Pizza Kayu Api di Jerantut

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Haritu balik Pahang time Chineese New Year, dapat jugaklah merasa Pizza Kayu Api yang tengah famous sekarang ni. Sejak dah masuk Majalah 3, makin famous dan makin panjang queue nak membeli nampaknya. Heheh. Masa mula mula tahu kewujudan pizza ni dulu, tak ada pun rasa nak beli sebab ingatkan biasa biasa aje pizza tu. Lepas tu bila dah masuk tv, hah sibuk jugak nak rasa sampai hari hari berzikir nak makan pizza kayu api. Hahaha! Hari tu adik Nani yang pergi pizza ni, dekat dua jam okay tunggu. Fuhh! Boleh tahan gigih jugak lah kan nak tunggu sampai dua jam dekat situ. Kalau Nani, rasanya memang tak lah kot. Sekarang pulak cuaca kemain panas membahang, memang lagi lah berganda ganda malas dia tu. Tapi jangan lah risau sangat. Even kena tunggu sampai dua jam, dia orang ada aje provide kerusi untuk duduk, bukannya kena berdiri tengah panas tu. Heheh. So, apa istimewa sangat pizza ni? Istimewanya sebab dia tak dibakar dalam oven, tapi dia orang bakar guna kayu api. Kira power jugaklah idea dia orang nak buat Pizza Kayu Api ni, lain daripada yang lain. Nani tak sure sangat berapa banyak jenis pizza yang ada dekat sini, tapi semua lah nampak sedap dan menyelerakan. Eheh! 
Pizza Kayu Api di Jerantut
Sejujurnya Nani dah lupa pizza apa yang sebelah kiri tu. Iye lah, balik Pahang CNY hari tu tapi baru hari ni nak update dalam blog. Hahhaha! Busy kemain, sampai dah lupa nak update pasal Pizza Kayu Api ni hah. Yang sebelah kanan tu, Pizza Sambal Hitam. Harga pizza (ikut saiz) ni pun berpatutan sangat, tak ada lah mahal sangat pun. 
Pizza Kayu Api di Jerantut
Pizza Sambal Hitam
Pizza Sambal Hitam ni antara yang paling istimewa dan laris dekat sini. Harga pun mahal sikit daripada yang biasa tu. Macam yang korang tahu lah, Pahang ni memang sinonim sangat dengan sambal hitam. Heheh. Sedap jugaklah bagi Nani sebab lain daripada yang lain. Macam combination tradisional dengan western. Gittew! Selalunya sambal hitam makan dengan nasi aje tapi kali ni jadi topping pizza, rasa woww okay!
Pizza Kayu Api di Jerantut
Pizza yang ni pun sedap jugak, tapi Nani tak ingat apa nama dia. Hahah! Bestnya pizza ni sebab makan time dah sejuk pun sedap lagi. Tak kerasa langsung okay, lembut macam baru lepas beli. Tak macam yang kita selalu beli dekat fast food tu. Yang ni lagi berganda sedap, topping pun mewah kemain. Okay lah, memang recommended pizza dekat sini. Tapi tu lah, kena gigih sikit nak beratur dan tunggu tu. Hahah! Dua jam okay, tambah pulak kalau sorang tu beli lebih daripada satu. Kedai Pizza Kayu Api ni dia orang start ambil order dari pukul dua petang tau. Next time boleh lah beli lagi nampaknya. Eh? 

Garret Popcorn di KLCC

Assalamualaikum & Hello.
Hi korang! Memang selalunya setiap kali balik Pahang mesti Nani akan beli something untuk family. Kadang kadang belikan Texas Chicken lah, Big Apple lah, memang makanan aje lah semuanya. Hahah! Seronok bila tengok orang yang kita sayang happy bila kita ada bawak balik apa apa. Nani pegang satu ayat ni, "kalau dengan family jangan pernah nak berkira, makin banyak kita bagi inshaAllah makin banyak yang Allah akan bagi." Memang betul sangat ni tau korang, rezeki tu alhamdulillah sentiasa ada, walaupun tak banyak mana. So baru ni beli kan Garret Popcorn yang dekat KLCC tu untuk dia orang. Nani memang dah tahu lama kewujudan Garret Popcorn ni tapi tak pernah pun rasa nak beli. Heheh. Bila nak pergi surau dekat KLCC tu, mesti terbau popcorn yang sedap ni. Tapi sebab harga dia pun boleh tahan, so tak ada lah nak beli selalu pun. Popcorn ni bukan biasa biasa okay, harga ada yang cecah sampai ratus ringgit. Fuhhh! Baru ni beli sebab nak bagi family sekali rasa Garret Popcorn ni. Nani tak sure ada dekat mana lagi cawangan dia orang, pernah nampak dan tahu yang dekat KLCC ni aje. Senang aje nak cari, dia bertentangan dengan Maybank. 
Garret Popcorn di KLCC
Dekat Garret Popcorn ni ada macam macam flavour & setiap flavour tu harga berbeza ikut saiz. Kalau flavour biasa macam Chicago Mix, Caramel Crisp, Cheese Corn paling murah RM 14. Tapi kalau macam yang flavour Butter & Plain, paling murah RM 19. Ada jugak flavour yang special, Almond Caramel Crisp dengan Macadamia Caramel Crisp. Harga pun sedap jugak lah korang, paling kecik dalam RM 24. Hahaha! Boleh lah korang survey siap siap sebelum beli.

