Bila Catering Tarik Diri

Assalamualaikum & Hello.
Majlis Sabtu terdekat ni tiba tiba dapat WhatsApp catering terpaksa tolak Nani punya tempahan sebab ada order lain. Ada lah buat back up catering lain jugak tapi kalau last minute ni memang tak ramai yang nak ambil tempahan kan. Gelabah jugaklah semalam cari nombor telefon catering untuk tempah makanan yang ikut bajet Nani. Habis semua catering yang ada dekat Instgaram Nani ambil nombor telefon, baca review yang blogger tulis apa semua.  
Haaa dari atas sampai bawah penuh dengan senarai catering. Mujurlah ada jugak yang nak terima walaupun masa dah suntuk sangat ni. Terus bank in siap siap duit bila catering tu dah setuju. Tak nak lah nanti pisang berbuah dua kali kan. Kang tak pasal pasal nak kena cari lagi catering lain. Susah bila kerja last minute ni, dah lah banyak benda lain nak kena buat lagi. Moga dipermudahkan majlis Sabtu ni. 

Selamat Sudah

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah selesai sudah majlis sambut menantu untuk Along dengan Angah. Senang buat sekali aje majlis macam ni. Lagi dua minggu Kak Diah pulak. Lepas tu bulan lima Abang De pulak nak bertunang. Ingatkan majlis Kak Diah tu penutup Cerita Kahwin MF untuk tahun ni, rupanya tidak, Ada yang nak menyelit lagi lepas tu. Hahaha ! Eh kenapa semua nak tahun ni? Sampai hati tinggalkan daku seorang diri pegang tittle "single" 
Kemain eh Angah siap berkaca mata hitam bagai. Hahaha !
Muka muka yang makin bahagia bila dah kahwin. Tahniah Along dengan Angah. Still macam tak percaya korang dah jadi suami orang. Hahaha ! Sikit masa lagi jadi ayah pulak. Barakallah. 
Puding Karamel.
Puding ni buat untuk makan pengantin aje tapi lepas tu ramai pulak yang nak makan. Petang tu mak cik Nani suruh pak cik beli sesarng telur nak buat puding karamel ni hah. Tak tahu lah diorang jadi buat ke tidak sebab petang tu Nani dah gerak balik.

Akhirnya terubat rasa rindu nak makan lauk kenduri. Ada kari daging, ayam goreng, sambal belacan, acar timun. Peh berpeluh makan. Semua ni masak sendiri, tak ada katering katering. Tengah menaip entry ni pun kecur air liur teringat lauk ni semua. Hahaha ! Sedapnya kalau hari hari makan macam ni. 



Uswah Islamic Clothing

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani nak kongsikan dengan semua tentang satu lagi koleksi pakaian dan tudung muslimah keluaran Uswah Islamic Clothing yang mengikut syariat Islam. Zaman sekarang ni memang banyak sangat pilihan yang ada depan mata kita tetapi kita kena pandai pilih yang mana sesuai untuk dipakai kan. Dalam bergaya pun kena patuh dengan tuntutan dan syariat Islam, tak boleh lah nak ikut suka hati sahaja kan. Apa yang menariknya Uswah Islamic Clothing ini, mereka mengeluarkan bukan pelbagai jenis kolesi yang mengikut citarasa dan style wanita zaman kini.
Uswah Islamic Clothing

Latar Belakang USWAH 
USWAH adalah sebuah syarikat yang beroperasi di atas talian sejak 2013 dan membawa konsep pakaian patuh syariat. USWAH bercita-cita untuk membawa gaya berpakaian yang mengikut syarak menjadi trend di Malaysia mahu pun di dunia. Bermula di laman sosial Facebook dengan jumlah pengikut terkini sebanyak 123,000 orang dan Instagram sebanyak 32,000 followers.
Uswah Islamic Clothing
Setakat hari ini, USWAH telah mengeluarkan puluhan koleksi Tudung Bawal Bidang 60 & Shawl Labuh, juga enam Koleksi Pakaian (Tunik Labuh) Kalau korang semua nak tahu koleksi keluaran USWAH ini semuanya laku keras. Setiap kali koleksi baru keluar memang tak menang tangan pihak mereka nak uruskan order. Jom cuci cuci mata tengok koleksi keluaran USWAH, mana tahu ada yang berkenan boleh lah terus order kan. 
Uswah Islamic Clothing

Uswah Islamic Clothing
Antara koleksi Instant Shawl USWAH yang paling laris dan mendapat sambutan. 
 Uswah Islamic Clothing
Cantik sangat sangat kan koleksi USWAH ini, Nani tengok pun terus rasa macam nak borong banyak koleksi USWAH. Tunic keluaran USWAH pun mengancam kan, warna pun semua ceria dan cantik. Ingat nak jadikan salah satu Tunic keluaran USWAH ini sebagai koleksi baj Raya nanti. Tapi kalau lawa sangat macam ini ada juga yang tak sempat tunggu Raya ni nanti.  
Uswah Islamic Clothing

Peluang Jana Pendapatan dengan Program Dropship & Stokis USWAH 
Istimewa buat yang ingin mencari pendapatan sampingan boleh lah join Program Dropship & Stokis USWAH. Nak tahu apa kelebihan join Program Dropship & Stokis USWAH ini jom baca di bawah. 
  • Tidak perlu simpan stok
  • Tidak perlu mengeluarkan modal untuk pembelian produk di samping itu boleh membeli koleksi USWAH dengan harga yang lebih rendah.
  • Peluang mempromosi pelbagai koleksi hijab yang patuh syariat.
  • Tiada tempahan minimum
  • Tiada kos tersembunyi
  • Tidak menanggung kerugian jika produk tidak laku.
  • Komisen 10 sehingga 20%
Haaa menarik ke tidak tu? Sehingga ke hari ini USWAH telah mempunyai stokis di Brunei, Singapura, Jepun dan seluruh Malaysia ! Nampak tak tu sehingga ke luar negara produk keluaran USWAH ini dipasarkan. Apa tunggu lagi, jom jadi sebahagian keluarga USWAH. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :
Instagram : @uswahislamicclothing

Atau anda boleh terus "walk in" di :
Uswah Islamic Vendor Boutique,
3A-59-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
(Landmark : Sebaris Mee Tarik Warisan, Bella Ammara, Sugarscarf)

No telefon : +601110742198/ 0108153562





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page