CNY di Pahang

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat baru ni bertolak dari Bangi dalam pukul enam macam tu then terus ke Melaka ambil sepupu nak balik sekali. Sampai Pahang dekat pukul tiga pagi. Phew ! Jauh betul perjalanan, sampai rasa nak patah pinggang lama sangat duduk. Huhuhu. Ikut jalan lama malam tu, exit dekat Karak jalan jammed pulak sampai ke Lanchang. Sampai rumah dapat baring tu rasa nikmat sangat. Huhi ! Jom lah layan dua tiga keping gambar balik Pahang baru ni. Hahah !
Laksa Penang
Teringin nak makan soto tapi ibu buat laksa. Hahaha ! Boleh lah, semua air tangan ibu sedapkan. 
 BBQ
Ayam bakar.
Sebelum balik, sempat lah buat BBQ dekat kampung dengan adik beradik ibu. Dah lama kot tak buat BBQ ni. Ada kambing, ayam, sosej. Pehh makan sampai kenyang lah cerita dia. Hahaha ! 
 BBQ
Kambing bakar.
BBQ
Ada pulak sos lada hitam pehh pehh pehh, tak pandang kiri kanan dah makan. Ada nasi goreng kampung jugak malam tu tapi tak sempat nak ambik gambar. Hahaha ! Nani makan sikit je nasi sebab dah kenyang ya amat makan kambing, ayam dengan sosej. Korang buat apa CNY baru ni? 


First Giveaway by KasihkuAmani

Assalamualaikum & Hello.
First Giveaway by KasihkuAmani
klik SINI untuk join 

Magnum Pink I Pomegranate

Assalamualaikum & Hello.
Lepas Nani tahu ada magnum pink ni terus rasa nak membeli tu membuak - buak. Ewah ! Baru kan, haruslah kena cuba. Nak jugak tahu rasa aiskrim magnum pink tu macam mana kan. Yang Magnum White Almond hari tu manis gila yang macam Nani pernah buat entry dekat SINI dulu.  Kali ni try pulak Magnum Pink Pomegranate. Rasa yang kali ni masam masam manis. Haaaa dah macam tajuk cerita pulak kan. Dah aiskrim ni pun daripada buah delima kan mesti lah masam masam manis. 
Magnum Pink  I Pomegranate
Harga macam biasa lah, dalam empat ringgit lebih.
Magnum Pink  I Pomegranate
Dah "retak" coklat dekat luar tu sebab aiskrim dah nak cair. Huhi, tapi tetap sedap haaa. Korang kalau tak try lagi makan magnum yang pink ni cecepat beli. Sedap ! 

Hari ni seronok dia lain macam sikit sebab nak balik Pahang. Lagi seronok semua class cancel sebab dah ramai yang balik. Haih, rasa nak lompat terus balik Pahang. Hahahaha ! Harap - harap jalan tak jammed lah. Fuhh! Korang ke mana cuti raya cina ni? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page