Garret Popcorn di KLCC
Ini lah size dari small sampai jumbo. Nak beli yang dalam tin tu pun boleh, tapi harga nya cecah jugaklah dalam seratus lebih. Kalau nak buat event boleh lah nak beli yang besar besar terus. Setakat nak rasa aje, yang kecil pun dah okay. Dia orang ada jugak jual popcorn yang saiz kon aiskrim tu tapi Nani tak sure berapa harga dia. 
Garret Popcorn di KLCC
Nani beli flavour yang biasa aje, Caramel Crisp saiz besar. Yang ni RM 24 satu, kalau yang medium pulak RM 19. Serius banyak okay satu paket ni walaupun sekali tengok macam alah sikitnya, keciknya bekas dia. Hahah! Tapi dia orang memang letak penuh bekas ni. Kiranya berbaloi lah kalau kita beli. Kalau tak tahu nak pilih flavour apa, boleh lah mintak dengan dia orang nak rasa. Memang ada tester, boleh lah pilih mana yang tekak korang suka. Gituu!

Garret Popcorn di KLCC
Pada Nani sedap lah yang flavour Caramel Crisp ni, memang setiap bahagian popcorn tu bersalut. caramel. Tak ada lah ada part yang rasa tawar ke apa macam popcorn yang kita beli dekat pasar malam tu. Heheh. Plus, makanan yang mahal ni memang selalunya sedap. Overall Nani suka lah, crunchy, banyak cumanya agak manis sikit. Lain lain memang sedap. Patutlah selalu bau wangi aje bila lalu dekat area kedai dia orang ni. Even harga dia agak mahal, ramai aje yang membeli popcorn ni hah. Hari tu customer yang depan Nani sampai beratus dia beli okay. Fuhh! Sekali sekala nak makan boleh lah, selalu sangat pun tak elok jugak sebab manis. Next time nak try flavour dia orang yang lain pulak. Yang cheese corn tu nampak sedap tapi Nani baca ada yang cakap dia tak crunchy. So awal awal dah tolak. Korang pernah ke beli Garret Popcorn ni? 
p/s : Hari ni dah hari terakhir bulan February, cepatya masa berlalu! 

Watsons Sale

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Minggu lepas memang paling busy dengan macam macam kerja. Keluar pagi, balik malam lepas tu terus tidur sampai ke pagi. Ulang buat benda yang sama sampai Sabtu baru ni sebab tu lah blog sangat terabai minggu lepas. Tak sempat langsung nak update. Semalam pun kerja nya tidur aje, rasa penat sungguh bila badan tak cukup rehat ni. Sebelum daku melalut entah ke mana mana, jom lah kembali ke pangkal jalan. Hahah! Hari tu bukan main lagi Watsons & Guardian bergilir gilir buat sale. Nani mula mulanya tak terjebak pun nak pergi beli sebab barang semua banyak lagi. Hahah! Lagi pun bukan pakai make up selalu, kadang kadang aje itu pun kalau rajin. Tapi hari tu singgah lah Watsons sebab nak topup touch n go, sekali lama pulak duduk dekat dalam tu. Daripada niat nak singgah sebab nak tambah topup touch n go, sekali jadi lain. Sempatlah rembat dua barang dalam Watsons tu hah. Eheh. Time tu tak ramai sangat orang, boleh lah nak tengok and pilih barang apa nak beli. Kalau time ramai, memang tak kuasa den nak duduk lama lama dalam tu. Sesak hoi! Heheh. So apa yang sempat Nani ambil time sale hari tu? 
 Nani beli barang barang Nivea tu aje, yang nose pore strips tu adik Nani punya. Beli dua terus sebab jimat gila gila. Iye lah tengah sale kan, semua murah murah. Heheh. Lepas tu bila pakai, masing masing menjerit bila nak cabut strips tu. Tahu pun sakit tapi menggedik nak beli. Nani pulak memang paling tak suka guna benda alah tu sebab sakit kot time nak cabut tu. Tak pernah laha rasa teringin nak beli sebab memang tahu tak akan pakai.
Paaaling suka losyen Nivea ni sebab wangi weh bau dia. Lepas tu murah aje, kalau time tak ada sale dalam tujuh ringgit lebih macam tu. Nivea watering tu pulak beli sebab bibir teruk gila kering sampai rasa pedih. Mungkin faktor cuaca yang panas membahang sekarang ni, lepas tu kurang minum air masak, sebab tu lah kot bibir jadi kering sangat. Lepas guna pelembap yang ni, tahan sikit dah. Berkesan jugaklah dengan Nani. Tak ada pewarna pun dan memang okay sangat lah. Harga dalam RM 13++ macam tu. Oh ye, sekarang Guardian ada buat sale lagi tau korang! Hahah! Pergi lah terjah cecepat! Nani hari tu pergi yang dekat Avenue K, terbeli lah compact powder Maybelline, dapat RM 11 je hoi. Murah sangat dah tu, takkan nak tengok aje. Heheh. Korang pulak ada beli apa apa ke time Watsons & Guardian buat sale hari tu? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page