Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru baru ni Nani berpeluang mengahadiri Ayamas Kitchen Ready To Eat Bloggers' Party di Glenmarie. Teruja okay nak attend event ni sebab tak sabar nak tahu produk terbaru keluaran Ayamas yang kini semakin mendapat tempat di pasaran. Nani ni pulak memang sejenis yang menggunakan produk Ayamas. Selalunya produk Ayamas yang Nani beli kebanyakkannya makanan frozen lah seperti nugget, sosej, bebola dan macam macam lagi lah. Kalau nak list semua sekali memang banyak. Baru - baru ni Nani diperkenalkan dengan satu lagi produk iaitu, produk Ready To Eat yang sememangnya akan memudahkan kita semua lagi lagi yang bujang tu. Sejujurnya macam Nani sendiri, bila dah penat sangat memang tak sempat dah nak masak. Confirm tapau aje dekat kafe. Tapi lepas ni dah tak payah risau nampaknya, sebab boleh beli produk terbaru keluaran Ayamas ni. Nak tahu apa produk tu? Jom baca dekat bawah ni.
Produk Ready To Eat.
Terdapat tiga jenis produk Ready To Eat yang telah dikeluarkan oleh Ayamas Kitchen. Serius memang senang sangat bila ada produk macam ni. Jimat masa kita nak memasak dekat dapur dan cara penyediaannya pun tersangat lah mudah. Dalam masa lima minit kita dah boleh makan. Untuk wanita berkerja pun memang sesuai sangat kalau nak beli produk keluaran Ayamas ni. Agak agak balik kerja dah lewat sampai rumah, boleh lah panaskan aje nasi ni.
Ini lah antara produk Ready To Eat keluaran Ayamas. Terdapat tiga jenis pilihan dan korang boleh dapatkan di mana mana kedai Ayamas seluruh Malaysia. Harga pun sangat berbaloi dan paaling penting sedap. Memang sama macam yang kita masak sendiri.
1) Briyani Bukhara Ayam (RM 8.50)
2) Nasi Pilaf Ayam Mentega (RM 8.50)
3) Nasi Kandar Ayam Masala (RM 7.90)
Nasi Pilaf tu macam nasi hujan panas sikit rasa dia. Sedap tau, tapi kalau korang tanya Nani yang mana paling sedap, Nani pilih nasi kandar. Memang sebijik macam makan dekat mamak. Hahah! Lepas ni senang lah kalau tiba tiba lapar tengah malam, boleh panaskan aje mana mana produk Ayamas ni. Mudah kerja Nani. Satu bekas ni memang boleh kenyang tau makan sorang. Nani hari tu siap share lagi dengan kawan. Kenyang jugak okay! Memang banyak sangat. Berbaloi kalau korang beli dan jadikan stok makanan dekat rumah.
Nasi Briyani Bukhara Ayam tu pun sedap. Acar buah Nasi Bukhara ni paling Nani suka. Rasa macam makan acar buah dekat kenduri tu hah. Senang cerita, ketiga tiga produk ni menepati citarasa Nani lah. Setiap produk ni didatangkan dengan nasi, lauk ayam dan jugak sayur. Memang lengkap lah satu hidangan untuk kita makan. Mudah kan? Tak payah lagi pening pening nak masak lauk apa, lepas tu sayur lagi. Semuanya lebih mudah dengan produk Ready To Eat Keluaran Ayamas ni.
Cara penyediaan nasi ni pulak tersangatlah mudah. Korang cuma perlu tebuk dalam tiga lubang di bahagian atas bekas kemudian masukkan dalam microwave selama lima minit. Lepas tu dah boleh menikmati hidangan lazat keluaran Ayamas ni hah. Tak ada microwave? Jangan risau, boleh jugak korang masukkan ke dalam air panas. Ini cara yang Nani buat hari tu. Hahah! Menjadi jugak okay! Tapi lama sikit lah dalam 10 minit macam tu. Maklumlah dapur bujang kan, mana nak ada microwave bagai. Tak jadi masalah pun, boleh guna air panas. Korang pun lepas ni boleh lah dapatkan produk Ready To Eat keluaran Ayamas. Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh layari Website, Instagram dan Facebook Ayamas di bawah.
Website : www.kedaiayamas.my
Facebook : Ayamas Roasters
Instagram : kedai_ayamas