Tersilap Pilih GrabCar

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sebenarnya kisah ni terjadi beberapa bulan yang lepas tapi tetap jugak nak kongsi dengan korang. Alah, saja nak sembang santai gitu 😝 Nani ni memang sejenis pengguna tegar grabcar lah, sebab senang nak bergerak ke mana mana. Plus, Nani suka kumpul point grabcar ni so nanti boleh lah redeem juiceworks ke, domino's ke. Hahaha! So hari tu ada lah sekali Nani baru sampai dari Pahang. Bila baru balik dari Pahang tu, faham faham aje lah barang tu macam mana kan dengan luggage lagi, beg laptop nya. Fuhh! Tambah pulak time tu hujan renyai renyai. So, Nani ni pun malas nak naik lrt terus aje booking grab. Lepas tu entah macam mana boleh tak perasan yang Nani book GrabCar Premium. Punya lah nak cepat time tu boleh pulak tak perasan tertekan GrabCar yang premium. Masa tu nak cancel pun tak sampai hati sebab driver tu dah dekat sangat nak sampai. Serba salah lah aku ni pun hah, dah lah dengan hujannya lagi. Dalam kepala, fikir nak cepat aje sampai. Hahah! 
Bila premium ni haruslah harga dia tu berganda ganda sikit mahalnya. Heheh. First time okay daku naik grab car kena bayar sampai RM 29 hengget one way termasuk tol. Nasib baik tol tu dua ringgit aje, kalau lima ringgit fuhh. Itu pun abang tu bagi diskaun 50 sen dekat Nani. Hahah! Pun boleeh bang. Mula mula Nani macam menyesal jugaklah sikit sebab tertekan grab car yang premium. Tapi tak apa lah, mungkin tu rezeki abang tu kan. Heheh. Tapi serius lepas daripada kejadian terbook grab car premium ni, Nani memang tengok betul betul bila nak booking. Hahah! Grab car biasa pun dah selesa, tak payah nak yang premium dah. 
Image result for grabcar
kredit : Google
Cuma yang bestnya bila naik grabcar premium ni, boleh lah fefeeling macam ada driver sendiri.  Kereta pun kemain lagi mewah yang datang pick up. Hahaha! Terkejut okay hari tu sebab dia yang angkat semua barang Nani masuk dalam kereta siap dengan pakej buka kan pintu kereta lagi. Tak pernah lagi seumur hidup dilayan sebegini rupa. Hahah. Iye lah, dah bayar mahal, servis dan layanan pun haruslah tip top. Nanti kalau orang complain macam macam, rating dia orang jadi rendah pulak. Tapi cukup lah sekali tu, tak nak dah lepas ni. Walaupun dilayan bagus, tapi rasa melayang layang duit. Dekat RM 30 kauuu, mana mampu Nani. Hahah! Orang 'ada ada' boleh lah naik grab car premium ni selalu. Heheh. Korang pulak pernah tak jadi macam ni? 

Lanafira | Butik Muslimah Pilihan Wanita

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada yang suka membeli belah secara atas talian atau online tak dekat sini? Macam tak percaya aje kalau tak ada yang suka kan. Nani ni tergolong antara manusia yang suka membeli belah secara online lah. Daripada makanan sampai lah ke pakaian, semua nak beli online kalau boleh. Hahah! Mudah kan kalau beli online ni, jimat masa pun iye jugak. Selalunya kalau shopping online ni, Nani paaaling suka beli kasut dengan jubah. Siapa cakap tak banyak pilihan tu memang lah tipu sangat tau. Banyaak okay pilihan yang ada sekarang lagi lagi di butik Lanafira. Korang pernah dengar tak tentang Lanafira? Untuk pengetahuan semua, Lanafira merupakan butik online yang menjual pelbagai koleksi pakaian wanita yang mengikut  trend terkini dan jugak menepati syariah. So, korang yang tak pernah terjah website Lanafira tu lepas ni boleh lah pergi cuci cuci mata sikit. Gaji pun dah nak masuk kan tak lama lagi mana yang kerja kerajaan tu. Heheh. Boleh lah nak shopping sikit kan. 
Serius memang banyak sangat pilihan yang ada dekat Lanafira ni sampai rambang mata, tak tahu nak pilih mana satu. Semua cantik cantik pulak tu. Nani ni pun masa mula mula terjah website dia orang, dah nampak dua tiga helai dress dan jugak long skirt yang cantik. Berkenan tengok. Harga pun berpatutan sangat bila korang membeli di butik muslimah, Lanafira. Senang cakap, harga memang mampu milik lah. Jom kita tengok koleksi pakaian muslimah yang ada di Lanafira. 
Sekarang kan memang famous kebaya moden ni, rasa macam zaman dulu dulu balik. Heheh. Tapi lagi cantik dan mengikut trend terkini. Ada banyak lagi tau warna untuk kebaya moden ni. Mana yang suka kebaya tu boleh lah laju laju klik website Lanafira. Mana tahu ada yang berkenan di hati. Harga pun Nani tengok lebih murah daripada butik dekat luar sana tu. Boleh jimat bila membeli di Lanafira. 
Warna kebaya ni pun semuanya yang jenis soft. Berkenan jugak lah tengok tapi Nani ni sejenis manusia yang sangat jarang pakai kebaya. Hahah! Rasa pelik bila pakai kebaya. 
Dress ni lah yang buat Nani jatuh cintaa tu. Rasa nak beli jugak dress ni sebab tak ada lagi koleksi dress yang flowy macam ni. Warna mint tu paling berkenan. Haih, tak sabar nak tunggu duit masuk, boleh lah kita shopping dua tiga helai dress dekat Lanafira. 
Cantik kan korang? Warna pulak jenis pastel macam ni, lagi lah Nani suka. Kalau yang terang sangat tu, Nani tak berapa berkenan jugak. Tapi yang dekat Lanafira ni, serius lawaa. 
Peplum pun ada jugak okay dekat Lanafira ni. Selain daripada kebaya moden, long dress, peplum, terdapat jugak top & blouse dan jugak skirt labuh tau. Senang cerita, semua lah ada dekat Lanafira ni, cantik dan berkualiti okay koleksi pakaian dia orang. Tinggal pilih aje mana satu yang korang berkenan. Heheh. Korang yang suka membeli secara online tu, boleh lah ke website Lanafira lepas ni. Ini Nani baru share sikit aje tau koleksi pakaian dia orang, sebenarnya ada banyak lagi dekat laman web Lanafira. Rugi lah kalau korang tak klik website Lanafira ni sebab semua koleksi dia orang berkualiti dan harga pun berpatutan. Nak lagi senang, korang follow aje media sosial dia orang. Hari hari boleh cuci mata. Hahah! Jangan lupa tau terjah website Lanafira lepas ni. Ok lah, Nani nak sambung shopping sekejap. Eh? 
Facebook : LANAFIRA 
Instagram : lanafiraofficial 




