Hiphoody Van Lela Memudahkan Kaum Wanita

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani nak kongsikan satu lagi jenama tudung (Van Lela) yang akan memudahkan kaum wanita untuk mengayakannya. Van Lela merupakan salah satu jenama yang mengeluarkan koleksi tudung hiphoody yang sekarang in semakin mendapat tempat di hati kaum wanita. Nani pun tak ketinggalan juga nak mencuba tudung Hiphoody yang sememangnya lain daripada yang lain ini. Kalau sebelum ni kita dah selalu sangat pakai shawl, instant shawl atau pun tudung sarung apa kata kali ni kita cuba pulak mengayakan tudung Hiphoody keluaran Van Lela. 
Hiphoody Van Lela
Nani suka dengan tudung Hiphoody ni sebab tak perlu menggunakan sebarang pin pun. Pinless okay! Kalau pagi tu terlewat bangun nak ke kelas atau ke tempat kerja tak perlu lah terkejar - kejar nak mengosok tudung pulak kan, cuma sarungkan aje tudung Hiphoody ni. Tudung Hiphoody ini didatangkan dengan pelbagai warna yang tentunya menarik dan cantik. 
Hiphoody Van Lela
Sehelai tudung Hiphoody ini berharga RM64.00. Harganya berpatutan memandangkan kualiti tudung ini sangat bagus. Yang menjadikan tudung Hiphoody ini lebih eksklusif kerana diletakkan di dalam kotak seperti gambar di atas ni. Sangat sesuai juga untuk dijadikan hadiah buat ibu, kakak atau kawan. Hiphoody ini menggunakan High Quality Heavy Chiffon dan inner Cotton Lycra menjadikan Hiphoody ini lebih ringan dan sejuk. 
Hiphoody Van Lela
Ini juga merupakan koleksi terbaru daripada Van Lela. Kalau korang tak berminat Hiphoody yang plain boleh beli yang bercorak macam ni. Bukan sahaja lawa tapi memudahkan kaum wanita untuk ke mana - mana. Nampak tak tu, terletak elok sahaja atas kepala. Nani pun dah bercadang ni nak beli lagi satu untuk dijadikan koleksi peribadi.
Hiphoody Van Lela
Buat yang ingin mendapatkan koleksi Van Lela ini, korang boleh walk in di mana mana vendor yang ada ini atau boleh melakukan pembelian secara atas talian dengan hanya WhatsApp ke nombor 0102692628. Jom dapatkan Hiphoody Van Lela ini sekarang ! 

VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

Selamat Pengantin Baru Angah !

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah Sabtu baru ini Angah pulak telah selamat menjadi suami orang. Tahniah Angah dan Kak Zatie. I'm happy for both of you. Maaf tak dapat nak balik minggu lepas sebab ada kerja yang nak kena siapkan. Hujung minggu ni majlis sambut menantu untuk Along dengan Angah, In Sha Allah Nani balik. Macam tak percaya yang korang dah kahwin. Hahaha ! Seriously, rasa baru je lagi ikut abah melawat Along dekat sekolah teknik dulu tup tup sekarang dah selamat jadi suami orang and now Angah pulak. Barakallahu Feekum buat kalian.
Bersanding di tepi pantai.
Tipu kalau cakap tak jeles tengok pelamin lawa sangat sangat ni. Masa tengok gambar ni dalam WhatsApp terus rasa menyesal tak balik. Kalau tahu pelamin lawa macam ni awal awal lagi Nani setelkan semua kerja lepas tu balik Pahang. Tak apa lah, next time siapa kahwin buat tema macam ni jugak. Hahaha ! Simple tapi lawa sangat. Apa pun tahniah buat Angah dan isteri. Moga Allah kurniakan rahmat, sakinah dan mawaddah untuk masjid yang kalian bina. Congrats ! Lagi dua minggu Kak Diah pulak. Pheww ! 

RSMY Best Naan Cheese

Assalamualaikum & Hello.
Fuhh cecepat update entry sebelum sambung study untuk Quiz lepas zohor nanti. Mana yang Nani tak sempat singgah blog tu weekend ni Nani terjah ok. Weekdays ni memang busy sangat sangat seorang Inani Hazwani ni. Hahaha ! Hujung minggu baru ni hujung minggu yang paling terisi. Sabtu belajar buat nasi kerabu, ahad pulak Nani pergi Jalan Tar jalan jalan sikit. Eh. Pergi Jalan Tar hari ahad memang manusia ramai betul lah. Tapi sebab nak jugak pergi tak kira ramai ke tidak, kita redah jugak. Padehal niat utama ke sana nak terjah RSMY Best Naan Cheese tu. Haaaa !
Dua dua tak pernah makan dekat sini, bila nak pergi tu macam blur blur sikit. Hahaha ! Nasib baik ada kawan yang tahu kalau tidak sesat jugak nak cari. Kalau korang dah ke Sogo memang wajib terjah RSMY Best Naan Cheese ni. Memang dekat sangat dengan sogo dalam lima minit macam tu.
 RSMY Best Naan Cheese
Laici dengan Epal Asam Boi. Nikmat !
RSMY Best Naan Cheese
Naan Extra Cheese (RM10.60)
Mula mula kitorang order Naan Extra Cheese dengan Kari Ayam aje. Bukan apa, kalau order banyak banyak terus takut tak habis. Ewah ! So order satu je dulu, kalau tak kenyang baru tambah lagi. 
RSMY Best Naan Cheese
Tak boleh nak tarik tinggi sangat yang ni. Mungkin sebab cheese banyak sangat. Hahaha ! 
RSMY Best Naan Cheese
Garlic Naan Cheese (RM7.50)
Fuhh akhirnya dapat jugak makan dekat sini. Dah lama tau teringin nak lepak sini lepas tu ambil gambar cheese boleh tarik tarik. Hahahahahha ! Teruk betul perangai. Total damage kitorang makan hari tu dalam RM 30 ringgit berapa sen entah. Overall Nani suka tempat ni. Bersih, ada aircond dan servis pun laju. Korang kalau dari sogo jalan depan sikit akan nampak Parkson Maju Junction, kena lintas jalan. Ada satu restoran nasi kandar Penang lotus jalan depan sikit lagi jumpa lah RSMY ni haa. Sebaris dengan restoran nasi kandar tu. Jangan lupa terjah ok !






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page