas tuh makan memacam hasil masakan air tangan orang yg tersayang. Heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat kak Nany. Bila dah balik KL memang susah lah nak jumpa makanan macam ni yang sedap. Hahah! Masa ni lah nak request makan macam macam. Hiks :)

      Delete
  2. sedapnya menu raya korban Nani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Meriah sangat dengan makanan, dah macam Raya puasa pulak rasa.

      Delete
  3. Lemang dengan rendang akak beli je. Kitaorang bercuti ke PD. Tak balik kampung pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh syoknyaa jalan jalan PD. Nani dah lama tak ke sana.

      Delete
  4. Bestnya menu. Kita raya dekat klinik dan atas katil je T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah sedihnya Farah. InshaAllah mana tahu next year ada rezeki Raya dekat Malaysia kan. Dengar cerita dah nak balik for good?

      Delete
  5. Salam Aidiladha sis..
    Menarik sungguh menu-menu sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiladha kak Sha. Heheh. Menarik sangat sampai sepanjang masa asyik makan aje kerjanya. Hahahaha!

      Delete
  6. Akak tahun ni sekali lagi tak buat korban...duk area taman memang xde aktiviti..pergi balik kampung baru ada banyak aktiviti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, kalau dekat area taman ni memang tak rasa sangat suasana Raya tu. Balik kampung baru meriah sikit nampak.

      Delete
  7. Laksam dengan nasi dagang fav kak ana tu nani. Kalau jumpa wajib bertambah makan. Especially bila balik ganu.

    ReplyDelete
  8. Bestnya menu.. meriah. Tengok malam2 ni jadi terbuka selera hehe :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page