Boat Noodle di Avenue K

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni jalan jalan Kinokuniya sebab nak cari buku sikit. Alang alang dah sampai KLCC, kita orang pun makanlah dekat Boat Noodle, Avenue K ni hah. Dah lama jugak rasanya kita orang tak lepak dekat Boat Noodle ni. Hari tu pergi tengok dah ada macam macam menu baru. Tapi sebab dalam kepala dah set nak makan kerabu maggi, so kita hold dulu nak order menu yang baru tu. Hahah! Next time lah datang lagi. Cawangan Boat Noodle dekat Avenue K ni tak besar sangat. Nani pulak pergi hari Jumaat time lunch hour, lama jugaklah nak kena beratur tunggu ada meja kosong.  Dah dapat duduk, lama jugak nak tunggu makanan sampai. Time tu dah rasa menyesal sikit sebab datang time peak hour. Hahah! Mungkin lepas ni Boat Noodle boleh besarkan lagi cawangan dia orang dekat situ. Iye lah situ tempat tumpuan orang kan, memang setiap masa full house aje. Korang boleh lah refer menu dekat bawah ni, memang dah ada banyak yang baru baru. Hari tu lagi dah ada nampak blogger buat review menu baru dekar Boat Noodle ni, ingatkan sikit aje. Banyak rupanyaa! Semua nampak sedap sedap pulak tu. Hiks. 
Boat Noodle di Avenue K
kredit : Boat Noodle 
Antara menu baru yang ada dekat Boat Noodle, Prosperity Yum, Dry Noodle lepas tu topping untuk noodle dengan air dia orang pun dah ada macam macam jenis. Korang boleh refer dekat website Boat Boodle okay kalau nak tengok dengan lebih jelas. Heheh. 
Boat Noodle di Avenue K
Kawan Nani cakap yang Prosperity Yum tu lagi sedap daripada yang biasa ni hah. Gambar Prosperity Yum tak ada sebab lambat sikit sampai lepas tu kita orang berdua dah lapar sangat, memang tak boleh tunggu lagi dah. Hahah! Dari pagi okay tak makan, hah memang lagi lah perut dah menyanyi macam macam lagu. Nak tunggu meja & makanan sampai pun dah sekian lama. Lepas ni tak nak dah pergi time peak hour, nak nak kalau time tu tengah lapar teruk. Hahah!
Boat Noodle di Avenue K
Sekarang ni dekat Boat Noodle dah ada tiga jenis topping tau yang kita boleh pilih. Macam yang dekat atas ni, fried chicken skin. Sedap sebab rangup lepas tu rempah dia tu pun not bad jugak. Heheh. Selain daripada fried chicken skin ni, ada jugak fired wanton skin dengan fried chicken meatballs. Boleh lah pilih mana yang korang suka, harga RM 1.99 semangkuk kecuali meatballs tu lah (RM 2.99). Itu pulak Mango Smoothies, baru lagi ada dekat Boat Noodle. Pada Nani macam tak sedap sangat, biasa biasa aje rasa dia. Macam dia orang guna kordial aje. Heheh. 
Boat Noodle di Avenue K
Yum Mama (RM 9.50)
Yum Mama atau nama lainnya kerabu maggi. Hahah! Sedap lah kerabu maggi yang dekat sini. Lepas dah makan sekali hari tu, selalu pulak order kerabu maggi Boat Noodle. Nani suka tambah cili flakes sebab nak bagi lagi pedas. Hari tu pernah jugak try buat sendiri, tapi tak jadi sangat. Mungkin kena menuntut lagi ilmu dengan orang yang lebih pro. Gittew! Ingat nanti nak pergi lagi sini, nak try menu menu baru dia orang pulak. Tunggu lah bila bila ada rezeki lebih sikit kan. Hiks. Korang pulak dah pernah try ke menu baru yang dekat Boat Noodle ni? Sedap ke tidak? Heheh. 


Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

Assalamualaikum & Hello.
Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi
klik SINI untuk join! 

Hidangan Ikan Patin Tempoyak di Restoran Temerloh Catering

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Jumaat baru ni sekali lagi lunch dekat Restoran Temerloh Catering. Ingatkan tutup hari Jumaat sebab pernah baca yang dia orang tak buka hari Jumaat, sekali beroperasi aje macam biasa. Heheh. Gigih okay pagi pagi tu lagi kawan Nani call tanya dia orang buka ke tidak. Iya lah, nanti kang kalau pergi tiba tiba tutup, sia sia pulak kan. Bila rasa rindu nak makan masakan yang macam ibu selalu masak, memang sini lah tempatnya. Nani pergi lunch awal jugak hari tu sebab takut kalau time peak hour, ramai pulak orang dekat situ kan. Serius lauk pauk dekat sini semua selera kampung. Macam macam lah ada, sampai rambang mata nak pilih yang mana satu. Hahah! Mula hari tu ingat nak makan gulai lemak siput sedut tapi tengok portion macam kecik aje, so tak jadi lah. Eheh. Sudahnya makan gulai tempoyak ikan patin jugak, Kebetulan hari tu pergi, ada gulai lemak rebung jugak, itu yang daku ambil dulu. Dah lama kot tak makan gulai lemak rebung macam ni. Harga makanan dekat sini agak mahal sikit tapi kalau dah terliur tu, pejam mata aje lah. Hahah. Nak tunggu balik Pahang lambat lagi. Lagipun ada kawan yang teringin sama nak makan, boleh lah kongsi kereta pergi sekali. Heheh. 
Hidangan Ikan Patin Tempoyak di Restoran Temerloh Catering
Gulai lemak rebung plus ikan patin masak tempoyak, memang ngam! Selain daripada masak lemak rebung ni, ada jugak masak tempoyak pucuk ubi, kerabu tauge, masak lemak putih petola & macam macam lagi lah. Rasanya memang menu dia orang sama aje hari hari. Heheh. Sebab time yang Nani pergi dulu pun macam ni jugak lauk yang dia orang masak. Mostly orang datang sini memang nak cari gulai tempoyak ikan patin lah, dah itu menu yang paling orang cari kan. Gulai lemak siput sedut tu pun famous jugak dekat kedai sini, tapi Nani tak berapa sure semangkuk kecil tu berapa harganya.
Hidangan Ikan Patin Tempoyak di Restoran Temerloh Catering
Fuhh terubat dah sikit nak makan masakan yang macam ibu selalu buat. Hahah! Duduk jauh ni, memang selalu lah homesick lepas tu selalu rindu nak makan masakan ibu. Nak balik rumah setiap minggu pun tak jadi kerja lah. Total Nani makan ni hari tu RM 19.80, yang mahalnya masak tempoyak ikan patin tu lah. Semangkuk dalam RM 12 ke RM 14 ringgit kalau tak silap Nani. Kedai ni ada charge GST jugak okay. Tiap kali makan sini mesti kawan akan cakap 'habiskan semua, jangan tinggal sikit pun sebab mahal. Kuah pun kira harga.' Hahah! Memang lah perangai masing - masing. Dekat sini ada jugak puding raja Pahang tapi Nani tak beli pun sebab macam mahal sikit harga dia. Heheh. Untuk yang nak ke Restoran Temerloh Catering ni, boleh lah waze Wangsa Walk. Restoran ni betul betul balakang Wangsa Walk & hujung sekali. Tak susah sangat pun nak cari, kedai dia orang ni pulak warna merah, dari jauh dah boleh nampak okay. Hahah! Korang pulak suka tak makan lauk lauk kampung macam ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page