Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends
klik SINI untuk join. 

Santai di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat berhujung minggu semua. Weekend Nani means hari nak mendobi, melipat kain dan segala macam benda yang tak sempat buat time weekdays hari tu. Hahah! Macam mana nak sempat kalau keluar pagi, malam baru dapat jejak bilik. Hari ni pun tak ada plan nak pergi mana mana pun sebab ada bertimbun kerja nak kena siapkan. Selalunya kalau penat sangat, memang time weekend tu lah baru rasa boleh berehat sikit. Weekend ni pun busy jugak sikit sebab ada kerja yang nak kena submit next week. Tak sabar nak balik Pahang next weekend, so boleh lah rehatkan diri sekejap. Hari hari banyak aje kerja, macam dah tak ada hari esok gayanya. Hahah! Nak pergi tengok movie pun tak sempat, tahu tahu dah habis tayangan dekat cinema. Ini pun ada jugak kawan ajak pergi tengok KL Special Force, nanti lah bila bila free kita terjah cinema. Baca review dekat Twitter ramai jugak yang cakap best. Actually Nani ni kureng sikit kalau movie genre aksi macam tu, tapi boleh lah jugak layan kadang kadang tu macam Polis Evo dulu. Hiks. 
Korang dah breakfast ke belum tu? Heheh. Breakfast simple simple macam ni pun sedap dah. Lempeng biasa biasa aje cicah dengan sambal ikan bilis, jadi lah buat alas perut sebelum lunch nanti kan. Kalau dekat rumah bila makan macam ni, mesti abah cakap dulu dulu tak ada nya nak cicah sambal ikan bilis ke apa, makan kosong aje. Kalau mewah sikit pun makan cicah dengan gula. Zaman dedulu kan, bukan macam zaman kita sekarang ni. 
Ini bukan makan time breakfast tadi eh, ni dinner hari tu. Kemain sangat pagi pagi hari nak makan kuey teow bandung dah. Amboi amboi amboi! Hahahah! Kuey teow bandung ni memang Nani fav lah lagi lagi kalau jenis kuah banyak tu. Hiks. By the way, mana yang singgah drop komen sini, malam nanti Nani terjah blog korang semula okay! Nak settle kan kerja kerja lain dulu baru boleh blogwalking dengan tenang. Eheh. Korang pulak apa plan nak buat hujung minggu ni? 

Hokkaido Baked Cheese Tart di KLCC

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni adik Nani kirim belikan Hokkaido Baked Cheese Tart. Kemain tau dia orang ni kirim semua yang mahal mahal. Hahah! Nani pernah makan sekali aje Hokkaido Cheese Tart ni, itu pun kawan yang bagi. Pada Nani okay lah rasa dia, cuma saiz cheese tart tu aje yang agak besar sikit. Bila makan tu cepat rasa muak lagi lagi kalau flavour yang coklat tu. Nani lagi suka kalau cheese tart ni jenis yang kecil & comel tu. Nani hari tu beli yang tiga biji terus so dapat dalam RM 14.90 kalau tak silap. Harga dia pun tak sama tau setiap flavour ni, ada yang mahal sikit. Hokkaido Cheese Tart ni selalu aje dia orang buat promo. Masa CNY baru ni ada promo buy 5 free 1. Kadang tu ada jugak buy 1 free 1, ikut luck masing masing lah kan. Hahah! Nani ingatkan dia orang just ada flavour original, coklat dengan matcha tu aje, rupanya ada jugak flavour durian dengan strawberry. Nani time tu dah siap bayar baru perasan yang flavour strawberry. Nampak sedap yang strawberry tu, lepas ni lah pulak baru kita try. Nak makan selalu koyak lah wak poket kita. Hahaha! Mahal ni walaupun sedap rasa cheese tart tu kan. 
Hokkaido Baked Cheese Tart di KLCCKalau tanya pendapat Nani mana yang lagi sedap, haruslah yang original. Heheh. Rasa dia tu nice aje, tak manis sangat. Sedang eloklah. Tapi kalau yang coklat tu, struggle jugaklah nak habiskan sebab besar dan manis. Cepat muak bila kita makan tu. Nani tak beli flavour yang matcha sebab dia orang tak suka sangat makanan berasakan green tea semua ni. Eheh. Nani pun kureng jugaklah kecuali kalau air green tea susu tu, yang itu aje daku boleh telan. Lain lain tu memang kirim salam lah cerita. Hahah! Air green tea yang dekat Sushi King tu pun Nani tak mampu nak minum even dia orang cakap tak rasa apa apa pun. Hahah!

Hokkaido Baked Cheese Tart di KLCC
Crust cheese tart tu even nampak macam tebal sikit daripada yang lain, tapi still sedap. Lembut gila crust dia tu. Nani hari tu simpan dalam peti ais dulu, baru sedap sikit makan bila dah sejuk. Setakat ni, dua flavour ni aje yang Nani pernah rasa. Durian, Matcha dengan Strawberry tu next time lah kot, tapi rasanya nak try yang strawberry aje. Durian dengan Matcha tu macam tak berminat sangat nak try. Heheh. Durian tu kuat jugak okay bau dia, dia orang pun letak asing cheese tart durian dengan cheese tart yang flavour lain. Hokkaido Cheese Tart ni, ada banyak aje cawangan dia orang, nak nak kalau dalam mall tu. Heheh. Korang pulak dah pernah try ke Hokkaido Cheese Tart ni? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page