Assalamualaikum & Hello.
Ini merupakan kali pertama Nani rasa Sweet Potato yang memang original dari Jepun. Bila pertama kali nak rasa sesuatu yang baru mesti lah teruja. Apa yang membezakan keledek dari Jepun ni dengan keledek yang ada dekat negara kita ni, tentu lah dari segi rasanya. Keledek keluaran Jepun lebih manis dan rasa berlemak. Biasanya orang tempatan macam kita ni bila makan keledek atau ubi kayu mesti nak kena ada pencicah nya sekali kan tapi keledek dari Jepun ni makan kosong macam tu pun dah sedap dan nikmat sangat.
Chiba Sweet Potato ni sangat sihat, sedap dan berkhasiat. Semalam Kak Irra ada kongsi satu info berkaitan Sweet Potato ni. Untuk yang mempunyai sakit gout boleh amalkan makan keledek manis ni.
Chiba Sweet Potato ni didatangkan dalam tiga saiz. Ada yang kecil, sederhana dan besar. Untuk korag yang memang minat makan keledek, Nani memang sarankan sangat korang beli keledek manis keluaran Jepun ni. Memang dijamin puas hati. Untuk pengetahuan korang, Chiba merupakan nama salah satu kawasan di Jepun. Dekat sana siap ada Potato Day(public holiday) lagi.
Lepas ni korang boleh dapatkan Chiba Sweet Potato ni di mana - mana pasaraya terpilih. Kalau nak rasa dulu Chiba Sweet Potato ni macam mana, korang boleh ke Village Grocer di Bangsar Village hari ni. Nanti ada lah "taster" yang mereka bagi.
Kalau malas nak masak sendiri dekat rumah, korang boleh beli yang macam dalam gambar ni. Beli, bayar lepas tu makan. Haaa senang kan.

Muka muka excited nak rasa Chiba Sweet Potato !
Ini merupakan mascot untuk Chiba Sweet Potato. So korang kalau nak tahu lebih banyak lagi tentang Chiba Sweet Potato ni boleh klik link video dekat bawah ni ok. Jangan lupa untuk follow #ChibaSweetPotato di Twitter dan Instagram.
Memang keledek jepun manisssss :)
ReplyDeleteSedap kannnnnnnn i luvvvvv sweet potatoes wiwiwi
ReplyDeletemenarik dan macam sedap la nani..mana nak carik kat sabah..huhuuu..
ReplyDeleteDekat alamanda tak de ka?? Jauh pulak nak kesana huhuu
ReplyDeleteHihi. Tak pasti lah pulak area Alamanda ada ke tak :)
Deletesedap. keledek jepun yg biasa tu pernah gak rasa, yg ni blm lg la rasa
ReplyDeletesedapnya nampak. nak kena cari di area sini. nak ke bangsar village, jauhnyaaa..
ReplyDeleteKeledek biasa pun dah manis. Dapat hat ni lagi best nampaknya. Esok-esok balik KL kena beli juga keledek ni :)
ReplyDeleteYups...sangat sedap! selalu jugak beli kat sini. Fresh sungguh rasanya. Derang akan bakar siap2 dalam bekas tong besar. Keledek tu derang letak atas batu2 panas. Musim winter memang glemer sangat buah ni. Kalau kat sini panggil "Yakiimo" (rosated sweet potato). Kalau makan ni panas2, minum sekali dengan fresh milk. Sedap! tekak akak memang masyuk! hehehe...beli banyak2 yer..
ReplyDeleteDah tak payah ke Jepun sini pun boleh dpt kan:)
ReplyDeletemenarik nieh....lagi2 kalo dpt yg bakar panas2 tu..fuh sedapnye nani masuk mulut....
ReplyDeleteTak sangka keledek jepun ni besar dan panjang...ternganga kak julia tgk haaaa...sedappppppppp ye
ReplyDeletewahhh..sedap tak?
ReplyDeletetak pernah rasa lagi...
ReplyDeletepstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.
blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html
pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html
selalu beli keledek jepun yg kt aeon tuh... yg siap bakar tu mahal sgt tp mmg sedap... sgt manis walaupun cuma di bakar je...
ReplyDeletepernah mkn byk kali mmg sedap dan manis
ReplyDeleteMacam kenal jer
ReplyDeleteKena try juga nie ^-^
ReplyDeleteRajin nampak colleagues makan sweet potato ni. Memanglah sedap tapi akak bab sweet potato tu kurang sikitlah, tak kiralah dari Jepun mahu pun Malaysia. Tapikan Nani, makan sweet potato dengan sambal kicap lagi ohsem. Hahaha!
ReplyDelete