Assalamualaikum & Hello.
Sekejap lagi ada tetamu nak datang rumah siap minta nak makan nasi ayam. Kemain sangat kan, kalau ikutkan Nani nak masak nasi putih, ayam gulai lemak dengan sayur paprik. Tapi bila fikir fikir macam banyak pulak nak masak, sekali bila dia cakap nak makan nasi ayam setuju terus lah. Nani tak pernah masak nasi ayam ni, semalam gigih lah cari resepi dan hadam satu per satu cara nak masak nasi ayam. Haaa, nampak tak kesungguhan dekat situ? Nebes nak masak nasi ayam buat pertama kali ni, macam nak masak untuk bakal mak mentua. Kahkah ;p
Habis segala jenis resepi yang ada Nani baca tapi harus lah ambil yang paling senang dan mudah kan. Pertama kali ni kan nak buat mana boleh buat yang susah susah terus. Nanti kang kalau tak menjadi nak kena masak menu lain pulak untuk tetamu Nani ni. Mahu berpeluh dekat dapur tu nanti nak memasak macam macam. Korang doakan eh nasi ayam ni menjadi. Kalau nak kongsikan resepi pun boleh jugak sebab nak masak esok. Hiks :)