Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Wordless Wednesday
What a hectic week with presentation and quizzes. Physically & mentally drained T_T 

p/s : Can't wait to finish this semester. Another two days to go and Hello Pahang ! 

Cafe Cerita Kambing Pilihan Terbaik !

Assalamualaikum & Hello.
Beruntung siapa yang tinggal atau bekerja berdekatan dengan Anggerik Mall boleh lah selalu ke Cafe Cerita Kambing yang terletak di Shah Alam ini. Cafe Cerita Kambing ini bukan sahaja membuka restoran malah turut membuat servis catering. Haaa mudah lah kalau nak buat tempahan makanan dengan mereka terutama kalau korang nak menu yang berasaskan kambing. Pertama kali berpeluang merasa makanan yang disediakan oleh Cafe Cerita Kambing semasa 1st EFG Gathering, memang sampai sekarang terasa lagi kelazatannya. 
Cafe Cerita Kambing
Ayam Masak Merah.
Memang Nani suka sangat dengan ayam masak merak ni, sambalnya pun banyak. Tidak terlalu kering sangat, ayam pun besar besar. Puas hati sangat bila kita tempah dengan servis catering yang sediakan menu macam ni. 
Cafe Cerita Kambing
Kambing Masala.
Nani difahamkan kambing masala ini merupakan antara menu yang paling terkenal di Cafe Cerita Kambing. Rugi lah kalau ke Cafe Cerita Kambing kalau tidak merasa menu yang satu ini kan. Nani pun pertama kali makan kambing masala, memang sedap. Berkali kali tambah sebab jarang jarang jumpa kambing yang dimasak begini. Selalunya dibuat kari kan. 
Cafe Cerita Kambing
Jelatah atau Acar.
Bila dah ada ayam masak merah, kambing masala makan pulak dengan nasi beriani haruslah ada acar ni kan, baru lah ngam kata orang. Memang sedap !
Cafe Cerita Kambing
Teringat ingat pulak menu yang sedap ini. Nanti kalau berkesempatan Nani nak ke Anggerik Mall. 
Cafe Cerita Kambing
Kambing Bakar.
Kambing bakar yang diperap sempurna dengan pelbagai rempah ratus memang membangkitkan selera. Tambahan pula ada sos lada hitam yang memang "kick" Memang meratah lah aje kerjanya. Bukan senang nak jumpa kambing yang dibakar sempurna dan sedap macam ni. 
Cafe Cerita Kambing
Kambing bakar ini pun sangat lembut dan tak liat langsung. Memang terbaik lah ! Nani sarankan korang pergi rasa sendiri keenakan menu yang disediakan oleh Cafe Cerita Kambing ni. Macam mana nak ke sana? Jangan risau, Waze sahaja alamat dekat bawah ni ha. Selamat Mencuba ! 

Alamat Cafe Cerita Kambing :

Lot 1-12, Anggerik Mall,
Jalan 14/2 Seksyen 14,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi :
ISNIN - AHAD ( 11.30 am - 5.00 pm)

Annual Grand Dinner VS Aku Superwoman

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah selesai sudah Annual Grand Dinner Sabtu baru ini. Penat memang penat tapi ada rasa satu kepuasan dalam diri Nani. Rasa puas bila dapat uruskan bahagian makanan tu dengan elok walaupun ada sedikit masalah dengan catering dua tiga hari sebelum majlis. Memang Superwoman betul cari catering, cari servis aiskrim, ikut pergi beli barang. Peh ! Semalam asyik tido aje sebab dah dua tiga hari tak cukup rehat. Mana nak uruskan dinner, assignment lagi.
Alhamdulillah Nani jumpa catering yang lebih murah dan sangat lah baik lepas pada tu. Ya Allah memang rasa seronok sangat dapat kenal dengan pemilik Ummiza Cafe ni. Nani jumpa ni pun lepas teringat hari tu ada blogger buat review di sana. Kalau ada yang nak ambil servis catering memang Nani sarankan sangat guna servis catering Ummiza Cafe. 
Menu makan malam baru ni nasi minyak, ayam berempah, dalca, sambal belacan, buah oren. Karipap pusing tu pulak akak tu sedekahkan untuk kami. Alhamdulillah memang rezeki betul. Harga untuk sekepala pun murah aje, makanan sedap pulak tu. Nanti ada rezeki Nani nak ke kedai akak tu pulak. 
Sebahagian daripada keluarga saya di sini.
Kawan kawan Nani ni pun cakap sedap makanan malam tu. Puas hati Nani dengar, rasa seronok bila kita buat sesuatu dengan usaha kita sendiri dihargai. Bertuah dan istimewa sangat Nani bila dapat mengenali mereka ini. Sangat sangat supporting. Terima kasih sebab jadi sebahagian daripada kenangan saya. Tak pernah tak sayang. Eh :p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page