Pertama Kali Beli Barang Watsons Online

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sebenarnya baru ni first time Nani beli barangan Watsons secara online. Hari tu masa walk in dekat store dia orang, banyak barang yang Nani nak beli tapi tak ada sebab Watsons sini kecil aje. Memang tak boleh nak expect semua barang lah ada. Lepas tu terus decide beli aje lah online kan semua sekali. Bila first time ni memang blur sikitlah dengan sistem dia orang. Hahah! Ingatkan bila beli online ni laju lah, tapi itu lah lambat jugak barang sampai. So kalau korang nak barang tu cepat, better pergi walk in aje dekat atore Watsons. Kalau beli online ni fuhh kena bertabah sungguh tunggu baru sampai. Sati lagi yang Nani tak faham dengan sistem dia orang ni, dekat website Watsons tulis dia orang guna courier City Link Express tapi bila barang dah sampai tengok tengok Gdex yang hantar. Patutlah tiap kali nak check tracking number dia keluar jadi error. Itu yang macam konfius sikitlah pada Nani. Rasanya lagi better kalau masa dia orang bagi tracking number tu, state sekali dengan courier service. Senang sikit kerja customer kan. 
 Akhirnya barang yang ditunggu tunggu sampai jugak. Walaupun kotak besar, hakikatnya tiga aje okay barang yang Nani beli. Kemain lagi kotak dia macam daku beli macam macam dekat Watsons tu. Paling best bila beli online ni sebab dapat free gift. Point pun banyak okay dapat. Elok Nani beli semua barang ni 31 Julai hari tu, boleh pulak Watsons buat sales keesokan harinya tu. Nasib baik lah harga tak jauh sangat beza, kalau tak mestilah aku manusia pertama yang akan rasa menyesal tak sudah. Hahaha! 
Bayangkan lah tiga barang ni dalam kotak gedabak tu. Hahah! Ringan kemain jadi kotaknya. Nani cuma beli pencuci muka Hada Labo, Simple toner & Pudding Cream by Pure Beauty (moisturizer).  Satu lagi tu free gift dia orang bagi. Sebenarnya Nani pun baru aje berjinak jinak nak guna skincare semua ni. Hahah! Dulu punya lah malas. Heh. Oh ye, lagi satu untuk penghantaran barang ni pulak, korang boleh pilih sama ada korang nak hantar terus ke rumah atau pun hantar ke store Watsons yang berdekatan dengan rumah korang. Bila hantar ke rumah servis caj dalam RM 7 hari tu Nani kena. Kalau hantar ke store Watsons berdekatan dalam dua ringgit aje cumanya tak dapat free gift walaupun sebenarnya korang layak dapat free gift tu. Hahah! Nani pun sebenarnya tak faham kenapa dia buat macam ni. Ada jugak counter express kot nama dia, yang mana lepas kita order boleh terus pergi pick up dekat Pavillion. 
Kalau korang tanya Nani sama ada nak beli lagi ke tidak melalui online ni, jawapannya tak lah. Heheh. Mungkin sebab lambat sangat sampai, jadi macam tak best lah sampai berminggu minggu nak kena tunggu. Baiklah pergi store Watsons cawangan lain untuk beli barang yang kita nak tu. So yepp lepas ni memang takmo dah guna Watsons online. Korang pulak pernah tak beli barangan Watsons secara online macam ni?






