Family First

Assalamualaikum & Hello.
Fuhh baru boleh tarik nafas lega sikit bila separuh daripada kerja kerja yang nak kena siapkan dah buat. Yang lagi separuh tu kita letak tepi dulu, hujung minggu ni habiskan masa dengan keluarga di Pahang. Minggu lepas masa Angah nikah dah tak balik, minggu ni majlis menyambut menantu takkan lah tak nak balik jugak kan. Walaupun mulanya 50 - 50 rasa nak balik tu tapi bila fikir semula, letak lah dulu komitmen yang lain ke tepi dulu. Keluarga lagi penting. Masa kita terjatuh, bangun keluarga jugak yang support dulu kan. Hiks ! Excited sikit nak balik kali ni sebab dah sebulan tak balik. Rindu rumah, rindu katil, rindu wifi laju gila. Hahaha !
Gambar dari Google
Weekend ni akan busy gila dengan majlis sambut menantu untuk Along dengan Angah. Memang confirmlah segala jenis WhatsApp yang bukan bukan tidak akan dilayan. Mohon doakan majlis berjalan dengan lancar dan baik dan saya selamat sampai ke negeri kesayangan, Pahang Darul Makmur. Rasanya nak blogwalking hujung minggu pun tak sempat ni, nanti dah selesai semua Nani terjah okay ! Busy dia macam dia punya majlis pulak. Hahahaha ! 

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Wordless Wednesday
Bacalah dengan mata hati kelak kau akan mengerti :)

Kopi XOXO di Bangsar

Assalamualaikum & Hello.
Memang dah lama simpan hajat nak ke Kopi XOXO yang terletak di Bangsar ni. Memandangkan minggu lepas minggu yang agak busy, so hujung minggu kita reward diri sendiri, makan sedap sedap sikit. Memang dah set dalam kepala datang sini nak makan thegorpis yang femes sangat tu. Tiap kali buka Instagram tak pernah tak terliur tengok gambar pisang goreng cheese yang mengancam tu. Hahaha! Ahad baru ni, tertunailah jugak keinginan ni. 
Kopi XOXO
Cecepat follow instagram mereka :D
Kopi XOXO
Thegorpis RM8.00 sepinggan.
Korang boleh pilih nak flavour apa untuk thegorpis ni. Ada coklat, ada cheese yang biasa macam Nani order ni dan dua tiga flavour lagi. Kalau nak campur semua flavour boleh ambil set El Plato RM 13.00 sepinggan. Kami datang berempat so order lah sepinggan ini aje.
Kopi XOXO
Satu Set Nasi + Ayam Black Pepper RM 15.90
Nampak macam sikit tapi portion banyak jugak sebenarnya. Tersandar kekenyangan lah lepas makan tu. Hahaha ! Ada pulak pencuci mulut goreng pisang cheese kan, memang rasa malas dah nak balik. 
Kopi XOXO
Satu Set Ayam Lemon + Nasi Putih RM 13.90
Ayam dia crunchy, sos lemon tu pulak rasa masam masam manis. Tapi kalau makan banyak banyak muak sikit Nani rasa. 
Kopi XOXO
Bubur Nasi Betty RM 14.90
Bubur nasi ni didatangkan dengan pelbagai jenis lauk. Kira satu set bubur nasi ni makan dengan ikan bilis goreng garing, telur masin, kacang tanah, sambal dengan kangkung goreng. Pehh memang sedap. Suka dengan bubur nasi dekat sini. Gambar bubur nasi tak berapa nak ok susunannya sebab meja dah overload sangat. Hahaha ! Order banyak sangatkan, nak buat macam mana :p
Geng JJCM Ahad baru ni. Biasa berdua, kali ni berempat :)
Partner JJCM saya setiap minggu. Hahaha !
Buat yang nak ke Kopi XOXO boleh Waze alamat dekat bawah ni ok. Kalau tak biasa dengan Jalan dekat Bangsar boleh tak perasan jugak dengan Kopi XOXO ni sebab kedainya agak terlindung. Apa pun gunalah khidmat Waze kan, confirm tak sesat. Hehe !


UPDATE !! (8 JUN 2016)

Kopi XOXO tidak lagi beroperasi di Bangsar kerana mereka telah berpindah ke Bangi. Oh ya, Kopi XOXO ini juga ada di TTDI. So, korang boleh lah Waze salah satu alamat bawah ni okay.

TTDI BRANCH,
135A Jalan Aminuddin Baki. 

Waktu Beroperasi : 12.30 pm - 9.00 pm

BANGI BRANCH
D-08-G Paragon Point 2
Jalan Medan PB 5 Seksyen 9
Bandar Baru Bangi.

Waktu Operasi : 12.30 pm - 11 pm




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page