Assalamualaikum & Hello.
Baru - baru ni Nani berpeluang untuk turut serta dalam satu program bersama gelandangan di Masjid Jamek. Cuma terkilan sikitlah sebab tak dapat nak join semua aktiviti dekat sana gara - gara kaki terseliuh tu kan. Nani dengan team yang lain gerak Sabtu tengah hari dan bermalam dekat sana. Masa dalam perjalanan ke sana tu lah Nani terjatuhnya. Tapi gigih jugak nak pergi sebab nak cari pengalaman baru. Tak ada lah gigih mana pun, malam tu berderai jugak air mata bila sakit sangat. Ahaaa, lain kali jangan nak jadi hero sangat kan.
Team yang supporting sangat.
Program start lepas zohor, ada briefing sikit dengan main games. Masa ni boleh lagi lah join sebab duduk aje kan. Malam baru lah ada talk dengan Islamic Care dan lepas tu diorang bergerak ke kawasan sekitar Masjid Jamek untuk bagi makanan pada gelandangan. Program malam tu memang Nani sepenuhnya tak join. Cuma dapat dengar aje perkongsian diorang yang berpeluang untuk turun padang berjumpa dengan gelandangan.
Seronok dengar diorang bercerita tentang pengalaman join aktiviti malam tu. Dapat bagi makanan pada gelandangan, siap dapat berborak lagi. Tak apa lah mungkin tak ada rezeki Nani nak join sepenuhnya program kali ni, Sekurang kurangnya dapat lah jugak kutip sedikit pengalaman yang boleh dikongsi dengan orang lain kan.
bukan rezeki kak nani nak turun pdg skali.. mgkin ada laa tu sbbnya kan.. :)
ReplyDeletepengalaman yg sangat menarik..teringin jugak nk join utk projek gelandangan ni..
ReplyDeleteBest jugak join aktiviti mcm ni kn... boleh kumpul pgalaman...
ReplyDeleteLupa pulak... get well soon dear... hihi
ReplyDeleteWah, bestnya program camtu. Kalau dekat teringin gak nak join
ReplyDeleteAlhamdullilah. Dapat jugak join walaupun tak sepenuhnya. Harap kaki awak beransur pulih :)
ReplyDeleteAaaa experience is da best dot comz kan!!! Hehe. Takpe, nanti ckp dkt kaki jgn buat hal lagi later ok??? Hihi
ReplyDeletepasti satu pengalaman yang akan dikenang seumur hidup kan nani :)
ReplyDeletesemoga diberi peluang untuk bersama-sama memberi makanan pada gelendangan next time inshaaAllah.
ReplyDeleteteriignin jugak nak join aktiviti macam ni dengan gelandangan. insyaAllah satu hari nnti
ReplyDeletemurah2 rezeki orang yang buat aktiviti macam ni, ameen! :)
ReplyDeleteget well soon nani! :D
meh sini join ramai2 ngan team PBU ada next projek gak :)god job gais
ReplyDeleteSaya teringin nak join benda-benda macam ni tapi selalu tak berkesempatan
ReplyDeleteIni macam Nasi Lemak Project tu ya, Nani. Seronokkan kalau dapat pengalaman baru macam ni. Lebih membuka mata kita tentang kehidupan yang sebenar. Takpalah kali ni takda peluang. Lain kali boleh join lagi team!
ReplyDeleteLama pulak rasanya tak terlibat dgn aktiviti yg melibatkan gelandangan ni...
ReplyDeleteamazing!!
ReplyDeleteusaha murni.
ReplyDeletemoga next time ada lagi utk nani join ekk.