Brownies & Cool Blog

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Semalam dah habis drama Jangan Benci Cintaku, lepas ni tak ada lah dah nak tengok 'drama' masing masing emo habis tengok watak Husna dengan Nek Pah setiap petang. Hahah! Drama ni antara  salah satu drama yang Nani follow setiap episod without missed. Dulu Andainya Takdir, sekarang Jangan Benci Cintaku pulak. Lepas ni tak nak dah tengok drama sakit hati tahap macam ni, stress okay nak tunggu sampai episod akhir tu. Hahahah! Dah lah nak dekat habis tu, banyak yang dah lain dengan drama. Drama yang ganti lepas ni pun macam lebih kurang aje jalan cerita dia. Eheh. Tajuk entry blog pasal makanan, tiba tiba masuk cerita pasal drama ni dah kenapa Nani? Hahah! Macam biasa lah, 'mukadimah' lari sikit, pusing sana sini lepas tu baru kita masuk ikut topik yang betul. Kah! Ada peminat brownies tak dekat sini? Mana yang duduk area Serdang, Sri Kembangan Nani nak share satu brownies tersedap yang Nani pernah makan. 
Actually ni brownies yang kawan Nani jual. Tapi bukan sebab nak membodek ke apa, memang serius sedap & harga pun berbaloi lah nak beli. Nani tak sure sangat dia boleh cover area mana lagi, tapi korang boleh check it out Instagram cakesbymucy okay! Macam macam jenis brownies ada, Nani hari tu ambil yang plain aje tiba tiba dia bagi yang ada topping nutella tiga. Untuk manusia yang tak berapa nak rajin baking ni memang order aje lah yang senang. Hahah! Sedap pun sedap. Bukan tak nak try buat sendiri, tapi takut tak menjadi sangat kedutnya tu. 
Petang layan brownies, malam keluar lagi pergi cari Cool Blog pulakk. Kemain makan minum semua yang manis manis ni. Hahah! Sekali sekala tak apa lah. Hari tu Nani try Strawberry Cheese dekat Cool Blog ni. Not bad jugaklah rasa dia, cuma nak habiskan satu cawan ni muak jugaklah sikit. Tapi kira menarik jugak lah idea dia orang nak jual air yang ada cheese macam ni. Tak pernah lagi Nani try sebelum ni, selalunya makanan aje yang orang letak cheese ni. Harga secawan Cool Blog ni enam ringgit aje, kalau korang jenis yang suka cheese ni boleh lah try minum. Ada jugak blueberry cheese dengan chocolate cheese. Korang dah pernah try ke flavour baru minuman dekat Cool Blog ni? Sedap ke tidak? Heheh. 



Tauhu Bergedil Homemade

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Weekend baru ni rajin sikit nak buat tauhu bergedil sendiri. First time try buat sendiri hasil belajar dengan encik Google. Hahah! Bila pertama kali buat ni, memang sepenuhnya lah bergantung dengan resepi dekat Google. Bukan apa, takut tak menjadi aje. Hahah! Sebelum ni Nani pernah jugak dah makan tauhu bergedil, beli dengan Tauhu Bergedil BAMBAM. Kalau korang malas malas sikit nak buat, boleh lah beli dengan dia orang. Penghantaran sampai depan pintu rumah okay! Heheh. Sekarang, dah ramai orang jual tauhu bergedil ni, cuma sedap dan tak aje kan. Dulu dulu Nani selalu buat bergedil biasa tu aje untuk makan dengan soto, sekarang dah 'upgrade' sikit jadi tauhu bergedil. Nani yang dulunya jenis tak makan tauhu ni, tapi bila dah dibuat tauhu bergedil ni sedap pulak bila makan. Mungkin sebab tak rasa sangat kot tauhu tu bila dah buat macam ni. Korang yang tak berapa nak suka makan tauhu tu, boleh lah rasa tauhu bergedil lepas ni. Confirm jatuh cinta terus! Hahah! 
Tauhu Bergedil
 Ini lah hasil tauhu bergedil yang Nani buat hari tu. Makan panas panas time minum petang tu memang layan sangat okay! Nani hari tu ingat nak makan dengan sos yang macam tauhu BAMBAM tu buat tapi tak tahu resepinya macam mana. Hahah! So, kita tukar lah, makan dengan sambal kicap berapi pun sedap jugak. Bila buat sendiri ni yang paling best sebab kau boleh letak macam macam isi dalam tu & tak ada lah isi kentang tu letak sikit sangat macam sesetengah orang jual. 
Tauhu Bergedil
Nampak nya menjadi lah tauhu bergedil yang Nani buat hari tu. Heheh. Nanti ada masa & rajin Nani share resepi tauhu bergedil ni dengan korang pulak. Kalau korang Google, memang banyak aje versi nak buat tauhu bergedil ni. Nani macam biasalah, pilih yang paling senang nak buat. Masak ni ikut suka sendiri aje nak letak apa dalam tu. Hahah! Sebab tu lah kot, tak berapa pandai sangat nak explain dekat orang bila dia orang tanya garam nak letak banyak mana, air nak letak banyak mana, sebab Nani sejenis yang 'agak agak' sendiri aje. Hiks. Korang pulak dah pernah try ke buat tauhu bergedil sendiri? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page