Yusmizee Naturopathic Centre

Assalamualaikum & Hello.
Yusmizee Naturopathic Centre merupakan salah satu pusat rawatan untuk mereka yang mempunyai masalah sakit kaki, kebas kaki, sakit bahu, masalah tulang belakang, tulang pinggang dan banyak lagi. Seandainya ada ahli keluarga atau anda sendiri yang mengalami masalah yang macam Nani nyatakan tu boleh lah berkunjung ke Yusmizee Naturopathic Centre yang terletak di Alor Gajah, Melaka ini. Apa salahnya kita cuba ikthiar cara lain pula untuk kembali sihat.
Yusmizee Naturopathic Centre
Macam macam rawatan yang disediakan di Yusmizee Naturopathic Centre ini dan kebanyakan  yang mendapatkan rawatan di sini memberikan komen yang positif setelah menerima rawatan.

Yusmizee Naturopathic Centre
Pusat Rawatan Yusmizee Naturopathic ini bukan calang calang pusat rwatan , mereka pernah muncul di akhbar Sinar Harian suatu masa dahulu. Jadi tidak perlu lah anda ragu ragu dengan rawatan yang disediakan oleh mereka.  Tambahan pula, Pusat Rawatan Yusmizee Naturopathic ini semakin dikenali dan mendapat sambutan bukan sahaja daripada mereka yang berada di Melaka malah dari negeri lain sama.
Yusmizee Naturopathic Centre
Untuk anda yang berkeinginan untuk mendapatkan rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre boleh cari bangunan ini atau Waze sahaja alamat mereka.
Yusmizee Naturopathic Centre
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh hubungi mereka atau terus sahaja ke pusat rawatan Yusmizee Naturopathic yang terletak di Alor Gajah Melaka. Anda juga boleh mendapatkan maklumat melalui Facebook mereka, Yusmizee Naturopathic Centre. 



Gulai Tempoyak Ikan Patin

Assalamualaikum & Hello.
Punya lama ambil mood nak menaip entry semula. Biasalah lepas dah habis kenduri, penat dia lain macam sikit. Nak buka laptop pun kemain malas apaatah lagi nak menulis. Ewah! Jom lah layan cerita balik Pahang baru ni, cerita kenduri kahwin nanti kita tulis lain. Hahaha ! 
Sampai sampai aje rumah terus ke dapur nak makan. Nak buat macam mana menu semua buat kecur air liur. Ada gulai patin tempoyak, ikan masin goreng berlada, sambal hita, ikan kembung goreng kicap. Peh, nikmat !
Balik Pahang tak sah tak makan gulai tempoyak ikan patin. Nikmat haa dapat makan masakan air tangan ibu. Hari hari menghadap makanan dekat cafe sampai tak tahu dah nak makan apa. 
Tak pandang kiri kanan dan dapt makan sedap macam ni. Itu lah yang paling best bila dapat balik Pahang, macam macam dapat makan. Yang paling seronok ibu dengan abah melayan aje apa yang anak dia ni makan. Bila lagi kan nak balik Pahang, haruslah tiap kali balik mintak nak makan macam macam. Eh :p
p/s : Tengah mencari semangat nak menulis entry kahwin baru ni. Ahaaa !




Craving !

Assalamualaikum & Hello.
Dua tiga hari ni lidah selalu nak makan dessert, lebih spesfik lagi mango chilled cheese cake. Haha! Yang susah tu lah jugak yang teringin nak makannya kan. Ada jugaklah tengok harga yang buat delivery area Selangor ni, boleh tahan jugaklah. Semuanya atas RM90 kalau yang besar. Kalau yang kecil tak ada pulak yang buat delivery, semuanya kena walk in. Sobs T_T  So kita tahanlah dulu nafsu nak makan mango chilled cheese cake tu, esok balik Pahang kalau rajin boleh lah buat. Sempat ke entah, sibuk dengan kenduri Kak Diah nak kahwin lagi.
Mango Cheese Cake
Sumber Google
Nak buat ni senang sahaja, cuma rajin dengan tidak. Kalau ada yang terliur nak makan jugak boleh tengok Resepi Manggo Chilled Cheese Cake yang Nani pernah buat dulu. Nikmat dapat makan benda benda sejuk musim panas ni. Teringinnya alahai, Tak sabar nya nak balik, nak buat sendiri. Hahaha! Dekat Pahang, KULA CAKES memang terkenal dengan kesedapan mango cheese cake ni. Yummeh!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page