Nasi Ayam Pulak Dah !

Assalamualaikum & Hello.
Sekejap lagi ada tetamu nak datang rumah siap minta nak makan nasi ayam. Kemain sangat kan, kalau ikutkan Nani nak masak nasi putih, ayam gulai lemak dengan sayur paprik. Tapi bila fikir fikir macam banyak pulak nak masak, sekali bila dia cakap nak makan nasi ayam setuju terus lah. Nani tak pernah masak nasi ayam ni, semalam gigih lah cari resepi dan hadam satu per satu cara nak masak nasi ayam. Haaa, nampak tak kesungguhan dekat situ? Nebes nak masak nasi ayam buat pertama kali ni, macam nak masak untuk bakal mak mentua. Kahkah ;p
Habis segala jenis resepi yang ada Nani baca tapi harus lah ambil yang paling senang dan mudah kan. Pertama kali ni kan nak buat mana boleh buat yang susah susah terus. Nanti kang kalau tak menjadi nak kena masak menu lain pulak untuk tetamu Nani ni. Mahu berpeluh dekat dapur tu nanti nak memasak macam macam. Korang doakan eh nasi ayam ni menjadi. Kalau nak kongsikan resepi pun boleh jugak sebab nak masak esok. Hiks :)

SOTO

Assalamualaikum & Hello.
Lepas balik daripada kampung kemain malas nak menghadap laptop. Dah petang baru mood nak menulis datang. Eheh ! Kisahnya dah lama teringin nak makan soto tapi ibu tak ada masa nak buatkan. Baru ini ibu cuti apa lagi ajaklah buat soto. Sebenarnya banyak lagi teringn nak makan, pengsan ibu kalau Nani buat list semuanya. Memang dasar kuat makan, ini duduk rumah jangan cakap lah. Pantang ada masa terluang, mulut nak mengunyah aje. Hahahaha !
SOTO
Puas hati dapat makan soto air tangan ibu. Sedap sangat haa. Air tangan ibu mana pernah tak sedap kan. Semua ibu buat kecuali bergedil, Nani buat sendiri. Ahaaa ! Bergedil senang aje nak buat berbanding dengan soto tu kan. 
SOTO
Fuhh ! Berpeluh peluh makan SOTO dengan samba kicap yang berapi tu hah. Lepas ni boleh lah request menu lain pulak. Eh :p Korang suka makan soto?


Rezeki dari Cameron Highlands

Assalamualaikum & Hello.
Dua tiga hari lepas kawan Nani hantar gambar tengah menikmati aiskrim dengan scones dekat Cameron Highlands. Kemain dia pergi tak bagi tahu pun tup tup dah sampai dekat 'atas' sana. Nani memang dah lama sangat tak jejak tanah tinggi Cameron Highlands, rasanya kali terakhir pergi tahun 2012 kalau tak silap. Malam tu tiba tiba dia datang rumah hantar buah tangan dari Cameron, dapat lah makan buah strawberry dengan buah apa entah satu lagi.
Terima kasih daun keladi, lain kali bagi lah lagi. Eh, hahaha! Rezeki yang tak disangka sangka. Dia tanya Nani nak pokok bunga ke tidak dari sana and I was like "eh eh banyak pulak kerja nak  jaga pokok segala bagai." Dah lah sekarang musim panas berbahang tak sesuai nak menjaga pokok bunga.
Merah menyala hah buah strawberry ni. Nani beli coklat cardburry cairkan lepas tu celup dengan buah ni. Peh memang fefeeling dah ada dekat Cameron Highlands lah cerita dia. Hahaha !
Nani tak pasti apa nama buah ni. Ada sesiapa yang tahu boleh tinggalkan komen dekat bawah. Rasa dia masam masam manis gitu dan ada biji dekat dalam. Sedap ! Nani pertama kali makan buah ni tapi tak tahu apa nama dia. Haih, kurang pengetahuan betul bab bab buah ni. Apa pun terima kasih bagi buah tangan ini. 
Rezeki dari Allah itu luas kan, datang dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya dalam bentuk duit kadang kadang Allah kurniakan kesihatan yang baik dan ahli keluarga yang sentiasa ada di sekeliling kita itu juga dikira rezeki. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu. Hiks :p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page