Restoran Temerloh Catering di Wangsa Maju

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya hari tu Nani pergi Wangsa Walk sebab nak baiki phone. Sementara nak tunggu dia orang baiki, Nani pun menapak lah ke Restoran Temerloh Catering ni hah. Alang alang dah ada dekat area situ, jom lah kita lunch ikan patin tempoyak. Lagi pun dah lama kan tak balik rumah, boleh lah pergi cari makanan Pahang sikit buat lepas rindu. Eh? Hahah! First time Nani makan dekat sini, sebelum ni dengar nama aje dan pernah jugak lah baca review blogger lain. Masa Nani pergi tu baru pukul 11 pagi so tak ramai sangat orang. Tapi restoran ni tersangatlah besar, so jangan risau sangat bab meja.  Dekat restoran ni ada jugak pisang cheese yang sedap tu tau. Ingat nak order pisang cheese sekali tapi masa Nani pergi tu dia orang tak bukak lagi. Sobs. Next time lah kita pergi lepak makan pisang cheese pulak. Ada niat tu nak repeat lagi makan dekat sini. Sekali sekala time ada duit tu boleh lah, kalau selalu mahunya menipis purse tu. Makanan dekat sini agak pricey tapi berbaloi lah jugak. 
Pilihan lauk pauk pun ada banyaak sangat sampai tak tahu nak ambil yang mana. Nani memang dah aim nak makan patin tempoyak so lauk lain tak pandang sangat. Heheh. Gulai lemak rebung pun nampak menarik dekat sini. Alah, semua nampak sedap. Serius tau korang. Nani suka jugaklah makan dekat restoran yang macam ni (banyak lauk kampung). Asyik fast food tak pun western jemu jugak tekak ni hah. Korang kalau rindu air tangan emak dekat rumah tu boleh lah bawak diri ke Restoran Temerloh Catering ni hah. 
Restoran Temerloh Catering di Wangsa Maju
Lunch date berdua. Hiks. Nani hari tu ambil nasi putih dengan pucuk ubi masak tempoyak. Kenapa entah hari tu boleh ambil lauk semua yang berasaskan tempoyak. Dah nak makan baru aku perasan okay lepas tu menyesal sensorang diri. Hahah! Patutnya ambil lauk lain baru ngam. Tapi sedap jugak tau pucuk ubi tempoyak tu sebab pedas. Berpeluh peluh makan. Fuhh!
Restoran Temerloh Catering di Wangsa Maju
Ikan Patin Tempoyak (RM13)
Pada tekak Nani ni, okay lah gulai tempoyak dekat sini cuma tak berapa nak pedas sangat. Kalau lagi pedas, lagi sedap. Heheh. Nani sejenis yang tak boleh betul makan kalau tak berapa nak pedas sangat ni. Hahah! So korang kalau teringin sangat tu nak makan patin masak tempoyak, boleh lah datang sini. Nak kuah gulai tu aje pun boleh, semangkuk RM 2 kalau tak silap Nani. Tak nak makan gulai tempoyak, gulai lain pun ada banyak lagi. Overall, Nani puas hati lah makan dekat sini. Total haritu dalam RM 17.90 seorang. Puding diraja pun ada jual tapi RM 8 lah sebekas so tak jadi nak ambil. Heheh. Nak cari restoran ni pun senang sangat okay, belakang Wangsa Walk tu aje (hujung). Korang Waze aje confirm jumpa. Heheh. Selamat mencubaa! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page