Promosi Hebat Sempena 11.11 Singles' Day

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak kongsikan tentang salah satu website yang menjual barangan secara online atau atas talian. Siapa aje kan yang tak suka shopping online zaman sekarang ni. Mudah, cepat dan tak payah nak bersesak sesak dengan orang lain dekat luar sana. Korang pernah dengar tentang Shopback? Kalau pernah dengar, memang bagus. Untuk pengetahuan korang, dia orang akan mengadakan sales secara besar besaran tau pada 11.11 ni hah. Tak sabar sangat dah Nani ni nak shopping. Dalam kepala, memang dah ada dua tiga barang yang dah lama Nani aim sangat sangat nak beli. Seperti yang korang tahu, bila tiba aje 11.11 memang akan ada promosi dan diskaun yang jauh lebih murah daripada biasa. Time ni lah kita boleh shopping tapi still dapat jimat duit sebab harga barang jadi lebih murah. Rugi okay tak grab peluang yang ada ni. Hahah! Korang dah ready ke belum tu nak shopping 11.11 nanti?
Yang lagi best, Shopback bukan sahaja buat 1111 Promotions tau tapi Shopback jugak akan mengadakan Black Friday Deals Lagi lah bertambah seronok Nani ni hah bila tahu banyak sangat sales yang dia orang nak buat. Korang tahu tak Black Friday Deals tu apa dia? Actually Black Friday Deals sama jugak macam promosi yang lain cuma yang ni lagi besar sebab banyak negara akan buat promosi macam ni secara serentak. Tahun ni Black Friday Deals jatuh pada 24 November 2017. So untuk korang tahu lebih lanjut dan mendalam lagi tentang Black Friday Deals ni, korang boleh baca Black Friday Post Pada 24 November tu memang banyak jugak sales untuk setiap pembelian secara atas talian.
So korang mark dekat kalendar siap siap tarikh tarikh penting untuk kita shopping ni. Hahaha! Sementara nak tunggu 11.11 tu boleh lah pergi tengok dan survey dulu barang barang yang korang nak beli. Nanti senang boleh terus klik add to chart. Eh? Hahah! Nani memang awal awal lagi dah tengok website Zalora, ada satu bag tu dah lama okay Nani aim nak beli. Harap harap sempat lah nanti nak beli masa 11.11. Apa yang membuatkan Nani lagi teruja sebab dengan setiap pembelian di Shopback ni, kita akan dapat pulangan nya semula. Eh, macam mana tu?
Ha kalau korang nak tahu, kita akan dapat pulangan cashback setiap kali kita membuat pembelian. Eh biar betul dah beli tapi dapat balik duit? Ha, memang macam tu pun konsepnya. Kiranya tiap kali korang membuat pembelian, selepas itu akan ada pulangan yang akan dikreditkan ke dalam akaun. Nani ni memang jenis yang suka shopping online tau. Sejak dah tahu ada wesbite yang memberikan pulangan cashback macam ni memang Nani jarang membeli dekat website lain. Iye lah, buat apa nak beli barang yang sama dekat tempat lain sedangkan kita boleh dapatkan dengan harga yang agak murah. Kalau korang pun mesti nak beli barangan yang harga murah & berbaloi. Betul tak? Heheh. Memang boleh jimat berganda ganda lah macam ni. Tambah pulak di zaman serba serbi mahal. Na k shopping pun kena lah pandai berbelanja dengan bijak. Gitu.  
Serius tak sabar nak tunggu tarikh tarikh untuk shopping ni. Hahah! Dah lama okay Nani tak membeli belah secara online ni sebab tak ada sales. Ini dah ada promosi kaw kaw, memang banyak lah benda yang Nani dah plan nak beli. Bila ada promosi macam ni, korang jangan lepaskan peluang tau. Bukan senang nak dapat barangan dengan harga yang jauh lebih murah macam ni. Nani confirm mesti ramai yang dah tak sabar nak shopping macam Nani jugak kan. Hahaha! Kalau korang pernah baca Singles Day Article, mesti korang tahu betapa ramainya orang shopping bila ada sales selama 24 jam macam ni.  
Korang dah ada plan ke nak beli barang apa tu? Heheh. Ingat tau 11.11 nanti, make sure korang klik website ni untuk shopping. Kalau terlepas ni korang lah antara manusia yang paling rugi. Hahah! Ini antara website yang Nani selalu jugak terjah bila nak beli barang secara online. Kalau korang jenis kaki shopping online jugak, lepas ni boleh terus terjah website dia orang okay! Dan jangan lupa bagi tahu family, kawan kawan dan semua lah tentang sales 11.11 dan Black Friday Deals nanti. Ramai ramai kita shopping nanti okay! 

13 comments:

  1. Wow bestnye. Shopping dan dapat cashback. Menarik ni.

    ReplyDelete
  2. byk btol promosi 11.11 ni.. hihi

    ReplyDelete
  3. uaarrgghhh!!! banyaknya web yang buat sales! dahlah shopback suka bagi diskaun2. nampaknya melayang beberapa not kertas saya 💸💸💸

    ReplyDelete
  4. tak gajiiiii lagiiiii. argghhhhhhh

    ReplyDelete
  5. Kena bookmark tarikh cun tu. Dah boleh start survey apa nak beli dulu ni.

    ReplyDelete
  6. Wah, jem lah nanti 11.11 sebab semuanya tengah sibuk bershopping

    ReplyDelete
  7. Ya Allah mesti berasap la 11.11 nanti sbb banyak sale...hari sabtu ni pagi2 akak nak buka lappy hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Yg kaki shopping online sure xsbr tgu 11.11

    ReplyDelete
  9. Banyaknya sites buat sales untuk Single Day ni

    ReplyDelete
  10. Single day buat saya sedih kerana selalu keseorangan.. Nasib ada jualan sempena 11.11.

    Kini saya tak bersedih lagi !

    ReplyDelete
  11. bestnyaa. busyra tak boleh tngok sales2 ni. haha

    ReplyDelete
  12. Mmg meriah.. barangan banyak, diskaun pun banyak.. harga murah2..

    ReplyDelete
  13. Memang best bile boleh jimat. Satu lagi laman web yang best shopping ialah https://iprice.my/ Diorang boleh bandingkan harga antara banyak-banyak laman web dan banyak kupon lagi. Bolehlah jimat banyak lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page